View: 2102|Reply: 7
|
Terhibur Menyembah Tuhan
[Copy link]
|
|
Orang yang bertaqwa menunggu ibadah daripada satu ibadah itu kegembiraan
Yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnya iaitu Tuhan Penciptanya
Agar dari satu waktu ke satu waktu hendak disembah dan disanjung
Alangkah terhiburnya memuja dan menyembah idolanya yang dirinduinya
Menunggu cinta dari satu waktu ke satu waktu sangat ditunggu-tunggu
Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memuja-Nya
Kerana di dalam penyembahan itu dia dapat bercakap-cakap dengan Tuhannya
Meminta, mengadu, bermesra dan bermanja-manja
Banyak persoalan hidup yang perlu diberitahu
Agar Tuhan selesaikan segala yang terbuku
Banyak perkara yang merbahaya minta dilindungi
Yang sedang terjadi minta diungkaikan
Di masa hadapan pinta pimpinan
Yang tidak tahu baik buruknya minta dijelaskan
Orang mukmin sungguh penting Tuhan itu di dalam kehidupannya
Kerana itulah ibadah, munajat, berdoa sesuatu yang didulukan
Di sanalah segala persoalan dirafa�kan kepada Tuhan
Mereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidup
Kepada mereka Tuhan sangat diperlukan

Last edited by servantforever on 12-9-2013 08:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya teringat masa jalan-jalan di Cornwall, England....
Sampai di southest point of England Mainland, bersolat di tempat terbuka atas tanah, cari tempat yang agak sesuai supaya tak ganggu orang lain
Nak solat di tempat terbuka kena ada kekuatan, bila dah solat memang rasa 'terhibur'
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 12-9-2013 09:37 AM 
Saya teringat masa jalan-jalan di Cornwall, England....
Sampai di southest point of England Main ...
bila ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 12-9-2013 10:26 AM 
bila ya?
Seingat saya dalam 5-6 tahun lepas...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 12-9-2013 11:43 AM 
Seingat saya dalam 5-6 tahun lepas...
owh......MasyaAllah..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
diskaun drpd 50 jadi 5 je.
bila dh terhibur,baru blh menghiburkan.
kemudian dpt la kita jauh daripada sikap suka memfitnah dgn sbb nak kekalkan pangkat dan harta. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismllah 
copy drpd buku yg dibaca.
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Al-Hijr 99)
ditafsirkan oleh sesetengah mufassirin:
"Sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu kematian"
Tafsir yang lebih muktamad.
Apakah sebabnya mereka ertikan yakin itu dengan mati?
Sebabnya lantaran mati itu sudah yakin akan datang kepada kita,atau dengan kematian telah yakin datangnya ajal kita yang
ditunggu-tunggu,seumpama 2x2 = 4 dan 2+2 =4
m/s 59
Menurut orang nasrani,kematian itu adalah dosa.Bagi orang Islam,kematian itu adalah keadilan Tuhan,belas kasihan Tuhan kepada hamba-NYA,disuruh pergi ke dunia,dan kemudian dipanggil pulang.Mengapa kedunia?Ialah untuk beramal Ibadah,berjuang dalam hidup.Kalau orang bersungguh-sungguh memperbaiki hidupnya,inginlah dia hidup supaya sesudah itu dia beroleh kematian dengan kematian itu adalah nikmat,yang kerananya harus kita mengucapkan kesucian bagi Tuhan.
Al-Mulk
[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
di dalam ayat ini didahulukan menyebut mati dari menyebut hidup,supaya orang ingat jalan yang akan ditempuh sebelum orang berjalan,ingat akibat sebelum melangkah.Nyata benar bahawa orang yang takut mati,ertinya orang yang takut menerima nikmat Tuhan,tidak sudi menerima anugerah dan pemberian-NYA
m/s 203-204 |
|
|
|
|
|
|
| |
|