CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 9

[Jenayah] 5 dicekup lepas sejam menyamun

[Copy link]
Post time 31-7-2013 01:29 AM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI - Lima penjenayah diberkas polis kira-kira satu jam setengah selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Bukit Besar, Kulaijaya di sini, malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek memecah masuk rumah itu kira-kira 2 pagi menggunakan pemotong besi dan melarikan satu unit Notebook, seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan tiga telefon bimbit.


   
"Bertindak atas maklumat iaitu kira-kira pukul 3.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Besar telah terserempak dengan sebuah Perodua Kancil berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan simpang tiga Jalan Kota Tinggi–Kulaijaya berhampiran Orcard Golf Country Resort di sini.
   
"Sebaik polis cuba menahan kereta berkenaan, suspek terus memecut keretanya menghala ke arah Kulaijaya namun berjaya ditahan tidak lama selepas itu," katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.


   
Katanya, seorang daripada suspek merupakan rakyat tempatan manakala empat lagi warga Indonesia dan polis menemui semula barangan yang disamun dalam kejadian itu bersama satu pemotong besi.
   


Beliau berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam lebih lima kes samun di daerah Kota Tinggi termasuk di Felda Bukit Besar, Bandar Tenggara, Felda Adela dan Bandar Penawar.
   
Kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 01:46 AM | Show all posts
ni salah najib bagi org felda mcm2...kan dah kena samun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 01:56 AM | Show all posts
eLiaD posted on 31-7-2013 01:46 AM
ni salah najib bagi org felda mcm2...kan dah kena samun..

kalau najib tak kasi macam2 kat felda plak?..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:09 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 31-7-2013 01:56 AM
kalau najib tak kasi macam2 kat felda plak?..

dah tentulah makcik2 felda idup aman damai bro AN..jauh dr penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:12 AM | Show all posts
Laa... baru perasan kat mesia ada polis rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:15 AM | Show all posts
eLiaD posted on 31-7-2013 02:09 AM
dah tentulah makcik2 felda idup aman damai bro AN..jauh dr penyamun

kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....hidup aman damai ko kata???....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2013 02:17 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 31-7-2013 02:15 AM
kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....hidup aman damai ko kata???....

Aman untuk bekerja tanpa ancaman jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:22 AM | Show all posts
PESlegend posted on 31-7-2013 02:17 AM
Aman untuk bekerja tanpa ancaman jenayah

then eloklah stopkan kemajuan ekonomi, pembangunan, pendidikan..biar rakyat aman utk bekerja tanpa ancaman jenayah..dah miskin...penjenayah kompom tak ada...aman negara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 02:29 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 31-7-2013 02:15 AM
kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....hidup aman damai ko kata???....

ni ang cita zaman bila bro?...penat2 makcik pakcik pangkah dacin..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:37 AM | Show all posts
eLiaD posted on 31-7-2013 02:29 AM
ni ang cita zaman bila bro?...penat2 makcik pakcik pangkah dacin..

Mmmmmmmm..tak faham rupanya...patutlah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065376 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list