Sony Mengemaskini Harga Peranti Xperia Dengan Penambahan GST
Impak terhadap GST nampaknya menjadi tajuk utama hari ini. Ada pengeluar peranti yang mengekalkan harga dan ada juga yang masih belum memberikan senarai penuh. Pihak Sony baru sahaja menunjukkan senarai baru harga peranti Xperia mereka selepas penyelarasan GST.
Kenaikkan harga ini hadir bersempena dengan GST yang menambah 6% cukai ke atas peranti pintar. Sony sebelum ini telah mengurangkan harga beberapa peranti mereka bersempena dengan Tahun Baru Cina yang lepas, dan kenaikkan baru ini membawa ia kembali menghampiri harga asal peranti berkenaan, selain beberapa daripadanya yang memperlihatkan kenaikkan harga. Berikut adalah senarai harga terkini peranti dari Sony Xperia.