View: 2053|Reply: 0
|
5 tips pemanduan selamat
[Copy link]
|
|
5 tips pemanduan selamat
Tak kira masa, persediaan sebelum memulakan perjalanan banyak membantu
Dalam masa kurang dari dua bulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mengikut kiraan, hari pertama Aidilfitri akan jatuh pada Isnin, 28 Julai dan pada kebiasaannya jalan raya akan bertambah padat dan sesak. Walaupun bukan di dalam musim perayaan, tabiat mengambil berat tentang kenderaan dan sentiasa peka dalam pemanduan mampu mengelakkan pengguna daripada kemalangan.
Untuk itu, berikut beberapa langkah dan peringatan yang boleh diambil untuk mempersiapkan diri serta kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
1 – Rehat secukupnya
Ada yang berasa mengantuk selepas makan hidangan berat, atau pun di sebelah malam selepas berbuka puasa. Paling utama, dapatkan rehat yang cukup dan jangan paksa diri untuk memandu. Memandu dalam keadaan mengantuk sangat merbahaya. Rancang perjalanan dan mulakan selepas tubuh terasa segar dan bersedia untuk memandu.
2 – Bergilir memandu
Berkongsi tanggungjawab untuk mengambil giliran memandu. Ini penting supaya anda dapat berehat atau tidur sejenak ketika dalam perjalanan jauh. Namun, jika memandu seorang, pasangkan muzik dan buka sedikit tingkap. Sekiranya kereta anda mempunyai pilihan ‘auto-cruise’, anda mungkin perlu menahan diri daripada menggunakannya agar dapat kekalkan konsentrasi pemanduan.
3 – Dapatkan maklumat perjalanan
Dapatkan maklumat terkini keadaan lalu lintas semasa dari radio atau peranti aplikasi mudah alih. Kebanyakkan syarikat konsesi lebuh raya menyediakan maklumat terkini lalu lintas pada laman web dan juga akaun Twitter. Hubungi pihak pengendali lebuhraya sekiranya perlu mendapatkan sebarang maklumat terkini. Jika anda menggunakan telefon pintar, aplikasi Waze dapat memberikan maklumat secara langsung berkenaan lalu lintas.
4 – Periksa tayar, radiator
Pastikan tayar kereta berada dalam keadaan baik. Bagaimana pula dengan tayar ganti? Pastikan ia juga dalam keadaan terbaik untuk digunakan sekiranya ada kecemasan. Sila isi angin pada waktu malam dan periksa suhu bila tayar mula sejuk. Jika anda perlu mengisi angin atau tekanan tayar ketika tayar masih panas, sila pastikan anda menambah sekurang-kurangnya 5psi bagi setiap cadangan mengenai tekanan tayar yang diberikan.
5 – Servis kenderaan
Jika inginkan perjalanan yang selesa dan tanpa gangguan, ini adalah satu keperluan. Sila periksa minyak brek, klac (jika kereta manual), penghawa dingin, dan pengelap cermin. Minta mekanik di bengkel melakukan pemeriksaan penyeluruh ke atas kenderaan anda. Jangan tunggu sehingga saat akhir untuk menghantar kenderaan untuk diselenggara untuk mengelakkan sebarang kesulitan atau kemungkinan kenderaan anda tidak dapat diservis dalam tempoh yang sepatutnya.
TIP Tambahan:
Sebagai pilihan, pertimbangkan untuk menjadi ahli Automobile Association of Malaysia (MAA). Jika tidak, kebanyakkan syarikat insurans menyediakan perkhidmatan bantuan 24 jam. Kami mencadangkan MSIG kerana sekiranya anda menggunakan lebuh raya PLUS, anda boleh menghubungi mereka pada talian kecemasan di sepanjang lebuh raya. PLUS turut menyediakan bantuan Workshop-on-Wheels (WOW) dengan hanya perlu menghubungi talian 1-800-22-300. Keselamatan haruslah diutamakan ketika pemanduan, tambahan lagi jika untuk perjalanan jauh. Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu anda untuk balik kampung dengan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|