View: 3474|Reply: 0
|
Guna gear undur menguji Mitsubishi Triton
[Copy link]
|
|
Daki guna gear undur
Berada dalam kenderaan pada kecondongan 45 darjah di atas struktur tanjakan (ramp) gergasi setinggi hampir lapan meter adalah satu pengalaman mendebarkan, namun kekuatan kuasa enjin dan cengkaman roda jentera pacuan empat roda Mitsubishi Triton menghindarkan perasaan gerun mereka yang menyertai Mitsubishi Red Peak Challenge! di tempat letak kenderaan Queensbay Mall, Georgetown, baru-baru ini.
Sebaliknya peserta yang mengambil bahagian untuk menempuh laluan berhalangan itu sempat mengabadikan kena-ngan pemandangan indah sekitar Pulau Pinang pada kedudukan tinggi pada kecondongan 45 darjah dengan ‘berselfie’ bersama penumpang dan pemandu profesional yang mengendalikan jentera Mitsubishi itu.
Misubishi Triton itu tidak mempunyai masalah berada pada kecondongan 45 darjah bagi membolehkan penumpang bergambar selama kira-kira dua minit, sekali gus membuktikan ia sesuai untuk pemanduan di jalan raya berturap dan amat boleh diharap untuk pemanduan di kawasan pedalaman.
Peserta Mitsubishi Red Peak Challenge! diberikan peluang untuk merasaikan sendiri kemampuan pacuan empat roda Misubishi membabitkan Mitsubishi Triton, Pajero Sport dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ASX yang turut mempunyai kemampuan pemanduan empat roda.
HALANGAN yang tinggi untuk menguji Mitsubishi Triton.
Dalam cabaran itu, peserta akan melalui beberapa disiplin halangan seperti halangan mendatar sebelah (side traverse), ujian tanjakan tidak sama (uneven ramp test), tanjakan penggelek (rooler ramp) dan kemuncaknya ialah tanjakan gergasi dengan semua halangan buatan itu dibina secara pasang siap.
Apa yang menarik ujian tanjakan gergasi itu turut dilakukan dengan pendakian secara me-ngundur untuk menuju ke puncak menyebabkan penumpangnya merasa agak berdebar berikutan kecondongannya itu.
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melepasi semua disiplin halangan itu, ia sudah pasti satu pengalaman cukup mendebarkan terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kenderaan pacuan empat roda.
Sebagai pembuka tirai dan membuktikan cabaran itu selamat dan dikendalikan pemandu profesional, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) Tetsuya Oda menjadi peserta pertama merasai pengalaman Mitsubishi Red Peak Challenge!
Penulis sendiri merasa pengalaman Mitsubishi Red Peak Challenge! bermula dengan halangan ujian tanjakan tidak sama, tanjakan penggelek, halangan mendatar sebelah dan disudahi de-ngan mendaki tanjakan gergasi.
Mendaki pada kecondongan pada 45 darjah sedikit mendebarkan penulis dan dua rakan media yang turut berada dalam kenderaan sama, bagaimanapun kecekapan pemandu kami yang dibantu dengan sistem kamera undur menjadikan pendakian itu amat mudah dan selamat.
Berbekalkan pengalaman mengendalikan kenderaan pacuan empat roda sambil terus berhati-hati, pemandu terbabit sempat melemparkan sentuman bagi mengurangkan rasa kecut perut kami ketika kenderaan bergegar apabila roda belakang melanggar pagar keselamatan pada hujung tanjakan berkenaan.
Timbalan Pengurus Besar Divisyen Pemasaran MMM Denis Wong berkata, semua halangan dalam Mitsubishi Red Peak Challenge! umpama simulasi hidup dan ia direka sedemikain rupa bagi membolehkan peserta merasai pemanduan sebenar pacuan empat roda di kawasan pendalaman.
“Tidak semua pemandu berpeluang merasakan keseronokan pemanduan di kawasan pendalaman, jadi kami tampil dengan Mitsubishi Red Peak Challenge! untuk berkongsi pengalaman itu dengan semua orang.
“Pada masa sama, peserta dapat menilai sendiri kemantapan dan keserasian pemandu serta jentera kami yang sudah terbukti mampu melepasi semua disiplin berkenaan tanpa sebarang masalah,” katanya.
Denis berkata, setiap disiplin halangan yang direka itu berperanan untuk membuktikan kemampuan jentera pacuan empat roda keluaran Misubishi mendapat kepercayaan pengguna dari seluruh dunia.
Beliau berkata, antaranya ke-stabilan ketika pemanduan, ceng-kaman roda, kemampuan sistem suspensi, kuasa enjin, sistem gear serta brek dengan mengutamakan aspek terpenting iaitu keselamatan dan keselesaan pemandu serta penumpangya.
“Cabaran ini terbuka kepada semua pemandu dan mereka berminat untuk menyertainya hanya perlu mengunjungi lokasi persing-gahan Mitsubishi Red Peak Challenge! mendaftarkan nama dan duduk di dalam kenderaan.
“Semua pemandu dialu-alukan untuk menyahut cabran ini kerana kami mahu mereka merasakan satu pengalaman berbeza yang tidak boleh didapati di tempat lain kecuali melalui Mitsubishi Red Peak Challenge!,” katanya.
Selepas Pulau Pinang, Mitsubishi Red Peak Challenge! akan menemui pemandu di Lembah Klang iaitu di pusat beli-belah Tesco Extra Mutiara Damansara (6 dan 7 September) Plaza Angsana Johor Bharu (13 dan 14 September) dan pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, Kelantan pada 26 dan 27 September.
Bagi pemandu di Sabah dan Sarawak, mereka mungkin berpeluang merasai debaran Mitsubishi Red Peak Challenge! apabila pengurusan MMM turut membuat perancangan untuk berkunjung ke dua negeri di Malaysia Timur itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|