View: 30227|Reply: 126
|
Misteri kehilangan 7 murid orang asli di Gua Musang sejak 23 Ogos
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG 12 Sept. - Para pemandu pelancong yang berpengalaman luas meneroka gua serta hutan di kawasan daerah ini menyifatkan kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi sebagai kejadian yang cukup aneh dan misteri.
Bagaimanapun mereka tetap percaya kanak-kanak terbabit yang hilang sejak 23 Ogos lalu itu masih hidup dan mampu bertahan di dalam hutan tersebut.
Seorang pemandu pelancong, Sabri Zul, 34, berkata, kes kehilangan tujuh murid Orang Asli secara serentak dalam tempoh dan hari sama itu merupakan sesuatu yang agak pelik.
Sabri berkata, dia pernah terlibat dalam operasi mencari seorang penuntut universiti tempatan yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan pada tahun 2008, tetapi akhirnya mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.
Dia yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Taman Negara Sungai Relau, Pahang sejak 16 tahun lalu berkata, mangsa, Nur Umaisarah Sameaun yang ketika itu berumur 21 tahun tidak mempunyai kepakaran ilmu dalam hutan tetapi dapat bertahan hidup hampir 20 hari.
“Saya merasakan kanak-kanak ini masih hidup kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran hutan. Jika mengikut pengalaman lepas, orang yang terperangkap di dalam hutan lebih 20 hari sudah tidak bermaya dan fizikalnya memang kurus kering ketika mereka ditemukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi pemandu pelancong, Mohd. Tahir Mat Saman, 55, berkata, dia yakin kanak-kanak terbabit mampu berdikari selain mencari ikhtiar hidup sepanjang tempoh berada di dalam hutan tersebut.
Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai pemandu pelancong berkata, kebanyakan masyarakat Orang Asli telah diajar mengenai ilmu hutan sejak kecil dan mereka arif tentang selok-belok kawasan tersebut.
“Sesuatu yang agak pelik jika Orang Asli sesat di hutan kerana kawasan berkenaan merupakan tempat asal mereka. Saya rasa mereka tidak akan sesat.
“Masyarakat Orang Asli juga akan melatih dan membawa anak mereka sejak kecil supaya mengetahui kehidupan di dalam hutan,” katanya.
Tambahnya, dia berharap kes kanak-kanak Orang Asli ini tidak mengulangi misteri kehilangan seorang jurutera Petronas di Pulau Keldong dekat Pos Pulat, pada tahun 2004.
“Misteri kehilangan jurutera tersebut sehingga hari ini terus menjadi tanda tanya. Tiada sebarang petunjuk dapat ditemukan sehingga sekarang,” katanya.
Norazlanuddin Samat, 32, pula merasakan kanak-kanak terbabit hanya tersesat dan tidak berkait dengan kejadian mistik sebagaimana yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini.
“Kemungkinan tujuh murid tersebut telah tersesat dan mencari jalan pulang ataupun telah disembunyikan. Segalanya berkemungkinan, kerana anggota penyelamat juga masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu walaupun operasi telah dilakukan secara menyeluruh,” katanya
Sumber from PenPanas
Isu ni memang dah lama..tapi misteri sungguh.. sampai 40 tokmoh pun tak boleh jejak.. ada tak sesiapa yg ada info?
Tak ada ke orang berilmu dlm MPS try cari? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
minta bantuan pada yang MAHA BERKUASA |
|
|
|
|
|
|
|
hairan,...mugkin diculik oleh sindikit kot, semoga tuhan akan melindungi mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-9-2015 05:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Betoi.. hairan sungguh..misteri..
Melainkan diculik manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bawa lari ke Thailand kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu warga forum ni cakap bomoh asli paling power. Power sgt2. Ni sampai 40 bomoh asli pun tak tahu menahu kemana bebudak tu. Terbukti la bomoh asli ni tak power mana pun. Iolss agak disorok bunian kot. Taktau lah. Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-9-2015 05:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tula.. sampai 40 tokmoh pn xda hasil.. dah nk dekat sebulan hilang ni.. takda kesan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah jadi korban sindiket |
|
|
|
|
|
|
|
Dok follow gak kes ni.... Kot ada infoterbaru pasai budak2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena culik pun... Xkan tokmoh xdpt hint kot budak2 tu ada mana... Erm... Misteri sungguh sb 11 org tu... Bukan sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun rasa depa ni diculik oleh sindiket
bukan sesat di hutan |
|
|
|
|
|
|
|
setuju!! sebab dah lama sangat ni hilang... kalau betul sesat, derang bleh cari jalan keluar. derang dah biasa dengan kawasan hutan tu. orang asli kan kalau anak2 dia masih kecik dah bawak masuk hutan bagai. panggil bomoh 40 orang pon still tak tau kat mana bebudak tu. wallahu'alam..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak2 ni...hopefully drg masih selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu diculik sindiket..ntah apa nasib budak2 tu.. hrp ditemui dgn selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada desas desus mengatakan budak2 ni dah diselamatkan dan disorok oleh ahli keluarga masing2 jugak. Tak tau sebab apa nak sorok, takut didakwa kot...wallahualam. asalkan semua selamat oklah |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dalam hutan ada rumah dalam tanah lengkap stok makanan air bersih elektrik setahun dan ada terowong bawah tanah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2015 02:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
hatikudus replied at 23-9-2015 01:09 PM
ada desas desus mengatakan budak2 ni dah diselamatkan dan disorok oleh ahli keluarga masing2 jugak. ...
Yaka? Mcm tu pun ada ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2015 02:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Takda info terbaru lg ni.. mana le pg dorg smua.. adakah dibawak oleh van putihh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2015 02:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan lebih dari 200 pegawai dan 4 buah helikopter Agusta bagi membantu misi mencari dan menyelamat 7 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan(SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan yang hilang semenjak 23 Ogos yang Lepas.
Ketua Pasukan Bersenjata, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM telah dipanggil bagi membantu operasi yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) semenjak 1 September.
Zulkifeli berkata ATM ditugaskan bagi mencari kanak-kanak yang hilang tersebut di kawasan di mana terdapat kemungkinan mangsa mungkin berada seperti di hutan.
Pada 23 Ogos,7 murid Orang Asli terdiri daripada 6 perempuan dan seorang lelaki berumur lingkungan 7 hingga 11 tahun dilaporkan hilang selepas mereka melarikan diri dari asrama sekolah kerana mereka takut akan dihukum oleh guru mereka kerana ditangkap mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selain ATM dan PDRM, operasi ini turut melibatkan Bomba dan Penyelamat, Rela , Bahagian Pertahanan Awam dan Sektor Pembangunan Orang Asli.
Terjemahan oleh :Amirul Asyraf
Sumber :astro awani |
|
|
|
|
|
|
| |
|