View: 5748|Reply: 71
|
Split dari bebenang Mumia Firaun
[Copy link]
|
|
haram lawan pemerintah firaun kata ustaz fathul bari.. taatlah pemerintah.. jgn dilawan... |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 5-9-2013 08:55 PM 
haram lawan pemerintah firaun kata ustaz fathul bari.. taatlah pemerintah.. jgn dilawan...
Boleh quote (sertakan sumber) kata-kata ustaz fathul bari pasal jangan lawan pemerintah firaun (yang kafir, mengaku tuhan, dan membunuh rakyatnya sendiri)?
Kalau tak betul, dah jadi fitnah. Sebab tu saya tanya sumbernya untuk kepastian samada betul ustaz tu ada sebut macam tu. Hadith sahih tentang jangan lawan pemerintah memang ada, tapi hadith tu kena lihat syarahnya juga, siapa dan macamana pemerintah yang dimaksudkan.
Last edited by mnm77 on 6-9-2013 05:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 6-9-2013 06:05 PM 
you tube kan ada? nape tak usahakan tgk you tube kenyataan fathul bari tentang hosni mubarak ...
Salam...
Saya reply lewat sikit.... agak sibuk sekarang ni....
you tube kan ada? nape tak usahakan tgk you tube kenyataan fathul bari tentang hosni mubarak? tentang kebangkitan rakyat mesir?
Kan saya tanya di mana sumber yang Adam tulis: "haram lawan pemerintah firaun kata ustaz fathul bari"
Saya bukan kaki youtube, sebab tu saya tanya. Saya lihat youtube yang Adam bagi tu tak jelas pun pasal Us Fathul Bari kata haram lawan pemerintah FIRAUN. Cuba tolong bagitau minit ke berapa? Kot-kot saya terlepas, cuba nyatakan pada minit ke berapa?
Yang saya dengar komen beliau pasal konteks mentaati pemimpin Islam yang sah, BUKAN pasal haram melawan pemerintah yang melampau seperti Firaun.
Saya tak pasti youtube tu merupakan salah faham, provokasi, atau alat untuk memutar maklumat dengan tujuan menjatuhkan atau menyerang seseorang/parti politik.
oh lupa plak. momode tak tahu ek? firaun berasal daripada mesir? kalau tak tahu mohon google juga banyak2kan baca sejarah mesir.. usahakan ye momode tgk you tube. jgn percaya ckp sy bulat2
Saya tak percaya bulat-bulat apa yang Adam tulis melainkan ada bukti. Pasal Firaun tu saya tahu juga sejarah di Mesir. Thread ni pasal kajian Mumia Firaun, tiba-tiba Adam masuk dengan membuat posting: haram lawan pemerintah Firaun? Mana bukti ustaz tu kata macam tu?
haram lawan pemerintah, tp tak haram nikah kt siam sebab tak lawan pemerintah
Tolong bawa bukti pasal haram lawan pemerintah FIRAUN, dan elakkan tukar topik atau personal attack.... ok? Boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Firaun tu pemimpin Islam yang sah kah?
Saya bukannya peminat tegar Us Fathul Bari. Ada juga pendapat peribadi beliau yang saya sendiri tak setuju, namun nana-mana kenyataan yang saya kira keterlaluan, saya akan siasat dulu untuk mengesahkan kebenaran. Kalau tak dapat buktikan, harap berhenti dari membuat kenyataan yang keterlaluan. Kalau dapat buktikan, maka kita boleh menyatakan pendapat kita dengan tidak bersetuju.
Dulu ada kenyataan yang pada saya memang keterlaluan dihamburkan pada Us Haron Din, dan saya menyatakan pandangan saya dengan mempertahankan Us Haron Din daripada difitnah/dengan kata-kata yang keterlaluan.
Last edited by mnm77 on 9-9-2013 09:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-9-2013 09:00 AM 
Salam...
Saya reply lewat sikit.... agak sibuk sekarang ni....
dh tu tgklah link u tube tu. kaji. aduhai.. pemalasnye..
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 9-9-2013 12:17 PM 
dh tu tgklah link u tube tu. kaji. aduhai.. pemalasnye..
Saya DAH LIHAT, dan saya tanya:
Di mana sumber yang Adam tulis: "haram lawan pemerintah firaun kata ustaz fathul bari"
Minit ke berapa kalau ada macam Adam tulis tu?
Takkan tak faham soalan saya yang sangat mudah tu? Kutukan kepada saya sebagai pemalas tu bukan jawapan kepada soalan saya. Takkan macam ni cara berhujah secara ilmiah?
by the way Mnm pandangan peribadi sy baik ustaz fathul bari ni sgt2 perkudakan agama utk survival politik umno..
Saya tak tanya pasal pandangan peribadi Adam terhadap mana-mana ahli politik. Masing-masing berhak untuk menilai sesiapa yang dia suka, atau benci.
Saya tanya: Di mana sumber yang Adam tulis: "haram lawan pemerintah firaun kata ustaz fathul bari"?
sy xmarah dia nk berpolitik. tp sy marah dia gunakan agama utk pekara mungkar. umno banyak lakukan penyelewengan dalam duit kerajaan seperti ternakan lembu , rumah khir toyo, kes balak, kes san miguel petron dan mcm2 lg..
benda2 mcm ni kita marah menyampah. duit rakyat yang habis. kenapa dia xnk bg fatwa hukum hakam rasuah? tu kita nak tau. jgn jd ustaz berat sebelah...
Ini lah masalahnya, bila diminta bukti terhadap tuduhan, tak diberi, pastu masuk isu politik nak meburuk-burukkan pula.
Kalau nak marah dan menyampah dalam isu lain, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang KETERLALUAN sampai memfitnah. Di board politik memang cara berhujjah macam tu, di sini, kena bawa bukti....BOLEH?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-9-2013 09:06 AM 
Firaun tu pemimpin Islam yang sah kah?
Saya bukannya peminat tegar Us Fathul Bari. Ada juga penda ...
firaun pemimpin yang sah..
cuma firaun ni pemimpin yang zalim tak taat perintah tuhan, malah mengaku diri tuhan kerana dia tak pernah jatuh sakit seumur hidup. amalan dia setahu sy ialah yakin dengan bismillah sahaja..
Allah beri firaun kuasa dan Allah terbalikkan sekelip mata sahaja... Allah beri kuasa tak maksudnye bagus, Allah tak beri kuasa tak maksudnye tidak bagus. masing2 ada asbab dan sebab tersendiri ... pokoknye dua2 ujian baik di beri kuasa atau kalah dalam berkuasa dua2 di beri ujian kehidupan..
bg sy kiasan fathul bari sy kiaskan dengan firaun. pemerintah zalim. sama dgn pemerintahan di mesir. awk tak kaji ke siapa hosni mubarak? awk pernah pg mesir ke?? pernah tgk kehidupan rakyat mereka mcm mana? pernah tahu polisi politik negara mereka? ekonomi negara mereka? sistem kebajikan negara mereka?
apa beza hosni mubarak dengan firaun? dua2 asal mesir? dua2 sgt zalim? jd kenapa fathul bari suruh taat pemerintah? apa cerita ni? memanipulasikan fikiran rakyat malaysia..
sy bukan dayus nak percaya ckp ustaz 100% ada otak boleh fikir.. pemerintah bagaimana islam ajar suruh taat ? takkan tak mampu berfikir? simple as that?
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 9-9-2013 01:28 PM 
sy bg bukti kiasan? tak boleh ke? cuba tgk hujah fathul bari isu di mesir tentang hosni mubarak dan morsi? haram hukumnya lawan pemerintah?
Dengan menyamakan suruhan taat pemerintah ISLAM yang sah, dikiaskan sebagai HARAM menentang pemerintah KAFIR lagi ZALIM seperti FIRAUN tu merupakan analogi yang SALAH, dah jadi fitnah! 'Kiasan' macam ini menimbulkan perpecahan. Orang Islam tak patut buat analogi yang SALAH macam ni.
Saya nak tanya kamu, adakah kamu suka rakyat menentang kerajaan yang diketuai oleh orang Islam yang sah? Adakah itu yang kamu perjuangkan? Untuk jatuhkan kerajaan orang ISLAM yang sah?
Hujjah Us Fathul Bari pasal haram lawan pemerintah, dia maksudkan pemerintah ISLAM yang sah. Kamu pula pi KONAR dengan menuduh dia kata haram lawan pemerintah firaun yang KAFIR lagi zalim. Tu analogi yang salah, tak kena pada tempat! Jadi fitnah!
Apa pun, pendapat saya, kalau sekalipun pemerintah Islam yang sah dipilih, bila pemerintah bertukar wajah dengan melakukan kezaliman yang melampau, maka ada dua pilihan (contoh kezaliman pada zaman Al-Hajjaj ibn Yusuf):
1. Bangun menentang kemungkaran kerajaan (sebahagian kecil para sahabat memilih cara ini)
2. Diam tidak memberontak, sambil tidak menyokong dasar kerajaan (sebahagian besar para sahabat memilih cara ini)
kaya harta kaya kuasa tak jamin keredhaan Allah firaun kaya kuasa, qarun kaya harta.. jd kenapa ustaz tu nk ckp haram lawan pemerintah tanpa beri penjelasan pemerintah bagaimana?
Kan dia dah kata pemerintah ISLAM yang SAH? Kamu tepek sendiri youtube tu pun takkan kamu tak perasan?
Satu lagi, yang masukkan youtube tu pun satu, letak tajuk yang kurang tepat. Konteks yang disampaikan TAAT PEMIMPIN ISLAM YANG SAH, tapi tajuk ditulis HARAM BANGKIT MENENTANG kerajaan..... datang pula orang macam kamu 'kias' pulak kata haram menentang FIRAUN!
adakah ni bertujuan untuk memanipulasi kebenaran? tak sudi kaji ke situasi di mesir bagaimana? bagaimana mursi naik? siapa mursi? siapa hosni mubarak?
Siapa yang memanipulasi dengan menggunakan kata-kata 'kiasan'?
Macamana kamu boleh tahu saya tak kaji, siapa mursi siapa hosni mubaarak?
Kamu bersangka atau kamu ada bukti?
ye, mmg tiada kata2 fathul bari berkenaan firaun , sy bg kiasan. simple kan? kalau awk tak tahu kena lah ambl tahu. kaji. ohh.
Kalau dah mengaku tiada kata-kata seperti tu diucapkan, jangan ulangi, dah jadi FITNAH, dosa fitnah lebih besar dari membunuh.
Kamu patut prihatin, kamu sedang menonjolkan diri kamu sebagai orang yang arif dengan memberi nasihat kepada saya suruh saya kaji, takkan kamu tak ambil kisah pasal kesalahan dosa fitnah dengan membuat kiasan yang salah?
tp ustaz fathul bari fitnah hina ulamak yusuf al qardhawi boleh plak kan? baguslah. ni mesti momode follower tegar ustaz fathul bari..
Saya tak setuju kenyataan dia hina Yusuf Al-Qardhawi. Dia menyatakan pendapatnya, bukan bermaksud menghina. Pendapatnya bukan semestinya kita kena ikut, kerana dalam isu yang melibatkan kritikan para Ulama atas dasar penyatuan ummat, ada kritikan-kritikan berbentuk khilaf. Pendapatnya juga diambil berdasarkan penjelasan dari Ulama lain, yang tak bersetuju dengan Yusuf Al-Qardawi.
Untuk pengetahuan kamu, salah seorang guru saya merupakan Shaikh Al-Azhar, yang keluarganya ada pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dia sendiri tak join Ikhwan walaupun diundang, namun dia juga tidak menentang perjuangan Ikhwan. Dia ambil pendekatan neutral. Bila ditanya pasal Hosni Mubarak (ketika zaman pemerintahan Hosni Mubarak), dia hanya kata...doakanlah...(dengan menunjukkan maksud pemerintah yang tak baik itu didoakan supaya menjadi baik). Pasal Yusuf Al-Qardhawi pula, ada sekumpulan Ulama yang mengkaji fatwa kontemporarinya (termasuklah guru saya). Komen mereka ada juga fatwa yang tidak dipersetujui, namun, sebagai ahli ilmu, mereka menyatakan secara ilmiah, bukannya dengan cara orang yang taksub politik kutuk-mengutuk.
Sekarang tak pasal-pasal saya pulak kena label follower tegar ustaz fathul bari??? Kamu ni TABUR PRASANGKA.... ni lah jadinya bila dah taksub, bila tak suka sesuatu parti/individu, kalau ada orang macam saya yang nampak macam mempertahankan fathul bari tu habis dibantai saya sebagai pengikut tegar!!! Cara orang politik suka buat macam ni kot?
Dalam board Islam di sini, saya juga pernah mempertahankan ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haron Din, jadi ikut kesimpulan cara akal pendek, saya ni pengikut tegar Fathul Bari, Azhar Idrus dan Haron Din lah pada pendapat kamu? Gitu?
Saya sendiri juga pernah pertikai ustaz fathul bari tentang fatwa zikir pasal selawat syifa. Kalau saya ni tegar pengikut dia, sudah tentu saya tak akan ada yang tak setuju... kan?
tiada ulamak maksum di dunia ini, tp ulamak buruk adalah ulamak yang berfatwa ikut nafsu demi kepentingan politik sendiri dan survival kerajaan corruption.. u tgklah fathul bertanding politik ke tak masa pru lepas? so fikir2kanlah.
Memang tiada ulama yang maksum, apakah kerana seseorang itu pernah bertanding atas tiket politik, maka semua dikira kepentingan politik sendiri? Bagaimana dengan TG Nik Aziz, TG Hadi? Mereka juga bertanding atas tiket kepentingan politik sendiri semata-mata kah?
tak perlu tegakkan benang basah. org boleh tahu mana kambing mana lembu.. org boleh kenal mana ulamak duniawi mana ulamak akhirat..
Itu persepsi masing-masing nak label macamana. Apabila fitnah dihamburkan, saya tetap pertahankan ilmuan Islam, tak kira dia dalam barisan kerajaan mahupun jika dia pembangkang kerajaan. Tak perlu tegakkan benang yang basah dengan alasan KIASAN!
Kamu ni mungkin agak baru di board ni, cepat sangat label seseorang itu Ulama duniawi sekiranya ada Ulama tu berbeza fahaman politik dengan fahaman kamu!
Last edited by mnm77 on 9-9-2013 05:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 9-9-2013 01:33 PM 
firaun pemimpin yang sah..
cuma firaun ni pemimpin yang zalim tak taat perintah tuhan, malah mengaku diri tuhan kerana dia tak pernah jatuh sakit seumur hidup. amalan dia setahu sy ialah yakin dengan bismillah sahaja..
Boleh berikan tokoh Ulama yang kata Firaun merupakan PEMIMPIN ISLAM YANG SAH?
(konteks yang disampaikan dalam youtube yang kamu tepek: taat pemerintah ISLAM yang sah)
Setahu saya Firaun tu mengaku Tuhan lagi (dalil Al-Quran), mana mungkin dia pemerintah Islam yang sah!
lagi satu, Firaun pernah sakit (ada dalil Al-Quran & Hadith). Sila bawakan riwayat dia tak pernah sakit!
bg sy kiasan fathul bari sy kiaskan dengan firaun. pemerintah zalim. sama dgn pemerintahan di mesir. awk tak kaji ke siapa hosni mubarak? awk pernah pg mesir ke?? pernah tgk kehidupan rakyat mereka mcm mana? pernah tahu polisi politik negara mereka? ekonomi negara mereka? sistem kebajikan negara mereka?
Awak ni graduate Mesir ke? Berapa ramai tokoh Ulama Mesir yang awak pernah jumpa dan berbincang dengan mereka?
Kiasan awak tu dah salah! Harap jangan diulangi.
apa beza hosni mubarak dengan firaun? dua2 asal mesir? dua2 sgt zalim? jd kenapa fathul bari suruh taat pemerintah? apa cerita ni? memanipulasikan fikiran rakyat malaysia.
Masih nak mempertahankan kiasan Firaun hanya sebab asal Mesir? Sezalim Hosni Mubarak tu dia masih ISLAM, tak pernah mengaku tuhan.
Saya bukan nak pertahankan Hosni Mubarak, saya nak menjelaskan KESALAHAN KIASAN yang sampai jadi FITNAH!
sy bukan dayus nak percaya ckp ustaz 100% ada otak boleh fikir.. pemerintah bagaimana islam ajar suruh taat ? takkan tak mampu berfikir? simple as that?
Apa motif kamu? Kamu nak kata marilah kita tumbangkan kerajaan orang Islam yang dipilih secara sah? Sambil tu tabur fitnah?
Last edited by mnm77 on 9-9-2013 04:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 9-9-2013 01:33 PM 
cuma firaun ni pemimpin yang zalim tak taat perintah tuhan, malah mengaku diri tuhan kerana dia tak pernah jatuh sakit seumur hidup. amalan dia setahu sy ialah yakin dengan bismillah sahaja..
1. Firaun dan pengikutnya tak terkecuali dari ditimpa azab keperitan dan kesakitan kerana angkara SOMBONG angkuh mereka.
Bukti dari Al-Quran:
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah menghukum Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.
(Al-A'raf, 130)
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.
(Al-A'raf, 133)
وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ ۖ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) merekapun berkata: "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhamnu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu dan pada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israil pergi bersamamu".
(Al-A'raf, 134)
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَىٰ أَجَلٍ هُم بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ
Maka setelah Kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya.
(Al-A'raf, 135)
Sejak di dunia lagi Firaun dah pernah kena azab!
amalan dia setahu sy ialah yakin dengan bismillah sahaja..
2. Firaun mengaku sebagai tuhan, mana mungkin dia yakin dengan bismillah. Boleh bawakan riwayat berkaitan amalan bismillah oleh Firaun?
Surah An-Nazi'at
"Pergilah kamu kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, (17)
dan katakanlah [kepada Fir’aun]: Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri [dari kesesatan] (18)
Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya? (19)
lalu Musa memperlihatkan kepadanya mu’jizat yang besar. (20)
Tetapi Fir’aun mendustakan dan menderhaka. (21)
Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang [Musa]. (22)
Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (23)
(Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". (24)
Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. (25)
Last edited by mnm77 on 9-9-2013 05:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-9-2013 04:03 PM 
Dengan menyamakan suruhan taat pemerintah ISLAM yang sah, dikiaskan sebagai HARAM menentang pemeri ...
firaun pun pemerintah yang sah? so what?
nak suruh taat hosni mubarak? apa masalah awk? nk potong kredit sy ke?
tahulah follower tegar fathul bari.. tak tengok rtm1 tentang fathul baru hujah pasal isu mesir? biasalah mana nak tengok sibuk berforum.. bila suruh cari fakta pun pemalas..
hahaha.
HOSNI MUBARAK ISLAM?? tp pernah pg mesir ke??? pernah ke??
pernah tengok nasib ulamak mereka duduk mana? kena humban penjara? pernah tgk golongan ikhwanul muslimin kena penjara? pernah ke...
pernah tgk kekayaan hosni mubarak pernah ke??
so tak tahu jgn duk bercerita.. mmg awak ni jahat.. orang hancurkan mesir awk sokong. orang nak naikkan mesir mcm morsi awk jatuhkan. awk manusia keji..
|
|
|
|
|
|
|
|
http://milosuam.blogspot.com/201 ... upanya-manusia.html
KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.[Video]
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.
KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.
Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.
Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/201 ... .html#ixzz2eO86Axsd |

mnm77 posted on 9-9-2013 05:22 PM 
1. Firaun dan pengikutnya tak terkecuali dari ditimpa azab keperitan dan kesakitan kerana angkara ...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

sorry lupa ustaz fathul bari kan suka fatwa? tak nak bg fatwa pemimpin rasuah corruption ke?
ok tak pe, kita faham. asal seseorang tu islam boleh jd pemimpin boleh tipu rakyat, rasuah, sampai harta 70 billion us dollar kira halal kan?
haha. itu lah standard pemikiran kau momode mnm77..
kau nak tegakkan benang basah ke? tak tahu cerita mesir jangan nak menipu . jangan nak reka2 cerita. aku ramai je kawan2 kt mesir. student mesir..
budak biasiswa yayasan pahang pelajar mesir 12 september ni study kt malaysia. masuk ipta tempatan. next amerika serang syria budak biasiswa belajar jordan akan di panggil balik malaysia sebab tak selamat.
aku bukan hina macam kau, percaya kata orang bulat2. lepas tu tak tahu sejarah hosni mubarak kau pergi puja sembah orang yang zalimi rakyat..
baguslah kau ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://zaharuddin.net/senarai-le ... ngan-dr-morsi-.html
1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.
2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.
3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala 'diktator' (tapi bukan diktator cuma tegas) dari pemimpin yang BAIK atas sifat AMANAH DAN BUKAN KEPENTINGAN DIRI bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undang-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.
4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.
5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.
6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.
7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.
8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.
9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman (khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah TIDAK DIBENARKAN.
10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 9-9-2013 05:53 PM 
firaun pun pemerintah yang sah? so what?
nak suruh taat hosni mubarak? apa masalah aw ... HOSNI MUBARAK ISLAM?? tp pernah pg mesir ke??? pernah ke??
pernah tengok nasib ulamak mereka duduk mana? kena humban penjara? pernah tgk golongan ikhwanul muslimin kena penjara? pernah ke...
pernah tgk kekayaan hosni mubarak pernah ke??
so tak tahu jgn duk bercerita.. mmg awak ni jahat.. orang hancurkan mesir awk sokong. orang nak naikkan mesir mcm morsi awk jatuhkan. awk manusia keji..
Awak cakap macam awak duduk sekali dengan Hosni Mubarak. Saya dah tulis pasal komen guru saya tentang Hosni Mubarak, awak tak ambil kisah pun.
Saya jahat? Saya sokong hancurkan mesir? Saya nak jatuhkan Morsi? Saya keji?
MANA BUKTI? SILA BUKTIKAN!!!
Kalau tak dapat buktikan, ternyaka KAMU NI PEMBUAT FITNAH!!! Tak hairan saya dengan pentaksub politik yang suka membuat fitnah macam kamu!
Asal tak setuju, FITNAH sana-sini. Macam ni ciri kamu sebagai orang Islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat follower tegar ustaz fathul bari.. tak tahu pasal mesir? tak tahu pasal hosni mubarak? lepas tu nak berbicara?
nampak sgt fanatik pada fathul bari... tak pelah. awk sokong jeklah bayangan firaun.. yang kaya raya.. yang menzalimi rakyat mesir..
firaun tu kaya ada 70 us billion. tp rakyat nye miskin.. prasarana asas tak terurus, logistik kutipan sampah tak terurus, rasuah, corruption, jenayah.. baguslah tu..
sy ni ada akal tak mcm awk.. bukan fanatik mcm awk momode.. ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|