CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 3

Warga Kerja Dihalau & Dikejar Anjing Akibat Kerja 'OT'?

[Copy link]
Post time 3-12-2015 04:35 PM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOO


Pada asalnya berkeinginan menjadi seorang warga kerja yang berwaktu kerja normal iaitu 9am - 6pm, namun akhirnya setiap hari terpaksa kerja lebih masa atau 'OT' sehingga leawt malam, kepenatan amat terasa, jadi adakah anda juga merupakan sebahagian daripada golongan yang sedemikian. Selain itu, pekerja bekerja 'OT', ini turut bermakna kemudahan lampu, hawa dingin, komputer dan air juga perlu 'OT' sekali.





sumber foto : http://www.bark645.com/



Saatchi sebuah agensi pengiklanan di Hong Kong, baru-baru ini telah mengambil keputusan setiap bulan dua kali melaksanakan Projek " Bark You Up At 6:45, Leave Work  Early For A Greather World". Masuk saja waktu senja iaitu 6:45pm, semua kakitangan harus berhenti kerja tepat pada masa itu, yang bertujuan untuk mengubahsuai cara kerja sekaligus meningkatkan lagi kesedaran terhadap pemerliharaan alam sekitar.


Namun demikian menjadi persoalan samada projek seumpama ini mampu ke tak dilaksanakan.











Agensi terbabit menerbitkan video menarik yang jelas menunjukkan masuk waktu senja iaitu jam 6:45pm, syarikat tersebut betul-betul melaksanakan projek 'Bark You Up At 6:45pm', selain beberapa ekor anjing yang betul punya, terdapat juga 'anjing garang' yang diyamar oleh manusia muncul dan berkeliaran di pejabat yang berperanan untuk menghalau pekerja yang masih enggan balik ke rumah.







sumber foto: http://www.bark645.com/



Pada mulanya, penyamar 'Anjing Garang' itu akan memberi amaran dulu, kalau warga kerja itu masih berdegil, laptopnya akan dirampas secara kasar. Sekiranya masih enggan balik lagi, penyamar 'Anjing Garang tersebut akan bertindak mengambil kerusi pekerja yang degil itu bagi memudahkan operasi mereka.




Ketika ini, anjing yang benar akan muncul dan mengejar pekerja tersebut sehingga masuk ke dalam lif.  Selepas itu, lampu, penghawa dingin akan ditutup dan pintu dikunci, barulah tugasan dianggap selesai!




Sebelum melaksanakan projek tersebut, agensi pengiklanan berkenaan menyebarkan perkara ini di semua media sosial terlebih dahulu dan menjemput agensi pengiklanan yang lain menyertai projek tersebut bagi memastikan usaha persekitaran syarikat terpelihara dan waktu kerja kakitangan syarikat berada dalam keadaan normal.




Sebenarnya, bagi sebuah agensi pengiklanan, usaha seumpama ini bukan sahaja dapat mengubah rutin kerja kakitangannya dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan melindungi suasana persekitaran di pejabat,  malah juga dapat mecapai impak promosi yang berkesan, secara tidak langsung boleh dikatakan amat menguntungkan syarikat terbabit.




Walau bagaimana pun, sebagai warga kerja, anda boleh tak terima sekiranya syarikat anda melaksanakan projek "Bark You Up At 6:45" ? - CARI Infonet








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Matikan saja lampu dan ekon. Gerenti automatik stop kerja
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:00 PM | Show all posts
Jenis gila kerja ni mana nak balik cepat selagi tak malam mana dia orang nak balik.  Tapi cara ni nampak menarik gak halau balik cara unik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu buat kt sini aku lah org petama kena kejor dek anjing2 itu...malas balik awl sbb x mo ngadap jem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.165073 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list