CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6196|Reply: 110

[Jenayah] ‘Tak patut dedah Miza Ozawa hidap HIV’

  [Copy link]
Post time 23-6-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
‘Tak patut dedah Miza Ozawa hidap HIV’
Oleh KOSMO!
23 Jun 2024, 3:49 pm

Siti Amiza ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Pendedahan status kesihatan Miza Ozawa ekoran aktiviti persundalan menimbulkan perbalahan antara pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai isu yang sensitif.

Segelintir daripada mereka berpandangan bahawa perkara itu tidak wajar didedahkan kepada orang awam apatah lagi wanita berusia 27 tahun tersebut hamil enam bulan.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Rania, lazimnya, individu yang menghidapi penyakit HIV sering kali di diskriminasikan daripada segala aspek kehidupan.

“Majoriti masih rasa jijik dengan mereka yang hidup dengan HIV. Walaupun dia disabitkan dengan kesalah sebegitu, tak sepatutnya status HIV dia diletakkan di bawah ‘spotlight’ (perhatian).

“Lihat sahaja komen masyarakat, semua fokus kepada HIV. Siap cadang siapa yang pernah langgan (Miza) untuk pergi ‘check up’ (pemeriksaan),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Miza Ozawa atau nama sebenar, Siti Amiza Baharuddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan mencari langganan dalam aktiviti persundalan.

Berikutan pendedahan tersebut, Rania turut mempersoalkan bagaimana wanita itu mahu berhadapan dengan masyarakat selepas ini.

“Apa tanggapan masyarakat kepadanya dan anak yang bakal dilahirkan olehnya akan menanggung beban malu yang tidak berpenghujung,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pengguna lelaki dikenali sebagai Hazy berkata, laporan mengenai status kesihatan Miza Ozawa adalah sesuatu yang tidak beretika.

“Individu (dark side) kena tangkap siap media sebarkan status HIV dia kenapa? Dia hamil itu bolehlah sebab perut dah besar tak boleh sorok.

“Tetapi status HIV itu, maklumat kesihatan ini sensitif. Punyalah ‘unethical media reporting’ (laporan tidak beretika),” katanya di laman media sosial X.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut yang mengundang pelbagai respons turut menerima bantahan daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju.

“Kalau info tak dilaporkan, berapa banyak lelaki dekat luar sana yang ambil servis dia tapi tak tahu dah berjangkit. Kemudian bawa balik ke anak isteri,” kata Agraban.

“Dia tawarkan servis yang mendatangkan penyakit. Kenapa nak tutup? Lainlan kalau kena tangkap mencuri, media sebarkan ada HIV,” ujar Shaaedah.

Berdasarkan modus operandi dia, memang wajib dedahkan. Kesian pula isteri-isteri di luar sana tak bersalah tiba-tiba dapat HIV sebab suami langgan perempuan lain,” jelas Ikram. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg hady ni nk sensitif sgt dh nape?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ada pros and cons dlm penyebaran kes sheols ni...
pros bila org tau so org xkan terlibat unhealth activities ngan sheols
cons bila org x tau which laki hidung belang ni semua akan mendpt jgk lah...so apa jua tindakan ko nk mkn luar ka apa so kena pikir ribuan kali... bila jadik sesuatu korang pun akan tanggung risiko... cuma bg iols sila dedahkan mrk2 yg terlibat dlm aktiviti tu sekali bkn dia seorg je.. dan bini2 tu semua jgn laaa fikir laki korg tu spesis laki persis laki di sorga gituh... kalo ko tau dia mkn luar korang yg kena blah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyohmakk betul lah tu media report.
Kena reveal.
Sape penah pakai sila pi check up cepat.
So boleh proceed next apa nak buat kalau +ve.

Motip kau nak tutup fakta dia kena HIV atas nama sensitivity?

Fikirlah jugak sape yg penah pakai dia kalau tak tau dia ada HIV, dah aniaya orang lain pulak.
Kalau bukan bini, dia dah pakai Miza, pastu dia pi cari ciki lain lak, elok2 ciki tu takde HIV tetiba dapat pulak.

Eh vangangs.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Melibatkan masyarakat umum kot...kot pelanggan tu tatau...mmm bukan takat pelanggan tu..anak bini semua yg tak bersalah dpt sakit...skang ini agak2 berapa rsmai yg kena hiv dr miza ozawa ni?
And lg 1... kementerian fahmi fadzil takleh buat apa ke dgn socmed lg ni?kalo yg tak sehaluan dgn dia boleh sekat...yg melibstkan kepentingan awam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
yg lelaki komen lagi rasional
cikki2 ni lak yg triggered media tak beretika bagai

ini puak2 yg nanti bila si polan mati sibuk suh cari gambo2 yg bertutup litup
padahal semasa hayatnya menjalankan activity tak beretika juga
ate?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua geli dgn kegiatan dia..dl kumain berlagak dlm sosmec kegiatan dia ..tulis terang2gan mcm tu ..biar jdkan pengajaran pd yg lain... ms dia bt keje tu tayang barang kemas,tayang benda x sepatutnye,tkt budak2 muda yg nak senang singkat ikut pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib wartawan tak letak list nama pelanggan2 MO suruh pergi klinik kesihatan berdekatan untuk ujian HIV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sundel n jantan celup2 memang sial la. Makin ba yak innocent people dapat HIV. Tu anak dia dalam perut tu tak pepasal HIV+
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sebenarnya,  semua yang dah pernah cucuk vaksin covid-19,  semuanya dah kena HIV positif
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 09:16 PM | Show all posts
Sapa yg teranaya directly ampa nak p berubat claim dgn hazy ni. Dpt anak hiv bagi kat dia suruh dia jaga
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 09:44 PM | Show all posts
miya ozawa ini ada iklan yang tersebar luas dimedia sosial.. berita penangkapan juga akan meluas sama spt dady ash..

manakala perkara dia ada hiv dan ditulis dalam berita siap highight dalam tajuk ini perkara baru bagi media malaysia.. dari sisi etika perubatan ianya salah, tetapi media barangkali berfikir kes dia ni spesial dan perlu diumumkan..

pendapat aku.. aku pun tak boleh buat keputusan nak side mana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm bagus acah baik pulak si rania dgn hazy ni.. kau igt miza tu reti malu ke? Biadap pompuan ni, brapa kali dah kena tegur, buat xtau relax je tayang muka telanjang bugil bagai. Cash la kena hiv. Xpayah nak bekap sgt org mcm ni.
bakal anak dia tu org xkan tau identiti la.. xyah risau la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la didedahkan supaya masyarakat blh amik iktibar

jantan2 yg suka mencelup benda haram korang tanggung la sendiri jgn nak sebarkan pada org yg tak bersalah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut keluarkan list semua pelanggan. Pura2 tak sengaja leak. Baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Court document ni accessible to public kan? Apa yang tak beretika nya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang perlu diwar warkan dia ada his,  pelanggan dia pasti ramai, mungkin mereka tidak tahu pun mereka ada hiv dan kalau pelanggan ada yang ada isteri lagi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo x Tau dia ada hiv time bersalin nant Naya plk nurse Dan Dr kat sana berjangkit drp darah. Jgn buat main penyakit ni wei. X da ubat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:54 AM | Show all posts
benda sundal mcm ni pun nak sorok, makin galak la org menyundal
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:16 AM | Show all posts
terlalu banyak cerita2 seperti menyundal, curang, bertukar2 pasangan walaupun dah bersuami isteri, zina terang2an, seks beramai2 dsbgnya berlaku di media sekarang ni, di kalangan orang Melayu dan berugama islam pulak tu.

Bagi orang yg pentingkan moral atau agama, mungkin tahu negatifnya. Tapi yg lain nampak akan keseronokan dan nikmat aja. Silap2 mahu try juga.

Telah tiba masanya keburukan dan akibat buruk perbuatan maksiat diwar2kan di media. Bukan setakat HIV, kalau kena siplis, herpes ka, patut war2kan sama.. tunjuk gambar2nya sekali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 10462 Replies : 62
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8587 Replies : 39
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 267538 Replies : 6691
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 14698 Replies : 85
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106011 Replies : 2908
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13830 Replies : 19
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77359 Replies : 3190
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77001 Replies : 260
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11080 Replies : 75
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5223 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.127958 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list