CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11412|Reply: 72

Kenalilah tuhan yang menguji mu!

[Copy link]
Post time 13-9-2013 03:01 PM | Show all posts |Read mode




Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati…

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

sumber artikel SURAU MUSTAQIMAH

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting kan, tiada takdir Allah tanpa hadirnya hikmah. Mencari hikmah itu i must say, perlukan kesabaran dan time factor serta bila kita dlm ketenangan.it can be few years sometimes to know...at the deepest level...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:40 PM | Show all posts
salam

cobaan atau ujian ..
terbahagi pada 2 ..
  • dugaan .. dari tuhan .. dalaman
  • godaan .. dari syaithan .. luaran

hikmah nya adalah ..
supaya kamu mengetahui akan Rahmah nya ..
yang senantiasa hendak kamu hampiri ..
supaya dapat hubungan dengan Khalik ..

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 08:42 PM | Show all posts
ada hikmah yg Tuhan nampakkan segera di dunia tapi ada juga yg ditangguhkan di Akhirat. Yg di Akhirat itulah yg lagi payah org nak faham tapi yg itu adalah terbaik sbb menjadi bekalan kita yg berkekalan. Contohnya ada org yg sgt taatkan Allah tapi Allah uji dia dgn penderitaan sampai ke hujung hayatnya sebenarnya penderitaan itulah yg menjadi pahala2 percuma untuknya yg mana itu juga merupakan amal ibadah di sisi Allah. Amal ibadah batin namanya yg tidak dicelahi riak serta ujub. Kdg2 bila kita bersedeqah atau buat baik terselit rasa nak org tau, nak org tengok maka keikhlasan kita di situ tercacat, mmg susah nak jaga hati, boleh terbatal pahala kebaikan dan ibadah bila kita tak mampu nak jaga hati. Tapi klu seseorg diuji dgn penderitaan spt dicaci,dihina,dipukul tanpa sebab dan dia pula sabar dan redo maka dia dpt pahala2 percuma dari Allah. Mana ada org rasa bangga bila dihina,dicaci,difitnah so rasa riak,ujub,sumaah tak melekat dlm hatinya, mana ada rasa glamour bila jatuh sakit contohnya,mana ada rasa bangga di situ, tak akan ada rasa nak menunjuk2 kat org. Jadi di situlah sebahagian dari hikmah ujian yg Allah bagi klu kita boleh faham kita tetap bahagia dlm derita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:14 PM | Show all posts
kehidupan adalah satu ujian
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:03 PM | Show all posts
Bismillah

ujian yg sebenarnya akan bermula bila kita ditinggalkan 7 langkah.
masa tu cuma 3 hal yg blh tolong kita.
sbb tu Nabi pesan ingat 5,sebelum datang yang 5.
kalau minat ,cuba ikut cara 4 org Sahabat atau 4 org Imam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 10:37 PM | Show all posts
jika dikatakan dunia ini syurga tidak sesuai.....kerana ada jalan sukarnya...

jika dikatakan neraka, jugak tidak sesuai, kerana ada dingin air, biru langit, sedapnya sambal belachan....

tetapi jika dikatakan bumi ujian, apa lagi yg lebih tepat dari itu.....


wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:01 PM | Show all posts
ussopp posted on 17-9-2013 10:37 PM
jika dikatakan dunia ini syurga tidak sesuai.....kerana ada jalan sukarnya...

jika dikatakan nera ...

Alhamdulillah,

Adakah bumi ini tempat ujian? Adakah Adam di turunkan untuk menjalani ujian ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 11:25 PM | Show all posts
GiQ posted on 17-9-2013 11:01 PM
Alhamdulillah,

Adakah bumi ini tempat ujian? Adakah Adam di turunkan untuk menjalani ujian ?

ada jawapan lainkah?

yang sy ada hanya satu jawapan lain tetapi masih dlm konteks ujian yakni,

utk beribadat kepada Allah(ujian)
jawapan lain yg sy ada lagi utk melihat siapa di antara kamu yang paling baik amalnya(ujian jugak)

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp posted on 17-9-2013 10:37 PM
jika dikatakan dunia ini syurga tidak sesuai.....kerana ada jalan sukarnya...

jika dikatakan nera ...

Oh u makan sambai aa, Ussop?i ingat cheese huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:28 AM | Show all posts
Bismillah

kalau kita rasa kita ni layak utk menguji sesama kita,kita juga mesti sepatutnya rasa layak utk terima ujian.
jgn jadi student yg dh grad,tapi tak pandai.
kesiankan diri kita, sblm kita kesiankan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:53 AM | Show all posts
ussopp posted on 17-9-2013 11:25 PM
ada jawapan lainkah?

yang sy ada hanya satu jawapan lain tetapi masih dlm konteks ujian yakni,
...

Alhamdulillah,

Masing2 ada kefahaman tersendiri...

Bumi adalah medan kerja.. Kerja apa ? Membesarkan ALLAH dan mentadbir Bumi mengikut apa yang ALLAH kehendaki.

#utk beribadat kepada Allah(ujian)
Beribadat kepada ALLAH bukan lah ujian. Ianya satu perintah. Adakah menurut perintah itu satu ujian?

#jawapan lain yg sy ada lagi utk melihat siapa di antara kamu yang paling baik amalnya(ujian jugak)
Paling baik amalan juga bukan ujian.. Ia adalah apa yang kita praktikan dalam kehidupan. Adakah apa yang kita praktikan dalam kehidupan itu ujian ? nak gosok gigi ikut cara nabi, ujian ? makan ikut cara nabi, ujian? tido cara nabi, ujian ?
Melawan nafsu itu ujian ???? hmmm... tidakkah pelik andai melawan nafsu sendiri itu di katakan ujian? hawa nafsu hanyalah satu halangan yang kita perlu kuasai. Adakah ALLAH nak letak ujian dalam diri manusia sendiri?? bopren lari atau gepren lari ..putus cinta...frust nak kata itu ujian??? Adakah bila kita rugi business yang tiada kaitan dalam AGAMA kita kata itu ujian? bila berat nak bangun subuh itu ujian?

UJIAN bila di kaitkan dengan ALLAH adalah sangat besar dan agung... Ia tidak akan lari dari yang berkaitan dengan ALLAH dan apa yang DIA telah redha iaitu AGAMA. Di zaman Rasulallah SAW ... mempertahankan Baginda itu UJIAN, membantu Baginda menyampaikan Islam itu UJIAN, siapa saja yang mengikut Baginda akan menghadapi UJIAN. Ujian apa ? kekuatan IMAN... itu yg di uji.

Wallahualam...




Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 02:14 AM | Show all posts
saya tidak mahu komplekskan keadaan dgn masalah definisi....

sy hanya menyebut apa yang Allah kata,

dan termasuk apa yg Allah kata ialah bumi ini ujian...cukup setakat itu.

kefahaman sendiri dalam beragama jika dibenarkan memang akan membuahkan hasil yg pelbagai...

jadi sy serahkan pada kalam Allah dan rosul cukuplah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 08:21 AM | Show all posts
Mengenal amanah, memikulnya serta melaksanakannya...pasti diuji.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 08:50 AM | Show all posts
Alhamdulillah.... ujian idup ini memang banyak... dan lain manusia lain ujiannya.... cara kita atasinya juga berbeza mengikut tahap pemikiran kita, tahap kemampuan kita.... kemampuan pula dari segi rohani dan jasmani serta dari segi kewangan... Semoga semuanya mampu dihadapi dengan tenang....insyaAllah...

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 02:27 PM | Show all posts
kalau aku komen panjang nih ...
ujian... macam amik pekse jerk ...

Allah Maha Pencipta dan mencipta insan
untuk hidup sejahtera di bumi Allah ini

Insan dari "RohKu, kata Allah" dan Allah Maha Mengetahui,
tidak perlu/ tidak layak bagi Allah untuk menguji kuasa insan
kerana insan tidak ada kuasa tanpa Allah. Siapa insan untuk
meminta diuji, kerana insan itu adalah ciptaan-Nya. Allah
mengetahui segalanya tentang insan itu.

Allah hanya menduga... menduga hingga terjadi 4 kitab.
Adakah Allah tersilap sehingga tercipta 4 kitab????

Fikirkanlah,,... menduga untuk insan berfikir kerana
kita, insan adalah dari-Nya... (my sig kat bawah tu)

Nanti, ikutilah jalan masing-masing, jalan cahaya nikmat atau
jalan cahaya api!!!


Last edited by dinsmann on 18-9-2013 02:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:45 AM | Show all posts
Alhamdulillah,

Bukan tujuan untuk kata siapa benar atau salah, kita sama-sama mendengar pendapat dan kefahaman masing-masing dan ambil fikir.  Saya cuma berkongsi agar kita tidak sewenang-wenangnya meletakkan segala itu adalah ujian dari ALLAH. Benda yang remeh temeh..hal putus cinta.. business rugi... kecewa dgn kemiskinan.. dan macam-macam lagi yang tiada bersangkutan dgn ALLAH, tapi dengan mudah meletakkan itu ujian dari ALLAH...


Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ikutlah.aku betul2 dh putus asa.dr aku kecik sampai skrg aku dh umo 32 ni aku xpernah rasa hidup aku ni senang.sepanjang masa rs xbest je.xpernah.mcm2 dh menimpa aku.drpd x cacat skrg dh cacat.xpernah rasa bahagia.hidup rasa sempit sgt.sampai skrg aku selalu tanya kenapa DIA buat aku camni.aku xprnah rasa sekalipun nikmat hidup yg sebenar.
dulu aku semayang x tinggal.mmg aku ni jenis takut ngan tuhan.tp setelah aku eksiden n cacat aku rs ini xbetul.aku mcm tertipu.aku slalu tertanya2 knp dia tulis perjalanan hidup aku mcm ni.aku rs dia mmg nk susahkn aku.dhla cacat DIA sempitkn hidup aku plak.skrg aku dh malas nk sembah dia dh.aku rs mcm xde beza pun.aku semayang pun aku hidup susah.aku x semayang pun susah gak hidup aku.aku tgk kebanyakkan org lain x semayang pun tp hidup senang lenang.ini bukan aku saje2 ckp tp kenyataan.
aku dh tekad selagi aku x merasai kesenangan hidup selagi tulah aku xkn sembah dia.aku dh xthn hidup camni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 01:52 AM | Show all posts
nasaykay posted on 20-9-2013 01:00 PM
ikutlah.aku betul2 dh putus asa.dr aku kecik sampai skrg aku dh umo 32 ni aku xpernah rasa hidup aku ...

saudara,
syhhh..hush ....hush...

saudara sebenarnya berjiwa hamba, rajuk hamba dicuit Allah dengan ujian, saudara jauh hati kan? saudara mula berasa kecewa dan mula membanding rezeki si polan dengan si polan yang satu lagi .... but saya terfikir ....there must be something in you  yg special kerana ada sesuatu pada saudara yg ingin diuji - yeah bunyi begitu cliche, namun saya melihat saudara adalah a winner seiranya saudara  dapat menghayati  dalam peringkat yg paling paling dalam  , biar jiwa saudara  tenang dalam basahan wuduk  ...tak pe kalau tak dapat melihat sekarang, cuba lagi kerana ...setiap cubaan adalah pahala, kan? see? mudah dapat pahala ni .. ...memang ketika getir menerpa  susah betul minda nak melihat apa ya hikmah di sebalik semua kesempitan hidup ini , kan? sukar sekali mencari pengertian yang konkrit kan ? seolah olah kiat diketepikan walhal ketika itu kita 'dibelai' dengan rahmat yang kita tak tahu pun tika dan saat itu ...it takes time but lama lama kita akan faham ..

ni saudara kerana pada ketika saudara berkata aku tekad  tak nak sembah dia...rajuk, jauh hati si hamba  diuji dengan ujian musibah dan kesempitan hidup...bukankah Allah telah berfirman dalam Al Quran kan? kita akan diuji dengan apa yg ada , dunia adalah ujian

tapi kan saudara , ketika saudara menaip, jemari bergerak menaip aksara di papan kekunci...

tangan dan jemari saudara bergerak dengan kehendak-Nya,

saudara,

ketika saudara kata aku dah putus asa, jemari saudara gigih menaip setiap aksara di komputer dan jantung saudara berdegup, ketika saudara melakukan semua ini jantung saudara berdetik lebih pantas dari senggatan saat di muka jam jam...
atas rahmat SIAPA itu?

saudara mampu bernafas - setiap kitar hembusan nafas , sedutan nafas ....atas rahmat siapakah itu sebab setiap proses yang nampak mudah sebenarnay amat indah dan kompleks itu ...kita terlupa terlepas pandang..dan ketika saudara rakus menaip aku susah ....aku cacat....tetapi setiap idea, setiap rentetan ayat yang ditulsi ini sebenarnya disusun atur di dalam otak ...dan kemudian dipapar di atas skrin, otak sauadara masih bekerja...dan atas RAHMAT siapa ini?.

tak ada sesuatu pun termasuk daunan gugur di setiappelusuk muka bumi ni tidak diketahui-Nya...

u know...saudara sebenarnya lebih kuat dari saudara sangkakan...even nani dan rasul ulul azmi pun diuji dengan kesusahan dan cabaran ...


jadi, lihat diri dalam, lihat bebenda yang  nampak remeh tapi seremh remeh itu saudara tetap hidup, menghirup  udadar segar ...

atas rahmat siapa ini?


sauuadar tentu tahu ...hanya yg MAHA BESAR itu ALLAH........

kita hidup untuk senang ke atau untuk kita menyedari kita sebenarnay hamba yang akan sentiasa diuji...

saudara  kalau saudara down sangat , saudara juga kena sedar  bahawa org yg senang lenang yg saudara postkan itu , diuji dengan ujian yg well...setimpal dengan rohani, intelek, emosi dan jasmani mereka....

so ingatlah ketika saudara berkata 'merea senang' well ada juga bentuk ujian yang sedang diuji..

life is a test ...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 08:03 AM | Show all posts
buat ayat mudah faham skit boleh tak tuan mode, pening aku baca ayat kau ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.080764 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list