CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5888|Reply: 24

Nak Semua Tahu, Inilah Cikgu Yang Suka Denda Saya!

[Copy link]
Post time 1-8-2016 03:11 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

Bukan mudah menjadi dan bergelar seorang guru pada zaman ini. Hanya sedikit salah langkah, anda mungkin boleh dimaki, disaman atau dipukul.


Pelajar masa ini juga berbeza, begitu juga dengan penerimaan ibu bapa. Mereka sudah berbeza tidak seperti ibu bapa zaman dahulu yang boleh menerima bila anak mereka dihukum di sekolah.


Maka, sekejap lagi kisah guru itu dan ini menjadi viral, dek kerana telah menyebabkan 'kecederaan' kepada anak muridnya.


Akhirnya, nama seorang pendidik juga yang menjadi busuk dan dikatakan tak pandai mengajar, bersikap 'over', kejam dan sebagainya.












Jika dahulu kelibat seorang guru sangat dihormati, malah ditakuti. Namun, garangnya seorang guru hanyalah satu niatnya, untuk mendidik anak bangsa agar berjaya di kemudian hari.


Itulah yang dikongsikan oleh seorang netizen ini. Ceritanya hukuman denda berdiri atas kerusi bukan asing lagi pada zaman persekolahannya.


Namun, melalui hukuman itulah yang membentuk siapa dirinya hari ini sehingga bergelar seorang pendidik. Baca perkongsian guru bahasa Inggeris ini yang bertemu semula dengan cikgunya yang garang suatu ketika dahulu. Para guru di luar sana pasti terharu dan terkesan. Percayalah. - CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kala aku sukar nak percaya , tatabahasa dan grammar seseorang yang mengaku guru,pengunaan bahasa dan sebagainya.Ya,tak semestinya perfect , tapi bak kata orang , bahasa melambangkan jiwa bangsa.Dan kita tunjukkan contoh yang baik .Alhamdulillah kawan kawan yang bergelar guru selalu mengkagumkan saya dengan ayat tulisan mereka yang sangat cantik dan teratur.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 1-8-2016 04:25 PM

i like the way he told the stories...
aku pikir apa benda la yg dia nk kutuk kat cikgu dia... rupanya bukan

aku prnh dpt sorang cikgu a.k.a ustaz dan merangkap warden and also as guru silat masa aku ting.1 kat smakk dulu. sgt garang giler smpai prnh kena pelempang kat muka, sakitnya ya allah..
tp aku sgt3x berterima kasih kat dia atas segala pengorbanan yg dia lakukan.. terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ade lg sorang cikgu yg sgt penyayang dan penyabar.. kesabaran dia sgt tinggi sampai aku sendiri pun kekadanf hilang sabar wpun dia masih lg mampu bersabar..
cara dia membesarkn ank aku pun kekadang aku sendiri pun tak phm dan susah nk follow..
cthnya ank adik aku yg sebaya dgn ank aku dah pandai berdiri dan berjln, tp ank aku masih merangkak.. aku nk beli walker dan stroller dia xbg. dia nkkan keadaan natural semulajadi dia melatih diri utk bangun dan berdiri.
wpun mulanya aku xberapa setuju tp hasilnya agak memberangsangkan.. dia lg dahulu pandai berlari berbanding ank adik aku..
ade byk lg cara dia mengajar agak pelik jugaklaa. tu belum lg beri makan dan minum dari hasil2 tanaman org2 asli kat pendalaman nun.. aku beri salute hitler kpd dia.. my lovely teacher a.k.a my wife che anna..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:13 PM | Show all posts
kadang- kadang cikgu marah bukan benci. sama juga kalau mak ayah marah, bukan benci tapi ingin mendidik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu zaman dulu diberi kebebasan sepenuhnya oleh ibu bapa untuk menghukum anak atas alasan untuk mengajar.
Cikgu zaman sekarang? Semua benda pun tak boleh.. cikgu tak boleh nak sentuh murid langsung walaupun murid bersikap kurang ajar.
Kepada cikgu2 zaman sekarang, bertabahlah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zie_indah at 1-8-2016 11:50 PM

Tkasih juga pada guru2 sy dulu
Terutama cikgu maths..diorg bukan garang diorg nak kita berjaya..tkasih cikgu2 saya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:27 AM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 1-8-2016 03:40 PM
Kadang kala aku sukar nak percaya , tatabahasa dan grammar seseorang yang mengaku guru,pengunaan bah ...

tula gaya penceritaan setiap orang itu berbeza....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 03:31 AM | Show all posts
arghhhh aku stiillll x suke cikgu bi aku! Sumer hampeh....pilih kasih jah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:11 AM | Show all posts
kadang2 cikgu ni lupa penerimaan setiap murid berbeza walaupon dalam kelas yg sama
aku pernah dapat cikgu BI yg memalukan anak murid sendiri dlm kelas
ada kawan sorg ni mmg hebat tang math n sains tapi malangnya xbape pandai sgt BI, idea dia bagus dalam mengarang tapi nak buat ayat BI tu xpandai atau senang cite perkataan tu dalam BI dia xingat
so cikgu tu ajak semua org dengar dia baca karangan budak tu dan pakat2 membahan ayat2 yg salah dan pelik dlm karangan tu dan riuh la cikgu tu dgn budak2 lain gelakkan

aku tau tu karangan siapa sbb mmg kenal dia dan tau kelemahan dia, dia pon tunduk je masa karangan dia dibaca
sejak daripada tu aku hilang 100% respect kat cikgu tu, kalo cikgu tu baca dan suruh semua org salin pape aku buat xtau je...aku lukis kartun ke kat kertas conteng, lepas2 tu baru aku salin dari kawan lain  sbb ape? sbb aku xbole dengar suara dia dlm kelas buat aku rasa geram
nasib baik dia ajar tu x lama
aku dulu kat sekolah mmg kategori nakal dan keras kepala, tapi kalo ada cikgu yg nampak ikhlas nak mengajar dan tunjuk respek pada murid mmg aku sudi kilatkan kasut dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 10:52 AM | Show all posts
ensem plk cikgu lutfi ni...melting iolssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu yg baik kita sanjung....yg buruk kita tenyeh2 je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 02:14 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 2-8-2016 09:11 AM
kadang2 cikgu ni lupa penerimaan setiap murid berbeza walaupon dalam kelas yg sama
aku pernah dapat ...

betul....kena ada hormat antara kedua2nya...barulah betul...kenapa mesti nk malukan anak murid tu... nanti dia akan rasa down... saya pun selalu kena denda dgn cikgu...setakat berdiri atas kerusi, meja tu dah biasa...zaman sekolah rendah lah kan...bila dah menengah tu agak2 lah nk suruh pelajar perempuan berdiri atas kerusi ke meja pun.... kan tak manis tu... ada cikgu yg denda ketuk ketampi kt depan semua pelajar...kalau lelaki mungkin tak ada masalah tapi kalau yg perempuan pakai skirt agak2 mcmana la ye...

Saya tak kisah pun anak2 kena denda dgn cikgu tapi berpada2lah...ikut undang2 akta disiplin mendera anak2 murid..... tapi ramai guru2 tak ikut pun...kalau sampai berbirat, cedera tu memang saya pun tak boleh terima lah.... sebab sebagai ibu saya tak pernah pukul anak smpai cedera. Entah le...masing2 punya pandangan. Tak pukul smpai cedera pun anak2 menjadi juga. Tak bermakna kalau tak pukul tak menjadi anak2 tu. Yg penting kita sebagai ibubapa kena pandailah didik anak tu... letakkan solat di tempat teratas... didikan agama paling penting. InsyaAllah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 03:35 PM | Show all posts
kutey tu mende?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ecstatic replied at 2-8-2016 03:35 PM
kutey tu mende?

Kutil....cubit...


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 05:18 PM | Show all posts

ooo haha! tq bagitau. igt ape la td kutey2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 05:22 PM | Show all posts
setiap org akan ade 1 ckgu yg dia akan berterima kasih sbb ketegasan dia untuk mendidik.
Cikgu Hau Kim Chai. Add Math
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 05:24 PM | Show all posts
Saya paling tak lupa Cikgu Zabidah....beria-ia dia beri sokongan penuh dan menguruskan tanggungan biasiswa Baitumal.....supaya saya dapat pakaian seragam sekolah yang lebih elok dan membantu untuk pembelanjaan harian ke sekolah...TERIMA KASIH CIKGU....KEPERIHATINANMU ,TUNJUK NASIHAT DAN ILMU YANG DICURAH TAKKAN KU LUPA HINGGA KE AKHIR HAYATKU.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu perempuan sekolah i dulu suke bergosip. Sabar je lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 08:35 AM | Show all posts
Edited by bunga_lestari at 3-8-2016 08:37 AM

aku paling suka cikgu sejarah, lupa nama dia.. tp cara dia ajar sejarah sempoi dan senang ingat..
kemudian cikgu bahasa melayu, masa form 3, cikgu nora' azian.. mana laa perginya cikgu tu.. rindu dia.. hukhuk..

lagi, cikgu bahasa melayu jugak masa form 4.. merangkap guru kelas aku, cikgu norjahan..

yg lain2 bg aku moderate..

cikgu yang aku tak suka cikgu maths masa aku form 3.. dia pilih kasih.. hanya layan budak2 yg mudah n cepat dapat maths jer.. yg asik2 tya mcm aku ni dia bolayan jee.. aku ingat lagi, aku tanya soalan yg sama dengan budak meja sebelah, tp dia marah aku dengan kawan aku, tp dengan budak meja sebelah yg pandai tu dia boleh pulak ajar.. sejak tu, aku dengan kawan sama2 x suka cikgu tu.. kemudian ada seorang cikgu bahasa melayu merangkap cikgu biasiswa.. dia tak suka aku sebab aku selalu mntk dgn dia buku biasiswa aku untuk keluarkan duit.. katanya aku patut simpan duit tu utk kegunaan masa masuk U.. msalahnya kalau aku senang, takderla aku dapat biasiswa dan takderlaa aku perlukan duit biasiswa tu.. disebabkan dia tak suka aku, masa mengajar pun, dia tak pernah beri aku peluang apa2 dalam kelas..

bagi aku, untuk cikgu maths yg kedekut ilmu dan berlagak tu, after all, aku pun bukanlaa bodoh sgt dalam maths pun.. aku berjaya jugak dalam bidang yg perlu kepandaian dalam maths..

dan utk cikgu zaleha yg tak suakakan aku tu, aku still remember that keberkatan tu bukan dtg dr dia ajer.. dia tak suka aku, lantaklaa.. after all, aku tak pernah buat apa2 yg menyakitkan hati dia pun.. huhu..

cikgu2 sekolah rendah boleh dikatakan soft spoken and baik2 belaka.. pernah jgk kena denda tp it was my fault, kena akui laa kan.. namapun zaman kanak2 ribena.. haha

tp skrg budak2 makin mua.. apapun tak boleh cikgu nak buat, hatta menegur tengking pun tak boleh.. aku rasa lagi tension cikgu skrg.. bertabahlaa..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 1.638238 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list