CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2342|Reply: 11

Haram cetak rompak jadi modal perniagaan

[Copy link]
Post time 17-10-2013 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Haram cetak rompak jadi modal perniagaan

SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah.
  Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat.


  Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.

  Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya.

  Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara?

  Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak. Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.

  “Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”

  Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara.

  Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah.

  Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.

  Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban)

  Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.

  Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
  Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.

  Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.

  Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya.

  Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq).

  Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati.

  Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.

  Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.

  Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:


‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair)

Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial

Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen

  Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti. Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan.

  Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi.

  Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.

  Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.

  Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.

Sumber




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:48 AM | Show all posts
....susah kan bab ni.......

berapa orang lah pakai window original....?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 12:01 PM | Show all posts
Itu baru Windows. Belum kira office,photoshop,antivirus......dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:53 PM | Show all posts
ussopp posted on 17-10-2013 11:48 AM
....susah kan bab ni.......

berapa orang lah pakai window original....?

kenapa hampa  tak mo pakai yg original ?

i tak faham u know Malaysians ni sebab itu harta , dan effort intelek org ti kesian kat dia maksud kata kita tak berlaku adil pada yg original contributor...

tak payah lah kira sangat soal soal  nak guna windowns ke norton ke ...belilah yg original sebab  ada faedahnya ...

Comments

antivirus i pakai yg free je, AVG atau Avast, tapi yg ori la...  Post time 17-10-2013 04:03 PM
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:04 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 17-10-2013 02:53 PM
kenapa hampa  tak mo pakai yg original ?


Kalau dah pakai yg tak ori sebab tak mampu, janganlah buat perniagaan untuk mendapatkan keuntungan darinya pula....

jadi dapat kurangkan kesalahan dan kemudharatan

p/s: i pakai windows ori...hehe!



Comments

I pakai windows and Norton ori...beliah ori...kalau boleh.  Post time 17-10-2013 03:39 PM
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 04:08 PM | Show all posts
Apa hukum copyright ©?
- knp akhir² ni muncul opensource, copyleft, e-book, etc.

Comments

dagangan ilmu menurut Islam ...???  Post time 17-10-2013 05:13 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 04:34 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 17-10-2013 02:53 PM
kenapa hampa  tak mo pakai yg original ?

i tak faham u know Malaysians ni sebab itu harta , dan ...

yes my bad....

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:34 AM | Show all posts
Harta intelek tu bkn ka 'profiteering'?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 09:02 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 17-10-2013 04:08 PM
Apa hukum copyright ©?
- knp akhir² ni muncul opensource, copyleft, e-book, etc.


Dari segi Islam, saya tak pasti hukum dari Al-Quran dan Sunnah berkaitan 'copyright©' sebagai harta ekskusif dengan terma-terma yang diletakkan bersma copyright tersebut....

Namun, kalau diambil pendekatan dari segi harta intelektual, ia dipanggil hak, dan dalam Islam dilarang mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

Munculnya 'opensource' ini sebab mungkin juga sifat nak kaut untung berlebihan dari pihak yang meletakkan hak copyright tersebut.



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:10 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 18-10-2013 05:34 AM
Harta intelek tu bkn ka 'profiteering'?


Tak semestinya... tapi boleh jadi profiteering bergantung kepada cara pengelolaan...

Contoh profiteering macam Microsoft meletakkan copyright & licensing kepada produknya

Bila ada opensource, maka Microsoft ada pesaing yang kuat, terpaksalah dia turunkan margin keuntungannya secara lebih berpatutan bersesuaian dengan kualiti produknya.... semestinya kualiti dan servisnya kena lebih baik berbanding dengan opensource, yang bukan berasaskan keuntungan, jika tidak dia akan lingkup menghasilkan produk berkualiti rendah dan tak boleh tandingi opensource

Contoh bukan profiteering macam kajian ahli sains tertentu.... untuk orang awam tahu siapakah yang membuat kajian yang asal.... yang memang arif dan pakar dalam bidang kajiannya...

Jika tidak tahu, nanti senang kena kelentong dengan 'saintis' plagiat, yang nak cari keuntungan (profiteering) semata-mata..



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 11:53 AM | Show all posts
ussopp posted on 18-10-2013 04:34 AM
yes my bad....

errk sowwy ...ermm...u pakai yg counterfeit nyer ke Ussop? i mena do not asnswer kalau hmm...tak nak and personal, ye. alaa...sorrlah guilty plak i...opps...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 02:18 PM | Show all posts
Pada saya...takyah la susah kan dan peningkan diri sendiri........kalau nak sesuatu beli jer yg ori. Kalau tak mampu cari alternatif lain yg lebih murah.....yg percuma pun ada. Pilihan ditangan kita.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.393959 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list