CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13240|Reply: 104

Lelaki digalakkan memilih anak dara dari janda dan terakhir andartu

[Copy link]
Post time 7-10-2013 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Memilih Janda Atau Anak Dara                  
               
Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
Sham, Kuala Selangor




Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.


Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.


Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.


Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.

Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya.

Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.


Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.

Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.


Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.


Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.

Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.


Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 09:02 PM | Show all posts
selalu je andartu jadi bahan dalam thread kau ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:03 PM | Show all posts
roblucci posted on 7-10-2013 09:02 PM
selalu je andartu jadi bahan dalam thread kau ni

pedoman kpd forumer2 lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ifan ade unsettle business dengan andartu.. semoga keampunan milik mu jua nanti akhirnya ya ifan



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku diberi pilihan.
aku nak mat saleh :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang puas hati beli kereta baru....tarak calar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 09:05 PM | Show all posts
langitluas posted on 7-10-2013 09:04 PM
Ifan ade unsettle business dengan andartu.. semoga keampunan milik mu jua nanti akhirnya ya ifan

...

sabda nabi tu...kalau di beri pilihan...ye tak?

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:06 PM | Show all posts
ifanonline posted on 7-10-2013 09:03 PM
pedoman kpd forumer2 lelaki...

aku prefer andartu yg seksi dan cuantik daripada anak dara yg dah jadi bohsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline posted on 7-10-2013 09:05 PM
sabda nabi tu...kalau di beri pilihan...ye tak?

Apa yang tersirat dalam hatimu tuhan je la yang tahu kan.. asal bukak thread je , hashtag # andartu



kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:07 PM | Show all posts
roblucci posted on 7-10-2013 09:06 PM
aku prefer andartu yg seksi dan cuantik daripada anak dara yg dah jadi bohsia

very rare...good luck to u...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:08 PM | Show all posts
aku nak main pes 2014
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:08 PM | Show all posts
janda yang berkahwin lagi dan andartu yang sudah bertemu jodoh sekurang2 mereka dah melengkapkan hidup mereka dengan perkahwinan...DAN bagi org yang kutuk2 janda dan andartu adekah kamu sudah berkahwin.....??tepuk dada tanya diri sendiri di mana diri kamu sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
roblucci posted on 7-10-2013 09:06 PM
aku prefer andartu yg seksi dan cuantik daripada anak dara yg dah jadi bohsia

Walk the talk ok brader.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:08 PM | Show all posts
langitluas posted on 7-10-2013 09:07 PM
Apa yang tersirat dalam hatimu tuhan je la yang tahu kan.. asal bukak thread je , hashtag # andart ...
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
bukan aku ckp tau...nabi yg ckp...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:09 PM | Show all posts
janda dah tentu xde dara, @ifanonline  
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:10 PM | Show all posts
baru tadi sekor jatam telah buat aku menyirapppppppp
dia ingat aku kaya agaknya
aku cakap ler mana ada aku kaya dan aku bukan manusia obses kumpul reta benda pun

terus dia kata ohhh ingatkan kaya, ingatkan nak masuk minang, takyah lah saya keja kuat, tumpang reta awak saja cukup lah

CILAKA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 09:10 PM | Show all posts
sekngucing posted on 7-10-2013 09:08 PM
aku nak main pes 2014

ramai orang main FIFA sekarang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 09:11 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 7-10-2013 09:09 PM
janda dah tentu xde dara, @ifanonline

nabi ckp...kalu di beri pilihan, carilah anak dara...kalu dah takde anak dara, janda dan andartu lah last choice....

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline posted on 7-10-2013 09:08 PM
bukan aku ckp tau...nabi yg ckp...

Aku x sentuh pon bab hadis sahih ke tak. Yang ko nak corner baring nape ?
.saje je la tu. Dah agak dah. Set set laki gini . Live in denial. .dah dah la. Sian kat akak2 andartu . Tak kacau idup ko pon kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 7-10-2013 09:10 PM
baru tadi sekor jatam telah buat aku menyirapppppppp
dia ingat aku kaya agaknya
aku cakap ler mana ...

One word . Malang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.491484 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list