CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1058|Reply: 3

[Tempatan] 1,554 karton rokok dirampas, 2 ditahan

[Copy link]
Post time 12-7-2013 02:42 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Polis Marin Wilayah Timur menahan dua lelaki serta merampas 1,554 karton rokok seludup bernilai lebih RM260,000 dalam dua serbuan di Jalan Galing di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Timur ACP Azmi Ibrahim berkata tangkapan pertama dibuat hasil intipan pada 7 malam, setelah menahan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan membawa 80 karton rokok pelbagai jenama tidak sah.

'Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa polis ke rumah sewa tersebut sebelum menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang menyewa rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 1,474 karton pelbagai jenama rokok tidak sah, katanya.

Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Akta Kastam 1967.  - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 03:06 PM | Show all posts
1,554 karton rokok seludup bernilai lebih RM260,000 


simpan kat mana benda ni ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 04:15 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 12-7-2013 03:06 PM
simpan kat mana benda ni ....

rumah sewa bro. tempat operasi deorg
'Selepas disoal siasat, suspek mengaku rokok tersebut diambil dari sebuah rumah sewa di Jalan Galing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 04:26 AM | Show all posts
izamahmed posted on 12-7-2013 04:15 PM
rumah sewa bro. tempat operasi deorg

maaf...bukan masa rampasan ...selepas rampasan ......Beb ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.093337 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list