CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8476|Reply: 2

Citroen DS5, saluran tenaga berkuasa

[Copy link]
Post time 13-6-2014 11:38 AM | Show all posts |Read mode
DIINSPIRASIKAN hasil daripada kejayaan besar jenama mewah Perancis, Citroen mencipta model DS pada 2009 bagi mengekspresikan gaya dan kemewahan Perancis menerusi butiran yang indah dan kualiti tinggi.

Model DS5 yang diuji kali ini adalah pelengkap kepada barisan model DS. Melihat DS5 moden ini mengingatkan kembali kepada model Citroen DS yang dikeluarkan pada era 50 hingga 70-an.

Seperti model DS yang lain, tumpuan Citroen adalah untuk menawarkan rasa reka bentuk yang bercita rasa tinggi dan keinginan yang mana model tradisional tidak dapat lakukan.

Model DS5 ini memiliki bentuk agresif dan dinamik dalam penggayaan dan keseimbangan. Turbo sebelum ini sudah berpeluang menguji DS4 dan DS3. Namun begitu, kedua-dua model tersebut memiliki persamaan dengan model Citroen lain. Akan tetapi DS5 sedikit melencong.

Saya mengatakan sedemikian kerana DS3 diambil daripada model Citroen C3 dan DS4 berdasarkan C4, namun DS5 tidaklah berasaskan kepada C5 yang diperkenalkan pada 2008.

Sebaliknya, DS5 duduk di atas platform PF2 yang sama seperti Peugeot 3008. Ini menjadikan ia lebih pendek daripada keseluruhan C5 yang mana DS5 lebih pendek 249 milimeter (mm).

Bahagian hadapan DS5 kelihatan moden dan agresif. Bonetnya kelihatan lebih besar dan maskulin. Ditambah dengan lubang udara hadapan bersaiz jumbo yang dipadankan dengan garisan krom membentuk logo Citroen cukup tampil berbeza.

Malah satu garisan tebal di atas lampu hadapan yang ditarik sehingga ke tiang A memberi satu karakter tegas.

Beralih ke bahagian belakang, DS5 kelihatan lebar dengan lampu belakang berbentuk L terbalik. Di bahagian bawah bampar, dua ekzos krom dengan ukuran besar memberikan sentuhan sporty.

Secara keseluruhan, DS5 mempunyai bayang aerodinamik yang berani dan tegas. Melalui DS5, Citroen kembali mempertontonkan keahlian mereka membuat kereta unik.
Kabin

Sepertimana imaginasi yang bergaya itu diterjemahkan pada bahagian badan DS5, ia diteruskan ke bahagian kabin. Model DS5 adalah salah satu jentera arus perdana yang daya cipta estetikanya menjangkaui kebiasaan dan wang bukanlah satu ukuran.

Kabin diinspirasikan dari dunia penerbangan. Duduk sahaja di kerusi pemandu dan mendongak ke atas, saya terlihat barisan tombol butang di tengah dengan padanan warna hitam dan krom.

Terasa ibarat juruterbang apabila mula mengoperasi butang di atas kepala. Butang yang disediakan di tengah bumbung itu ialah bagi membuka bumbung panorama dan juga melaraskan speedometer pada kaca HUD yang diletakkan di hadapan pemandu. Bumbung panorama juga boleh dibuka terpisah tirainya.

Persis kokpit pesawat.
Menyentuh isu ruang kaki DS5 masih lagi dikategorikan cukup selesa kerana badannya yang panjang. Tetapi berbeza dengan ruang kepala kerana garisan bumbung seperti coupe menjadikan ruang kepala sedikit terbatas.

Terutamanya bagi mereka yang tinggi. Selain itu, saiz cermin belakang yang kecil, mengehadkan pandangan pemandu.

Isu kecil lain ialah ruang meletak air yang terhad di bahagian hadapan. DS5 hanya menyediakan ruang meletak air di bahagian tepi pintu. Saya terpaksa menggerakkan badan ke hadapan untuk mencapai minuman. Lebih mudah sekiranya ruang meletakkan air disediakan di konsol tengah.

Secara keseluruhan kabin DS5 begitu kuat dengan kesan mewah kerana ia memang dirancang dengan memadukan sedan eksekutif dan station wagon.
Prestasi

Beralih kepada powertrain, jentera yang berkongsi platform dengan Peugeot 3008 ini menggunakan enjin sama. Ia dijana enjin 1598cc turbo. Menerusi kapasiti berkenaan, enjin itu mampu menghasilkan kuasa maksimum hingga 156hp dengan padanan transmisi 6-kelajuan automatik.

Enjin tersebut bekerja sangat baik dengan DS5. Tenaga besar tidak keluar dengan kasar. Halus tapi tetap berisi. Dipandu santai, sistem begitu lancar dan bersedia dengan pergerakan mudah dan menyenangkan.

Begitu juga ketika keadaan pecutan keras dan pertengahan, DS5 memberikan tenaga yang diinginkan tanpa lengahan kuasa. Perpindahan gear yang disalurkan daripada kotak gear 6-kelajuan automatik memiliki karakteristik yang lembut tetapi lancar.  

Memandu sekitar kota Kuala Lumpur, satu perkara yang menjadi catatan saya ialah pengendalian DS5. Pengendalian diberikan adalah mantap layaknya jentera Eropah tetapi ia sedikit mengorbankan keselesaan. Saya merasakan talaan suspensinya terhitung keras.

Bahkan ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi terasa DS5 sedikit resah. Menggesanya sedikit lebih di selekoh hasilnya understeer yang besar. Akan tetapi masih terkawal.

Sayangnya, pusingan stereng terlalu ringan terutama pada saat kelajuan tinggi sedikit mengurangkan sensasi pemanduan. Malah dirasakan keseimbangan stereng juga lebih berat ke kiri. Saya mengandaikan jentera ini sudah dipandu oleh ramai media.

Gejala olengan badan juga dirasakan sangat minimum. Keseronokan DS5 mula dirasai apabila dipandu di lebuh raya yang terbuka. Memecut laju, DS5 mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh yang singkat. Pada kelajuan 110km/j, kedapan kabin juga masih selesa. Bunyi angin dan kenderaan diserap dengan baik.

Lima hari bersama DS5, dengan pemanduan yang bercampur di bandar dan lebuh raya, saya mencatatkan perbatuan sejauh 508 kilometer dengan tangki penuh. Itu dicapai dengan karakter pemanduan santai. Cukup impresif.

Kehadiran DS5 menawarkan pilihan berlainan dalam segmen hatchback mewah. Bagi yang melirik sebuah sedan keluarga mewah dan tampil beza dari pesaingnya kerana bentuknya yang unik dan sporty, maka DS5 boleh dipertimbangkan.



Spesifikasi DS5

Enjin: 1.6 liter twin scroll turbo high pressure
Sesaran: 1598cc
Kuasa maksimum: 1 56hp@6000rpm
Tork maksimum: 240Nm@1400rpm
Transmisi: 6-kelajuan automatik
Kelajuan maksimum: 202km/j
Tangki penuh: 60 liter
Keselamatan: ESP, ABS, EBD, EBA, beg udara tepi, hadapan, langsir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 03:51 PM | Show all posts
wa tgk harga RM 180k...

mahal woo keta konti masuk mesia ...

enjin pun 1.6..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:43 PM | Show all posts
kereta ni mmg nampak hebat! tp tak pernah try pon. hihi

#tacang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059496 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list