View: 2781|Reply: 0
|
Sayangi Ibu anda! Baca sebelum terlambat!
[Copy link]
|
|
Malam itu, Kak Ila bertengkar dengan ibunya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Ila teringat bahawa dai telah tertinggal dompetnya dan dia tiada satu sen pon duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berkeroncong tanda lapar. Setelah berjalan agak jauh dari rumah, kak Ila tiba di satu gerai burger, yang baunya sangatlah mengancam. Perutnya semakin berbunyi tanda memprotes tuannya yang tidak mengisinya sejak tadi.
Kak Ila mengharapkan agar dia mendapat satu burger ayam, tetapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Ila melihat dia sedang menggigil ketakutan lalu bertanya...
"Adik dah makan ke belum?" Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dahulu," kata penjual burger itu.
"Tapi saya tak de duit pakcik," kata Kak Ila dengan tersipu-sipu.
"Tak mengapa, pakcik belanja. Mari duduk sini makan," kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Ila.
Beberapa minit kemudian, Kak Ila mengalirkan air mata..." Mengapa sayang?" Tanya pakcik penjual burger tersebut.
"Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik," kata Kak Ila sambil mengelap air matanya.
"Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada saya, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. kejam betul mak saya!" tambah Kak Ila lagi.
Mendengar kata-kata Kak Ila, penjual burger mengeluh.
"Adik,mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik sebiji burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?" kata penjual burger itu.
Kak Ila amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger itu, dia terus berjalan pulang ke rumahnya.
Dalam perjalanan, Kak Ila asyik terfikir...
"Mengapa selama ini aku tidak terfikir perkara itu?" Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat aku rasa terhutang, tetapi ibu aku yang membesarkan aku sejak kecil tetapi aku tidak berasa sedemikian walaupun sedikit."
Kak Ila memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada ibunya apabila dia tiba di rumah.."Maafkan saya ibu. Semua salah saya..maafkan Ila ibu."
Sejurus tiba di rumah, Kak Ila melihat wajah ibunya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega meliat kepulangannya setelah puas mencari.
"Ila masuk. Ila mesti lapar kan? Ibu dah masak, jom makan," kata ibunya.
Ila terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan ibunya.
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh sahabat-sahabat sekeliling kamu, tetapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu, tetapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?
Smile...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|