CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2655|Reply: 20

"Tinggalkan Tun M? Saya Katakan Tidak!" - Mat Sabu

[Copy link]
Post time 28-11-2020 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan, beliau tidak akan tinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menghentamnya.


Ini kerana, kata beliau, menjadi prinsipnya apabila sudah bergabung dengan seseorang, amat sukar baginya untuk berpisah, disebabkan lamanya perhubungan sesama mereka dan kesamaan titik perjuangan.




Kredit foto: The Coverage




Katanya, beliau telah bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk membentuk Pakatan Harapan (PH) dan sama sepentas melawan kerajaan kleptokrat (Barisan Nasional-BN) yang sangat berkuasa ketika itu.

“Ianya mesti dipertahankan, di sebalik semua pihak mempunyai kelemahan masing-masing yang boleh diperbaiki,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.


Menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu, beliau membangkitkan isu itu kerana ada suara menasihatkan beliau supaya tinggalkan Dr Mahathir dan menghentamnya kerana sudah berlainan aliran politik.

“Saya katakan tidak,” tegasnya.


Katanya, yang lebih utama baginya adalah kesatuan serta persahabatan dan pada masa sama, beliau sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan.




Sumber: MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 11:21 AM | Show all posts
terciduk sama2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:23 AM | Show all posts
muka mat sabu ni memang sinonim dengan kebangangan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tinggalkan atok, beliyau keseorangan kesunyian
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:20 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:44 PM | Show all posts
sebelum khamis meloyakini comment asyik duk sebut atok old fox old fox dont trust old fox again
lepas khamis tun is our saviour again deeply disappointed with bang non
nti pusing balik la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2020 12:49 PM | Show all posts
asyik atok je dok game org.
umngok dia game,
ph dia game,

this time, atok kene game.
abg mat pon rilex je lepas pekena atok, kuar stetmen pujuk.

the game still on.

nextwik kita ramai2 game atok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun yang keluar dari mulut mat sabu ni tetap busuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 07:40 PM | Show all posts
Mat Sabu nie kalo stand olone da macam tong sampah kekdahnya...
USE ME ...throw all the garbage....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat sabu ni xde gambar yg semenggah skit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 28-11-2020 08:16 PM
Mat sabu ni xde gambar yg semenggah skit ke?






Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe. Atok dh ada org baru nk game. {:hooray

Setelah bang non dh sedar dri kena kencing
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:45 PM | Show all posts
bangcak replied at 28-11-2020 12:49 PM
asyik atok je dok game org.
umngok dia game,
ph dia game,

Haha.. itu lah pasal. Rasa macam besh pun ada bila tengok orang tua kutuk tu meroyan sebab kena game last minute oleh Anwar pasal undi belah bahagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:58 PM | Show all posts
Reymz replied at 28-11-2020 11:45 PM
Haha.. itu lah pasal. Rasa macam besh pun ada bila tengok orang tua kutuk tu meroyan sebab kena ga ...

sekali dgn kuli pon game dia.
kuli sebut taknak dtg undian. taknak terlibat.
sekali tgk, kuli datang jd tukang gelak tgk atok berdiri.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:39 PM | Show all posts

Trgelak bsar iol tngok posting ni wlaupun dlm mlut iol ada sketul ulcer hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:08 AM | Show all posts
Kita tengok apa kata2 puak ph lepas tun m meninggal nanti.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 11:19 AM | Show all posts
dgr boleh
percaya jangan

Undi belanjawan: Ditelan mati emak, diluah mati bapa – Khalid

PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad menyifatkan pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 Khamis lalu ibarat pepatah Melayu ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Menurut Khalid, pada hakikatnya semua pimpinan Amanah menolak belanjawan yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Justeru beliau menegaskan tidak wujud perbezaan atau perpecahan dalam kalangan pimpinan Amanah apabila ada ahli Parlimen Amanah yang menyokong dan ada yang tidak menyokong usul belah bahagi yang dibawa sendiri oleh Ahli Parlimen Amanah (Pokok Sena) Datuk Mahfuz Omar.

“Situasi yang mencabar ini boleh digambarkan melalui pepatah Melayu “ditelan mati emak, diluah mati bapa” telah menghasilkan tindakan berbeza yang pada hakikatnya kedua-duanya betul.

“Kita tidak berpeluang untuk berbincang dan berbahas untuk menentukan mana satu di antara dua pilihan betul ini adalah yang lebih betul.

“Namun kita yakin kedua-dua kumpulan telah bertindak mengikut pertimbang mereka masing-masing dengan mengharapkan yang terbaik bagi Amanah dan Pakatan Harapan,” jelas Khalid dalam satu kenyataan.

Katanya, keadaan yang mengelirukan terhasil apabila keputusan berubah di saat terakhir tanpa perbincangan dan penjelasan kepada semua ahli Parlimen PH.

Khalid berkata, sebahagian pimpinan iaitu seramai 5 orang termasuk Presiden Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Datuk Seri Salahuddin Ayub berpegang kepada keputusan baharu kerana ingin menjamin keutuhan dan kesatuan PH.

Pada masa yang sama, menurutnya, sebahagian pimpinan Amanah yang lain iaitu seramai enam ahli Parlimen telah bangun meminta undi belah bahagi juga turut berusaha memenuhi kehendak parti dan keputusan Majlis Presiden PH.

“Sepertimana yang diketahui, pengundian ke atas belanjawan begitu ditunggu-tunggukan seluruh rakyat dan Amanah telah berjanji untuk melakukannya sehingga ke tahap belah bahagi.

“Oleh itu tindakan sebahagian pimpinan ini turut dilihat betul juga dan selari dengan aspirasi pimpinan dan ahli Amanah.

“Pada hakikatnya semua pimpinan Amanah menolak belanjawan yang telah dibentangkan. Perbezaannya adalah samada melakukan belah-bahagi atau tidak. Dan perbezaan ini hanya timbul pada saat terakhir hasil cadangan Pengerusi PH (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Khalid.

Khalid berkata, Amanah memahami ramai yang kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kekecewaan tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya ianya menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Amanah serta antara Amanah dengan PH.

Tegas beliau, apa yang berlaku pada Khamis lalu tidak menjejaskan langsung komitmen Amanah untuk menolak kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tetap dianggap sebagai kerajaan pintu belakang dan tidak memiliki mandat sah dari rakyat.-SM

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:27 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 28-11-2020 08:16 PM
Mat sabu ni xde gambar yg semenggah skit ke?

itu pon taktau lagu mana zaza berkenan..tutup lampu kah ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilerrr nak tinggalkan 6 ketul parti Pejuang yang belum register. 6 ketul pegi ikut Muhyiddin, terkubur dan masuk kubur Anwar tak dapat jadi PM.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075466 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list