CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 2

Teknik 'contextualisation' mubaligh Kristian ditolak pendati gereja

[Copy link]
Post time 12-9-2013 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Teknik 'contextualisation' mubaligh Kristian ditolak pendati gereja






Petikan tulisan Sheikh Kareem, Secretary General, International Muslim Consumer Association menjawab kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013:
..... apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?

Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam "basmallah" and diakhiri dengan "sadaqallahul a'zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya.

Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai "Rumah Jemaah Allah" dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.

Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.

Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun 'contextualization' sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?

Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.

Kajian kami menunjukkan bahawa konsep "Trinity" berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ' agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan 'pagan' purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah 'tiga ikon' yang didakwanya menyuluhi kepercayaan "agama tiga dalam satu").
Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.

Dalam kertas kerjanya "The Trinity and Contextualization", Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.

Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) " konsep tradisional, yang berkurun lama - diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos - doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal .

Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .”



Gereja pun kata salah untuk guna kalimah Allah untuk 'contextualisation' tapi Sister in Islam boleh setuju. Sahlah mereka ini terlalu liberal hingga jadi Sister in Sesat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 06:13 PM | Show all posts
ini gang  yg liberal bodoh dan dangkal terpegun sangat especially yg jahil tentang ilmu , kurang membaca , they think dengan sokong dan ada pemikiran macam ni cool dan urban walhal bangang tahap cipan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 06:14 PM | Show all posts
be aware ada golongan liberal penyembah akal yag suka mentafsir quran ikut kerangka pemikiran secularisme - humanisme dan hermeneutic.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.100232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list