CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8115|Reply: 37

Isu Lagu Astana: Nadeera Hanya Penyanyi Ganti, Terpaksa Telan Kemarahan Peminat

[Copy link]
Post time 15-12-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Nadeera yang diundang sebagai menggantikan penyanyi asal iaitu Ernie Zakrie sedia menerima apa sahaja keputusan di sebalik kekecohan.


"Apa sahaja keputusan tentang pencalonan lagu itu di SFMM38 saya terima dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar.


Foto: IG




Tambah Nadeera dia juga sedia maklum akan niat Ernie yang mahu menarik diri sekiranya konflik berlaku gagal menemui jalan penyelesaian.


Baginya tawaran diterima sebelum ini adalah satu rezeki sebagai penyanyi dan pastinya mahu melakukan yang terbaik untuk lagu berkenaan.




  



"Saya diundang untuk menyanyikan lagu tersebut dan saya anggap ia sebagai satu rezeki dalam kerjaya.


"astinya saya mahu lakukan yang terbaik untuk lagu tersebut," ujarnya.


Menurutnya, dia tidak tahu isu lagu berkenaan ketika ditawarkan sebagai pengganti.


Sementara itu Nadeera turut mengulas tentang kecaman netizen yang kurang senang apabila namanya diumum sebagai pengganti Ernie.




  



"Saya hormat Ernie. Dia seorang yang sangat berbakat.


"Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Dia ada kelebihan dia dan saya ada kekurangan sendiri," jelasnya.


Sebelum ini, pengumuman Nadeera pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat.




  



Menurut Ernie perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA).


Sementara itu, RIM dan MPA dalam satu kenyataan pula berkata, mereka kini masih dalam rundingan bersama Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik-Muzik yang disiarkan di TV3.




  



Ernie juga merupakan penulis lirik serta komposer lagu tersebut bersama Omar K, Shazriq Azeman serta Syamel. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 09:46 AM | Show all posts
apa masalah rim dgn mpa tu? awat baru taun ni ada masalah bagai? taun2 sblm ni tak penah bincang..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 09:48 AM | Show all posts
Edited by sukanyanyi at 15-12-2023 09:49 AM

btw ok je dgn ndeera ni, lama sgt dia usaha nak mendunia. next year masuk ajl dgn lagu sendiri emas tu ye (walopun iols blom dgr lg).
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 10:50 AM | Show all posts
tak tak i tak paham apsal ernie xleh nyanyi lagu dia? kurang faham apa yg AIM dgn RIM maksudkan. nadeera ni ok jer nyanyi, tp alasan org atasan tu tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut Ernie perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA).


Sementara itu, RIM dan MPA dalam satu kenyataan pula berkata, mereka kini masih dalam rundingan bersama Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik-Muzik yang disiarkan di TV3.

Isunya apa yach? Syamel ok jer nyny kan lagu heshe wpun dh pindah company jua?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:18 PM | Show all posts
apa konflik RIM & MPA dgn media prima nih
dan kenapa isu ni berlaku kat ernie je
tak paham aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 12:26 PM | Show all posts
tiap kali aku nak recall lagu astana ni, mesti ternyanyi lagu astana jiwa - siti nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kecoh sebab penyanyi je.. bukan sebab lagu ni sedap bitter la fans tak dapat tengok ernie lawan aina.. wal hal ade byk lagi lagu2 lain yang berkualiti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 02:06 PM | Show all posts
lasagna replied at 15-12-2023 10:50 AM
tak tak i tak paham apsal ernie xleh nyanyi lagu dia? kurang faham apa yg AIM dgn RIM maksudkan. nad ...

Basically lagu tu walaupun ernie pencipta tapi pemiliknya adalah syarikat rakaman (yang keluarkan modal). Jadi syarikat rakamanlah yang berhak ke atas lagu tersebut, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh tertentu. Sebab yg sama kenapa Dayang dulu tak boleh nyanyi lagu sendiri juga sampai turun naik mahkamah.




Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:08 PM | Show all posts
scrocth replied at 15-12-2023 12:13 PM
Menurut Ernie perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terda ...

mungkin ada cerita lain di sebalik penamatan kontrak antara ernie dan RF, while kontrak syamel tamat tanpa sebarang masalah, jadi takde bad blood dengan RF


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:11 PM | Show all posts
Edited by lasagna at 15-12-2023 02:13 PM
rayna_raynes replied at 15-12-2023 02:06 PM
Basically lagu tu walaupun ernie pencipta tapi pemiliknya adalah syarikat rakaman (yang keluarkan  ...

oooohhh citenya.. tp ada baca dah td satu artikel pg td.
mengatakan masa lagu di buat masa erni kt syarikat rakaman ni lagi RF.
dan skrg ernie dah berpindah ke universal music. haa camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:19 PM | Show all posts
Edited by rayna_raynes at 15-12-2023 02:21 PM
lasagna replied at 15-12-2023 02:11 PM
oooohhh citenya.. tp ada baca dah td satu artikel pg td.
mengatakan masa lagu di buat masa erni kt  ...

Betul. Isu kepemilikan lagu ni memang sensitif. Sbb tu banyak penyanyi skrg especially singer/songwriter keluar under label sendiri (read: bajet sendiri) untuk produce lagu. Sebab apa-apa, kepemilikan lagu tu atas nama sendiri, bukan syarikat rakaman.


Tapi tak semua syarikat rakaman jahat. Byk je yg bg kebenaran untuk artis tu nyanyikan lagu sendiri walaupun dah tak bersama label lama.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:21 PM | Show all posts
Not the first time Ernie ber bad blood dengan ex company.
Syamel lepas keluar, elok jer dpt nyanyi kat semi.

Sekadar menambah petrol
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:33 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 15-12-2023 02:19 PM
Betul. Isu kepemilikan lagu ni memang sensitif. Sbb tu banyak penyanyi skrg especially singer/songw ...

teringat pulak taylor swift, semua lagu yg di tulis pun gini juga citenya.
udahnya dia reproduce/redo semula lagu yg dia tulis cam mana ntah, so ada 2 version plak wpun lagu lirik semua sama. ehh pening juga laa nak faham psal tay tay pya isu hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:36 PM | Show all posts
lasagna replied at 15-12-2023 02:33 PM
teringat pulak taylor swift, semua lagu yg di tulis pun gini juga citenya.
udahnya dia reproduce/r ...

Betul, lebih kurang macam tu lah. Rights dibeli org lain jadi taytay takde hak dan tak dapat profit pun atas lagu2 ciptaan dia sendiri. So what she did, rerecord supaya kali ni masters under label dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:45 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 15-12-2023 02:36 PM
Betul, lebih kurang macam tu lah. Rights dibeli org lain jadi taytay takde hak dan tak dapat profi ...

thank you chuolsss faham dah sekarang nape ernie xleh bwk lagu ni.
so para artis lepas ni, berjaga2 laa dlm isu sensitivity gini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 15-12-2023 02:45 PM
thank you chuolsss faham dah sekarang nape ernie xleh bwk lagu ni.
so para artis lepas ni, berjaga ...

Isu tay tay tu meols faham tp ernie pny isu ni, RF benarkan jer she nyny lagu ni wpn dh berpindah ke label baru tp ernie xmahu perform sbb label baru dia xsetuju dia perform di muzik2 sbb ada isu yg xsettled. Whereby RF bila tahu ernie xleh perform then bagilah dkt nadeera aka artis dorg skrg, tiba2 ernie melenting bila RF proceed nk btanding dgn letakkan nadeera sbg performer. So apa penyelesaiannya? Pokoknya RF ok jer tp ernie yg xnak, bila RF cari penganti Ernie plak melenting? Motif?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:56 PM | Show all posts
scrocth replied at 15-12-2023 02:52 PM
Isu tay tay tu meols faham tp ernie pny isu ni, RF benarkan jer she nyny lagu ni wpn dh berpindah  ...

ernie sentap lahh tu xde pun isu lain, sah2 ler triggered juga kannn..
tp nk buat camne, ni lg 5min nk berlangsung SMMM dah kat tbtigo.
bg jer nadeera perform, xde masa dah, lps2 tu sambung ler gado balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:04 PM | Show all posts
scrocth replied at 15-12-2023 02:52 PM
Isu tay tay tu meols faham tp ernie pny isu ni, RF benarkan jer she nyny lagu ni wpn dh berpindah  ...

Tapi bukan ke ernie cakap dia tak tahu dia replaced?
Patutlah ada persatuan penerbit terlibat. Bercakar ke RF dan UM


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
scrocth replied at 15-12-2023 06:52 AM
Isu tay tay tu meols faham tp ernie pny isu ni, RF benarkan jer she nyny lagu ni wpn dh berpindah  ...

aku pun faham lebih kurang gini disebabkan ernie ada prob between UM,rim segala macam..so RF standby penyanyi siap2 untuk perform..gitu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 1.512766 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list