CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2895|Reply: 13

Ujian Cinta

[Copy link]
Post time 20-9-2013 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Urutannya tidak seperti biasa. Kali ini agak perlahan dan kurang bermaya. Sambil mengurut, dia bercerita. Cerita sedih yang dialaminya menjelang Hari Raya. “Wak” begitulah panggilan mesra saya kepadanya. Dia seorang pendatang dari negara seberang yang bekerja sebagai buruh binaan di projek perumahan berhampiran dengan rumah saya.
“Saya tidak sangka ustaz, isteri saya buat begini…” katanya sambil mengurut tangan kanan saya. Saya mula mengenali Wak sejak anak lelaki saya tergeliat kakinya dan kami sama-sama mencari tukang urut. Kami temui Wak melalui perbualan dengan seorang kawan tentang adanya seorang tukang urut yang ‘handal’ di pinggir taman tempat kami tinggal. Sejak hari itu, dia akan datang mengurut secara tetap sebulan sekali di rumah saya. Kadangkala bukan kerana sakit, tetapi hanya untuk mengekalkan hubungan saudara seagama.

“Hampir sepuluh tahun saya bekerja di sini, hampir semua hasil pendapatan saya kirimkan kepadanya. Ustaz pun lihat betapa saya begitu berjimat kerana hendak menyenangkan hidup isteri di kampung.”

“Wak memang suami yang setia…” balas saya.

“Malangnya, isteri saya tidak ustaz. Saya dikhianati!”

Setelah sepuluh tahun bekerja di Malaysia, Wak tekad untuk membawa isterinya hidup bersama diperantauan. Biar susah senang, hidup bersama. Begitu azam Wak. Lalu dia bekerja lebih keras lagi, mengumpul wang untuk mendapat visa, tambang dan segala prasarana buat isteri tinggal bersama di Malaysia. Disediakannya bilik dan segala peralatan yang perlu di celah-celah rumah kongsi di tepi tapak projek perumahan dia bekerja. Wak impikan isteri menjadi ‘ratu’ penghias istana hatinya!

Akhirnya Wak berjaya membawa isterinya ke Malaysia. Betapa gembiranya dia saat itu dapat saya rasakan semasa dia mengurut saya sebaik sahaja pulang daripada ‘mengambil’ isterinya.

“Isteri saya sudah di rumah sekarang. Bulan hadapan dia akan mula bekerja.”

“Tahniah Wak,” kata saya sambil merenung matanya yang bersinar. Bayangkan selama sepuluh tahun berjauhan (pulang hanya sekali setahun), kini Wak tinggal bersama isteri. Biarlah bilik di rumah kongsi itu sempit, tetapi bagi Wak, dapat bersama isteri itupun sudah satu kelapangan.

Namun sayang, hanya 6 bulan kemudian… Menjelang Hari raya…

“Dia lari ikut lelaki lain ustaz. Saya ditinggalkan. Saya dapat tahu juga semua harta yang saya belikan untuknya di kampung halaman kami pun turut dijualnya. Saya kosong ustaz. Hati saya kosong, harta saya kosong,” luah Wak hampir menangis.

Spontan tangan saya memegang tangannya. Saya pegang dan genggam erat tangannya. Saya terlupa bahawa saya masih diurut.

“Wak… Allah ada, akhirat ada.”

Itu sahaja yang dapat saya katakan. Saya juga kehilangan kata-kata.

“Ustaz, saya tak layak bersamanya… Saya tak segak. Saya tak kaya. Saya hanya buruh.”

“Tidak Wak. Bukan Wak yang tidak layak dengannya tetapi dia yang tidak layak untuk Wak!” jawab saya tegas. Mata Wak yang redup saya renung. Kulit tangannya yang kasar dan lengannya yang calar balar kerana bekerja keras itu saya pegang. Terasa dia seperti adik sendiri. Ya Allah, berikan ketabahan buat hamba-Mu yang satu ini.

Bukan sehari dua saya mengenal Wak. Dia kuat berpegang kepada agama. Dia tidak merokok, berjudi, minum arak jauh sekali. Solat dan puasanya dijaga. Walaupun dia tinggal bersama kawan-kawan yang berbagai-bagai ragam, di tempat yang terdedah dengan pelbagai kejahatan dan maksiat… tetapi Wak ada ‘class’ tersendiri. Dia umpama permata di celahan kaca. Jangkamasa sejam, kadangkala sampai mencecah dua jam, sepanjang mengurut saya sering dipenuhi oleh ‘diskusi’ agama. Saya dapat banyak maklumat dan ilmu tentang Islam di kampung halamannya.

Wak juga sebenarnya pelajar ‘separuh jalan’ pesantren (semaam pondok agama) di kampungnya. Kesempitan hidup ditambah kedua orang tuanya yang tidak mampu bekerja lagi menyebabkan Wak merantau ke Malaysia. Dia ‘talian hayat’ untuk membantu keluarganya yang melarat.  Bayangkan, dengan rezeki hasil membanting tulang empat keratnya, akhirnya dia bukan sahaja dapat membina rumah untuk orang tuanya tetapi dapat menghantar ayahnya mengerjakan haji.

“Wak ingat cita-cita Wak yang pernah Wak ceritakan pada saya?” kata saya memecah kesunyian akibat melayan fikiran dan lamunan maing-masing.

“Ingat ustaz, saya ingin menunaikan haji!”

“Ya, inilah masanya. Sekarang Wak hanya ada satu cita-cita sahaja… pergi haji. Pergi menuju Allah,” giat saya bersemangat.

“Wak, Allah sedang uji Wak… Uji cinta namanya,” tambah saya lagi.

“Ah, ustaz… saya sudah tua. Cinta bukan untuk saya lagi,” kata Wak tersenyum. Gembira hati saya melihat dia senyum, walaupun saya percaya itu susah sungguh. Tetapi bagi saya itulah senyum yang paling mahal… senyum ketika diasak kesedihan. Kulit pipi Wak yang kering kerana sentiasa dipanah sinar matahari sewaktu bekerja itu nampak berseri.

“Allah putuskan cinta Wak dengan isteri untuk Wak menyambung cinta dengan Allah.”

“Ustaz, saya tak pernah salahkan Tuhan atas apa yang menimpa saya ini. Saya sabar ustaz. Mesti ada yang baik-baik, yang belum saya ketahui di sebalik yang pahit-pahit ini.”

“InsyaAllah, Wak. Kita yakin Tuhan tidak menzalimi kita. Tetapi Tuhan sedang dan sentiasa mendidik kita. Kita usaha jadi orang baik Wak, insyaAllah orang yang baik-baik akan menjadi pendamping kita. Nak jadi baik, susah… nak dapat yang baik pun susah…perlu diuji.”

“Itulah ustaz, ada kawan-kawan saya datang mengapi-apikan saya…”

“Apa mereka kata Wak?”

“Mereka cadangkan saya bertindak. Cari lelaki dan isteri saya dan hukum atas kecurangan itu.”

“Apa kata Wak?”

“Bukan mudah mencari mereka. Malaysia luas. Masa dan pergerakan saya terbatas. Kerja saya banyak. Lagipun, ibu saya di kampung sakit… perlu biaya. Saya perlu terus bekerja. Kalau saya caripun, jika dapat, tapi kalau hati dia sudah tidak suka pada saya, apa gunanya? Saya sudah banyak kehilangan masa, harta disebabkan dia. Biarlah ustaz.”

“Wak, dia tidak layak buat Wak. Sekarang tekad, pertama cinta Allah. Kedua, cinta ibu-bapa. Kumpul duit untuk dua perkara itu saaja. Satu, untuk pergi haji. Kedua, untuk biaya berbakti buat orang tua. Jaga Allah Wak, nanti Allah jaga kita…” kata saya memberi semangat. Jauh di lubuk hati saya, saya berharap akan ada orang yang akan berkata begitu apabila saat saya diuji. Saat itu pasti tiba, kerana hidup memang untuk diuji.

“Apa doa atau bacaan untuk tenangkan hati ustaz?”

“Wak jaga solat. Kemudian, kuatkan doa. Doa pertama, minta supaya Allah beri kecintaanNya. Kedua, minta Allah berikan cinta orang yang menyintaiNYa. Dan ketiga, minta diberi segala jalan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kecintaanNya. Pokok pangkalnya ini semua doa cintalah Wak!”

Wak termenung. Diam. Tetapi wajahnya tidak semuram sebelumnya.

“Wak, luka hati ini mengambil masa sedikit… tetapi saya yakin Wak akan sembuh dengan cepat.  Bila susah, datang rumah ni. Saya nak urut lagi. Kerja pun satu cara penyembuhan. Bila sibuk kerja, tak sempat rasa sedih.”

“Betul ustaz. Saya urut badan, ustaz urut hati saya…”

Saya senyum. Tetapi di dalam hati diterjah satu pertanyaan. Saya? Siapa pula yang urut hati saya apabila diuji? Justeru, bukan sahaja Wak yang telah diuji. Kita semua pasti diuji… ujian cinta!



-credit to MUSTAQIMAH



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 03:33 PM | Show all posts


“Wak jaga solat. Kemudian, kuatkan doa. Doa pertama, minta supaya Allah beri kecintaanNya. Kedua, minta Allah berikan cinta orang yang menyintaiNYa. Dan ketiga, minta diberi segala jalan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kecintaanNya."

Insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:35 PM | Show all posts
salam

ujian cinta adalah cemburu ..

errmm ..
a little jealousy in relationship is Healthy
itz always nice to know someone's
afraid to lose you

you are cute ..
when you are jealous ..

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:13 PM | Show all posts
NorAddin posted on 25-9-2013 06:35 PM
salam

ujian cinta adalah cemburu ..

haha coming from  a man....mmglah rasa cute...hmmmmmmmm...man.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:33 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-9-2013 07:13 PM
haha coming from  a man....mmglah rasa cute...hmmmmmmmm...man.

salam

haha .. goshhh ..
but bukan pada Allah ..
cemburu Haq Allah ..
sebesar kuman kalau ada menduakan .. syirik ..
syirik dosa yang paling besar .. tiada keampunan ..
walaupun Dia maha pengampun ..
لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
وحده لاشريك له


wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:38 PM | Show all posts
NorAddin posted on 25-9-2013 07:33 PM
salam

haha .. goshhh ..

hahaha of course..of course...

mencintai al haq  itu indah tap bukan senang...begitu juga cinta yg hadir dilafazkan kerana-Nya , it is not easy , but then itu lah kasih sewajarnya cinta ditempatkan..reagrdless whatever the ouctome is , right?

it is not easy as something a person reflecting you - as mentioned by Timberlake...

well....is not it ? but love however is a provision
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 09:48 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-9-2013 07:38 PM
hahaha of course..of course...

mencintai al haq  itu indah tap bukan senang...begitu juga cinta ...

salam

mencintai al haq  itu indah tap bukan senang...begitu juga cinta yg hadir dilafazkan kerana-Nya , it is not easy , but then itu lah kasih sewajarnya cinta ditempatkan..reagrdless whatever the ouctome is , right?
al Haq .. fully agreed .. yap .. alhamdulillah syukran
Nabi s.a.w. maksudnya:
‘‘Sesiapa yang cinta kepada Allah,
marah kerana Allah,
memberi kerana Allah,
menahan kerana Allah,
maka sesungguhnya telah sempurna Iman.’’
Riwayat Abu Dawud, Attirmidzi & Sanad Hassan

reflecting mirror .. errmm ..
external mirror.............. you ................. internal mirror
qudrat kuasa --------> sembah --------> yang berkuasa Qadirun
iradat hendak -------> sembah --------> yang berkehendak Muridun
ilmu tahu -------------> sembah --------> yang tahu Alimun
hayat hidup ---------> sembah ---------> yang hidup Haiyun
samak dengar ------> sembah ---------> yang mendengar Samiun
basar lihat ------------> sembah --------> yang melihat Basirun
kalam kata -----------> sembah --------> yang berkata Mutakalimun



wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 09:54 PM | Show all posts
NorAddin posted on 25-9-2013 09:48 PM
salam

al Haq .. fully agreed .. yap .. alhamdulillah syukran

oh well...hehe nice song that one...

i guess org yg marah , kasih dan menahan marah  lillahi taala tu mmg  mencapai kemanisan iman ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 10:07 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-9-2013 09:54 PM
oh well...hehe nice song that one...

i guess org yg marah , kasih dan menahan marah  lillahi ta ...

salam

if .. they really cinta pada Allah .. yap
kalau dapat d'puji .. dapat manis nya
kalau dapat d'keji .. dapat masam nya

but as a human .. sometimes i pun tak boleh tahan boleh kalah .. hehe
weak used of d'knowledge aahh .. haha

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
NorAddin posted on 25-9-2013 07:33 PM
salam

haha .. goshhh ..

U meant to say, kalau hati yg tulus,bersih pure pristine heart, tak boleh cemburu pada manusia lain ke in ye? in teems of relationship? Last edited by mbhcsf on 29-9-2013 06:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 07:56 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 27-9-2013 08:30 PM
U meant to say, kalau hati yg tulus,bersih pure pristine heart, tak boleh cemburu pada manusia lai ...

salam

boleh d'benarkan hanya 2 perkara ..
so cemburu begini .. we have to compete challange as a healthy motivation .. with effort
without ada ..
  • iri
  • hasad
  • loba
  • tamak
but mesti ingat ..
wajib ikhtiar dan usaha .. harus dapat .. bukan wajib dapat ..

Dari Ibnu Mas’ud R.A.,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak digalakkan adanya perasaan cemburu melainkan kepada dua keadaan:
  • Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda,
       serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu
       pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya,

  • dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama,
       lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.”

Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi.

wassalam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 08:40 PM | Show all posts
Cinta paling agung adalah cinta Allah, dimana cinta di sembunyikan? salah satunya dalam penderitaan..
mula2 manusia derita dia carik kawan dia, pastu cari ibu bapa pastu cari org ramai.pastu kalau x hilang juga derita dia cari tuhan...penderitaan demi penderitaan yg dia hadapi dia dapati hanya Allah yg berbuat baik padanya, hatinya telah mula terdetik cinta pada Allah..ohhhh  bergini rupanya engkau wahai tuhan, hatinya mula berbunga-bunga..jikalau tuhan hendak menaikkan darjat org itu dia memberikan lagi berbagai percubaan dan penderitaan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 08:49 PM | Show all posts
salam

Insan yang dapat title .. d'dalam percintaan nya kpd Allah
  • Ibrahim KhalilUllah
  • Muhammad HabibUllah

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 12:11 AM | Show all posts
NorAddin posted on 29-9-2013 07:56 PM
salam

boleh d'benarkan hanya 2 perkara ..

usaha part of ikhtiar yes i like that saying , part of ikhtiar but bukan wajib dapat.

yes, true.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.169287 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list