CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12937|Reply: 40

Gara-Gara Viral Tolak Motor Pancit Dengan Anak, Lelaki Dapat Banyak Tawaran Kerj

[Copy link]
Post time 26-4-2019 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki ada di mana-mana. Itulah yang menggambarkan nasib seorang lelaki, Mohd Sharul, 46, apabila gambarnya yang sedang menolak motosikal pancit sejauh 10 kilometer menjadi viral baru-baru ini.





Kredit foto: Facebook



Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama Syed Hassen ternampak lelaki itu sedang menolak motosikalnya sepanjang jambatan Pulau Pinang. Turut sama di atas motosikal itu adalah anak Mohd Sharul yang berusia enam tahun.





Kredit foto: Facebook



Kerana belas kasihan, Syed Hassen telah mengiringi anak beranak itu sehingga ke bengkel untuk memasikan keselamatan mereka. Menunggu motosikal dibaiki, Syed Hassen sempat makan dan berborak dengan si ayah dan mendapati bahawa beliau sedang mencari pekerjaan untuk menyara lapan orang anaknya.



Kredit foto: Facebook



Selepas membayar kos membaiki motosikal dan membayar makanan, Syed hassen meminta keizinan lelaki itu untuk berkongsi kisahnya di media. Postingan beliau dikongsikan di beberapa portal komuniti termasuk Penang Kini dan Komuniti Kepala Batas.





Kredit foto: Facebook



Tak sangka, susulan perkongsian itu, lelaki itu telah menerima beberapa tawaran pekerjaan. "Tolong PM, mungkin saya boleh tolong kalau dia nak kerja kilang,' kata seorang netizen.





Kredit foto: Facebook


"Boleh tak beri nombor dia, suami saya sedang mencari pekerja di tepi Highway Jeluton, gaji RM1100," kata seorang wanita.




Tidak cukup dengan rekomendasi, malahan ada beberapa orang majikan sendiri meminta nombor perhubungan Sharul untuk menawarkan pekerjaan.





Kredit foto: Says.com



Menurut Sinar Harian, Sharul terharu dengan semua tawaran itu dan tidak menyangka kisahnya menyentuh hati msayarakat. Beliau juga dikatakan sedang menimbang beberapa tawaran kerja tersebut secara serius.



Kredit foto: Facebook



Semoga niat Sharul mencari pekerjaan untuk menyara 8 orang anaknya akan termakbul. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 11:47 AM | Show all posts
viral benda baik memang bagus. baca pun hepi2 je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 11:53 AM | Show all posts
see.. betapa banyaknya peluang kerja cuma orang kita je kurang mencari..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki datang tanpa diduga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:05 PM | Show all posts
Syukur            
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:08 PM | Show all posts
Baguslah dah ramai menawarkan beliau pekerjaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2019 12:31 PM | Show all posts
terharu baca respon org kita....Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:47 PM | Show all posts
alhamdulillah syukur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ramai yang nak menolong. Semoga murah rezeki abang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:53 PM | Show all posts
Alhamdulillah...seronok baca org pakat ramai2 nak tolong..bukti yg rakyat malaysia baik hati
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:35 PM | Show all posts
Edited by nuril86 at 26-4-2019 05:36 AM
prettyuglybabe replied at 26-4-2019 03:53 AM
see.. betapa banyaknya peluang kerja cuma orang kita je kurang mencari..

mmg banyak peluang pekerjaan... tp disebabkan sikap segelintir yg suke memilih... tu yang x abes2 canang xde kerja.... org umur 50 pon masih nak cari kerja nak tambah duit... yang muda2 ni merempan x sudah xde kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:16 PM | Show all posts
nuril86 replied at 26-4-2019 01:35 PM
mmg banyak peluang pekerjaan... tp disebabkan sikap segelintir yg suke memilih... tu yang x abes2  ...

kawan suami i ada sekor mcm ni, dok merempan kata kerajaan tak guna sebab takdak kerja utk graduan2, tapi bila offer jd chef & uruskan kedai makan (dia grad kulinari)  tanak pulak. katanya susah la nak kena bangun awal pagi sedia bahan2 masak. sanggup bawa grab dapat 50 hengget sehari balik rumah tido, katanya lebih suka keja yg flexiable. kesian kat bini dia kerja kat kedai tayar from 8am-8pm dapat off day sehari dalam seminggu, tu pun dok merungut kena amik hantar bini keja. taktau nak panggil laki apa mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:38 PM | Show all posts
bagus bapak dia

jauh merantau cari kerja
dengan tulang 4 kerat
demi anak2

semoga dipermudahkan urusan bang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: see.. betapa banyaknya peluang kerja cuma orang kita je kurang mencari..

ok ok lepas ni i tahu nak apply keje macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:52 PM | Show all posts
alhamdulillah.. org kita msia ni mmg min salute.. bab2 tlg menolong ni mmg pantas.. tp bab kondem/kecam pun pantas jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2019 11:53 AM
see.. betapa banyaknya peluang kerja cuma orang kita je kurang mencari..

Samggup duduk dlm bangsal anak beranak....ngesek pun kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 04:19 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-4-2019 03:58 PM
Samggup duduk dlm bangsal anak beranak....ngesek pun kat situ

hahahaha.. bila kita panggil pemalas, marah..nanti tanya kita pulak dah pernah miskin ke belum? kalau belum, miskin dulu baru cakap
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:13 PM | Show all posts
waris die dah mintak tlg stop viralkan abg ni
bukan org susah pun, dan die mmg duduk kt penang tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:17 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
yg dok sembang kat workshop tu cerita apa? bukan ke abg tu xda kerja (xda duit) anak 8. surelah org nak tlg. tetiba meniaga santan bawak anak jln2 (nakk motor buruk) ke penang. fishy sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.084995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list