CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2677|Reply: 6

10 Amalan Popular Dalam Masyarakat Tetapi Songsang Dalam Agama Islam

[Copy link]
Post time 3-10-2013 02:23 PM | Show all posts |Read mode


Pernahkan anda  bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian.  Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan  dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar  atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang  lain.

Perhatikan apa yang  dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah  beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian  (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa  yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran  tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan  kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah  ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang  datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir  kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau  harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut  Islam?

Jangan lupa derma ketika  ziarah mayat
2. Kalau hadir ke kenduri  walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang  diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan  ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan  pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut  memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah  panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri  majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila  mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan  ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang  terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu  di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing  kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan  dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.  Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat  di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan  sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan  oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah  bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan  orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita  dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.  Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah  terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan  haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan  apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam  antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan  kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini  mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat  bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas  tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau  solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas  khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu  pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20  kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita  sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari  tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar  rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau  ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah  Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.  Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan  diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau  nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi  kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut  seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.  Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang  bahagia.

Cukup dengan  contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya.  Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan  ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera  kita.

Allah yang mencipta kita  maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW:  "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

sumber http://mustaqimmah.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 02:40 PM | Show all posts
great info...   rmai yg ambik mudah ttg perkara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 02:49 PM | Show all posts
ada sorang akak tu, kalau nak keluar berhias duduk rumah pun berhias sakan ..pendek kata asik berhias je kejenya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:14 PM | Show all posts
nauzubillah min zaliq aku sgt takut kalau terjadi yg pertama, termakan harta anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 08:51 AM | Show all posts
klu no 1 mmg jadi lumrah org melayu. tak dibuat karang org ckp mcm la tkde duit nak buat kenduri,
klu buat takut terguna duit org yang dh meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 01:37 PM | Show all posts
Orang dah bagi makan, makan je la...tolak rezeki pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2013 02:33 PM | Show all posts
Bismillah

cara hidup dgn gaya hidup itu ada beza.

cuba kita tgk diri sendiri , apa yg kita buat lebih byk pada gaya hidup atau cara hidup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.110834 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list