View: 10167|Reply: 65
|
[Politik]
Kerajaan Perpaduan tumbang, Tipah tertipu lagi dek.....sian!
[Copy link]
|
|
Edited by pengecattaik at 3-12-2023 01:09 AM
ALOR SETAR, (Bernama) -- Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos akan membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.
"Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.
"Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan).. .mungkin undang-undang lain yang dia baca," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah hari ini.
Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN di enam negeri kali ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.
Azalina juga berkata Akta Anti Lompat Parti juga telah diwartakan menerusi pindaan Perlembagaan sekali gus menghalang Ahli Parlimen menukar parti atau membawa kerusi yang dimenangi pada pilihan raya di bawah parti lain masuk ke parti lain.
"Kalau dia keluar lompat parti… kena ada pilihan raya (kecil), pilihan raya kecil itu ditetapkan dalam Perlembagaan, pilihan raya kecil ini bukan perkara yang murah dan mudah.
"Saya nak sebut rakyat mesti penat, PRN enam negeri ini pun rakyat dah penat, inikan pula tambah pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen, kita baru habis PRU (Pilihan Raya Umum) lepas pada 2022, berapa banyak pilihan raya kita nak buat?" katanya.
Beliau berkata sekiranya pemimpin politik terus berfikiran seperti itu, ia akan menimbulkan rasa marah rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kerajaan dapat bekerja dan sekiranya kerajaan pusat sedia ada dapat dikekalkan untuk tempoh lima tahun akan datang, ia akan melancarkan urusan kerajaan yang telah dilaksana termasuk berkaitan dasar dan kewangan.
"Itu sebab bagi saya sendiri pun sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya lihat kestabilan negara kita ini sebagai satu kerajaan kekal dalam lima tahun ini, senang saya nak selesaikan kes, kes Sulu sebagai contoh. Saya nak pergi mahkamah senang, saya nak buat penyelesaian senang.
"Kalau tukar-tukar kerajaan, tukar-tukar perdana menteri (PM), saya takut kesannya mendalam daripada hanya menukar PM, kena tukar Kabinet, tukar dasar," katanya.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tunai janji. Aku nk rasa pemerintahan pas dan pn pula tanpa alasan covid pada pru 16 nti |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bebal je ckp PRN bleh ubah PM
Lg bebal bila percaya konon2 walaun kata da menang PRN, boleh tukar PMX |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg tu mmg spesis tak bertamadun
Takda baca punya orang
Rakyat negara termundur kat benua Afrika sinun pun takde baghal buta undang2 mcm geng tebuk atap ni |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 07:13 PM
off-topic sikit..
ekceli, istilah kerajaan tebuk atap ni, asalnya adalah kerajaan pintu belakang ...
Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng punya ahli politik termasuk Agong yang setuju dengan semua ni dengan menonggang kekhilafan Chinks DAP. |
|
|
|
|
|
|
|
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org kn kurung lg..nyampah |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...
Orang ramai tengah biasakan dgn pentadbiran DAP...dulu 22 bulan je....perlahan lahan boleh terima lah, terbuka hati kotor tu untuk terima DAP.
DAP kena promote sikit parti tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-8-2023 04:04 AM
Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng pu ...
ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan dengan persoalan 'kita undi sebab parti ke atau calon'
-boleh skip ke bawah kalau malas nak baca ni-
konsep demokrasi negara kita ni, asalnya adalah undi sbb calon... wakil rakyat di satu2 kawasan tu yg benar2 mewakili rakyat di kawasan tu.. satu wakil rakyat tu sendiri adalah satu entiti.. atas dasar itu, apa sahaja yg tindakan dan ucapan oleh wakil rakyat itu mewakili 'tindakan dan ucapan' oleh rakyat di kawasan tu
banyak2 wakil rakyat di banyak2 tempat yg berkongsi ideologi politik yg sama maka baru la wujud parti politik..
perkataan 'parti' tu merujuk kepada sekumpulan org (wakil rakyat) yg berkongsi ideologi yg sama (ideologi politik)
tapi tu la.. dlm dunia yg begitu kompleks sekarang ni.. rakyat tu sendiri tak tau pasal apa yg dia perlu undi... ada yg undi sbb isu yg dekat dgn hati dia, ada yg undi sbb kempen populis, ada yg undi sbb janji2 manis yg tak masik akal, dll... tapi kebanyakan rakyat tu sendiri tak tau bagaimana undi dia tu akan diterjemahkan kepada apa yg dia harapkan pada calon wakil rakyat yg dia undi tu
bila wakil rakyat tu lompat parti atau dengan kata lain yg lebih tepat iaitu mengubah sokongan drpd satu pihak kepada pihak yg lain... ia bermaksud dia mewakili rakyat di kawasannya, ubah sokongan politik
tapi tu la.. ia bercanggah dgn mandat asal rakyat... kalau rakyat tak suka dgn keputusan wakil rakyat tu, maka rakyat boleh guna kuasa undi dia pada pilihan raya akan datang... tapi tu laaa... lambat lagi nak tunggu beberapa tahun... so semacam ada gap dalam sistem demokrasi yg kita amalkan ni dan perlembagaan negara
-sambungan di sini drpd skip yg di atas tu-
tugas utama wakil rakyat adalah berbahas dan buat undang2 di parlimen... kemudian, tugas wakil rakyat yg tidak khusus adalah bantu selesaikan masalah di kawasan yg dia wakili tapi takde perincian khusus berkenaan apa dan bagaimana nak bantu tu
kat sini la problem yg sering menghantui rakyat negara kita, iaitu wakil2 rakyat tak fokus kpd tugas utama mereka yg dinyatakan di perenggan atas ni, sebaliknya bermain permainan politik spt yg sering kita lihat
wakil2 rakyat ni tak fokus kepada tugas utama diorg di parlimen, iaitu berbahas dan buat undang2, sebaliknya mereka nak fokus kepada kuasa mereka di cabang eksekutif (menguasai badan2 kerajaan) bercampur dgn permainan politik merebut dana politik yg kebiasaannya diperolehi secara kronisme dan proksi... dan permainan politik berkaitan dana politik ni dilakukan secara helah cari jalan yg tidak menyalahi undang2
prob sekarang ni... tukar kerajaan mana2 sekalipun... dulu sehingga sekarang.. mesti main game politik mcm ni... kerajaan anwar sekarang ni pun, berdasarkan spekulasi2 kuat yg timbul, pun sama juga amalkan kronisme dan proksi, serta guna badan2 kerajaan utk kelebihan pihak dia dlm permainan politik
ada lagi la problem lain pasal politikus2 bermain politik ni, tapi nak bagi mudah penerangan dlm tred ni, kita fokus pada pendanaan politik ni je la
oleh itu, kita sebagai rakyat, kalau tak nak wakil2 rakyat terus main game politik mcm ni, kita kena desak supaya wakil2 rakyat fokus kepada tugas utama mereka di parlimen iaitu berbahas dan buat undang2 yg adil utk rakyat... betulkan undang2 yg berkaitan lompat parti, pendanaan politik, dan lain2 yg berkaitan supaya wakil2 rakyat ni tidak lagi bermain game politik yg mcm ni... betulkan undang2 supaya boleh menghalang drpd berlakunya game politik...
ingat tugas wakil rakyat... betulkan undang2.. betulkan undang2.. betulkan undang2... termasuk betulkan undang2 bagi menghalang mereka tu sendiri drpd terus bermain politik
kita, rakyat, perlu terus bersuara dan terus bersuara dan bersuara lagi menerusi apa2 medium sekalipun bagi mendesak wakil2 rakyat ni supaya mereka fokus kepada tugas utama mereka dan berhenti main politik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
k... dah... terus nak solat subuh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semuanya sibuk berebut kuasa. Betul ke kebajikan rakyat terbela? Mengapikan isu perkauman untuk sokongan. Orang melayu kan takut benda-benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...
Bukan palimen je rakyat nampak dia ponteng, grand finale night kelmarin pun dia ponteng kerusi dia kosong hantu dia je ade kot, trok betul yiddin ni |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-8-2023 08:04 PM
Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng pu ...
Ye betul. Nampak sangat nak berkuasa , ni pru pun guna utk gulingkan kerajaan lg tanpa dia dpt mandat rakyat dan perkenan agong.
Gigih umpan org bodoh yg tak paham undang2 dgn statement diorang. Bawak2 lah terima dan sabar 4 tahun lg.... Amiklah dr pmx kalau dh smua milik diorang secara betul , kalau nak sgt jd kerajaan. Pakat2 lah bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 09:44 PM
ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan ...
Ye sokong...org tak faham banyak pasal ni tugas ahli parlimen..... Wahhhh ilham sebelum subuh gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tau dh
Sbb tu aku tak balik pun mengundi
Buang masa |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...
Orang kaya cancer treatment bukan macam marhaen..
marhaen dorang sumbat je 10 chemical dalam badan, 1 attack cancer 9 attack healthy cells sebab tak tau ubat mana yg betul2 sesuai dengan patient..
Kalau kayangan ni, doc keluarkan cell cancer hantar ke lab to be tested satu persatu against the drugs.. jumpa formula yg betul baru masuk ubat dalam badan..
Gitew yg laki iols explain based on youtube browsing beliau |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting pengajar PRN ini....UMNO sudah di reject total....entah apa yg PMX buat lepas ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 13-8-2023 11:57 PM
Orang kaya cancer treatment bukan macam marhaen..
marhaen dorang sumbat je 10 chemical dalam bad ...
Waaaah baru tau pasal ni. Sebab tu la orang kaya hidup lama.
Tapi kalau dah ajal sampai awal macam Tengku Jalil tu, dah memang takleh buat apa la... |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 09:44 PM
ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan ...
Baca part atas tu teringat kelig aku, ngundi calon yang hensem saja dia nak. Memang sheols hagak bimbo walaupun cikgu.
Setuju dengan penulisan di atas. Tapi kita Malaysian hagak lembut hati la terutama kaum bumis ni. Negara lain di SEA (kecuali Singaporn) dah lama kot kudeta rusuhan sana dengan suasana politik sekarang, tapi weols Malaysians idok. Sangat lembut hati dan penyabar. |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 14-8-2023 07:45 AM
Ye sokong...org tak faham banyak pasal ni tugas ahli parlimen..... Wahhhh ilham sebelum subuh gitu ...
suasana parlimen yg sihat ialah suasana yg riuh dgn perdebatan ahli2 parlimen yg saling berhujah guna fakta yg benar
malangnya wakil2 rakyat tu sendiri mcm buat tak kisah je pasal tugas utama mereka di parlimen... kehadiran yg tak memuaskan, berhujah guna fakta yg tak tepat, perkara yg patut dibincang/debatkan tapi tak, dan lain2 lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|