View: 2931|Reply: 11
|
Proton lancar model kompak 25 Sept ini
[Copy link]
|
|
Proton Holdings Berhad (Proton) akan melancarkan model kompak serba barunya yang ditawarkan dengan pelbagai ciri kejuruteraan terkini pada 25 September ini.Nama sebenar model empat pintu yang ketika ini menggunakan kod Proton Compact Car (PCC) itu akan diumumkan pada majlis pelancarannya di kilang pemasangan model itu di Tanjung Malim, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model dalam segmen B itu akan dibuka untuk tempahan bermula hujung minggu ini di semua bilik pameran dan jualan Proton seluruh negara.
“Kami ketika ini sedang menunggu kelulusan akhir mengenai harga daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Bagaimanapun, kami percaya harga yang bakal diketahui pembeli yang menempah kereta ini pada akhir minggu ini adalah harga yang berdaya saing,” katanya selepas taklimat mengenai mengenai model terbaru Proton di sini, hari ini.
Model itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT dengan beberapa ciri menarik yang dipadankan seperti sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem anti brek (ABS), kawalan kestabilan elektrik (ESC), sistem bantuan bukit, sistem tanpa kunci, pengagihan brek elektronik (EBD) dan sistem yang membuka kunci pintu secara automatik sekiranya berlaku kemalangan. Gambaran awal tentang Proton ini boleh anda lihat di sini
Sumber : MyMetro
Last edited by pfiza on 13-9-2014 11:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Proton Iriz |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-9-2014 11:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Dah dengar tentang model terbaru PROTON? Klik di sini untuk maklumat lanjut! |
|
|
|
|
|
|
|
Stereng dia cantik... Tp jgn harap cantik je. Lepas 3gahun stereng mengelupas mcm stereng Saga.... |
|
|
|
|
|
|
|
love it at first sight |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-9-2014 06:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
|