CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 0

Ibu Mertua

[Copy link]
Post time 18-9-2013 08:20 PM | Show all posts |Read mode


Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?



Jawapan:

Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar. Bagi orang yang sabar Allah swt janjikan pahala tidak terhitung ertinya terlalu banyak. Allah swt anugerahkan gelaran Ulul Azmi kepada lima orang Rasul kerana mereka amat sabar dalam berhadapan dengan ragam serta karenah manusia. Rasulullah saw merupakan Penghulu kepada Ulul Azmi itu kerana Baginda saw yang paling sabar dalam berhadapan dengan manusia. Untuk menyubur dan menguatkan sifat sabar perlulah menguatkan iman kerana ‘sabar itu adalah sebahagian dari iman.’

Selain dari bersabar, saudara juga perlu memperlihatkan akhlak yang mulia. Mudah-mudahan dengan berakhlak mulia yang saudara perlihatkan itu akan mengubah sikap ibu mertua saudara. Ini kerana semua manusia menyukai akhlak mulia kerana ianya adalah fitrah semulajadi. Rasulullah saw serta para Sahabat telah berjaya menawan hati manusia dengan akhlak mereka yang amat menarik. Daya tarikan akhlak mereka macam magnet. Saudara juga mesti beerusaha meminimakan sikap-sikap atau perlakuan saudara yang tidak disukai oleh ibu mertua saudara. Saudara juga perlu banyak memberikan khidmat terbaik, berbudi serta berbuat jasa seberapa yang saudara termampu. Akhir sekali saudara mesti ada azam serta usaha untuk bebas yakni tinggal berasingan dengan ibu mertua. Banyakan taubat serta berdoa semoga Allah swt bantu dan selesaikan masalah sudara. Keadaan yang saudara alami itu merupakan satu realiti yang berlaku dalam masyarakat zaman ini. Iaitu rata-rata masyarakat sudah kehilangan Tuhan serta ketiadaan kasih sayang. Kehilangan Tuhan membuatkan masyarakat tidak lagi mementingkan masa depan akhirat serta dosa dan pahala. Ketiadaan kasih sayang menyebabkan masyarakat hilang bahagia sekaligus tiada perasaan mahu membahagiakan orang lain. Natijahnya seperti yang saudara alami iaitu tinggal bersama ibu mertua pun tidak aman, tidak tenteram dan tidak tenang.

credit to http://mustaqimmah.blogspot.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.632800 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list