CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5104|Reply: 32

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

[Copy link]
Post time 5-9-2013 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
[size=1.2em]by HASNUL HADI AHMAD on NOVEMBER 15, 2011
[size=1.2em]in INFO & MAKLUMAT, KESIHATAN

[size=1.4em]
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter,streptococcus, danstaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.


Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 05:55 PM | Show all posts
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria.

masyaallah..patutla kucing tak suka air..lepas kita mandikan kita kena lap sampai kering la ye..
tapi kalau tak mandikan boleh tak, kucing kan boleh bersihkan badan dia sendiri..

apa pun terima kasih atas artikel bermaklumat ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 05:58 PM | Show all posts
KUCING SELALUNYA BERMANDIKAN DEBU...DAN KALAU DIA SAKIT..DIA AKAN CARI RUMPUT UNTUK JOLOK TEKAK DIA SUPAYA MUNTAH....MENARIKKAN???
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 06:18 PM | Show all posts
habislah tongkatrawan ada pesaing suka buka thread.. @dino mohon bg pendapat @Dino
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 06:20 PM | Show all posts
uniq61 posted on 5-9-2013 04:58 PM
KUCING SELALUNYA BERMANDIKAN DEBU...DAN KALAU DIA SAKIT..DIA AKAN CARI RUMPUT UNTUK JOLOK TEKAK DIA  ...

yup, pernah dgr tentang ni..
dulu masa bela kucing bengang jugak sbb dia slalu muntah..
tapi sekarang dah faham dah..






Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:03 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 5-9-2013 06:18 PM
habislah tongkatrawan ada pesaing suka buka thread.. @dino mohon bg pendapat @Dino

bg saya ini satu persaingan yg sihat....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2013 08:54 PM | Show all posts
kucing memang best
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 09:46 PM | Show all posts
bulu kucing najis ke? kalau bulu kucing melekat di baju, boleh bawa solat tak? sesetengah blog kata bulu kucing najis.. boleh tak sesiapa confirmkan? saya di rumah memang bela kucing. mustahil takde bulu kucing dipakaian sebab dia suka gesel2 badannya kat kaki/seluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 12:16 AM | Show all posts
tt ni bz ke apa..mcm xlayan je persoalan2 kat sini



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 09:19 AM | Show all posts
SOALAN YANG MANA TU...AKU BUKAN PROFESSOR SERBATAU....MAAF YA...SIBUK PUN YA JUGA....BACA LAH ARTIKAL TU BETUL BETUL...SAMPAI HABIS...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 09:51 AM | Show all posts
moewwwwwww....



aku teramat sayang kucen, cuma kdg2 risau gak ada sstgh kucen yg kat punggung dia ada lebihan taik (bentuk cair & ketul2 kecik)...camne tu kalau dia duduk dlm rumah atau sejadah? dikira najis kah?

ada sekor kucen kat umah lama dulu, manja sgt, tapi bulu dia mudah luruh, kalau duduk atas katil, byk bulu yg melekat, kdg2 mudah batuk dan bersin akibat bulu2 yg berterbangan....biar aje lah, yg penting meow tu hepi....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 09:59 AM | Show all posts
MAOWWWW...

LU PIKIRLAH SENDIRI...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:19 PM | Show all posts
Suehaiza posted on 6-9-2013 09:51 AM
moewwwwwww....

aah kan.. kdang2 kat boonturt miaw ada taik.. takut jugak terpalit kat kita..
tp miaw ni Allah dah jdkan mmng super duper chomel gilaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:55 PM | Show all posts
miauuuuu also.....kalau ada lebihan najis dia kat montot tu, istinja' ngan tisu/kain basah..dah hilang 'ain najis tu dah dikira ok utk dia dan kita, mungkin miau tu sakit perut, perlu ke klinik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 09:32 AM | Show all posts
miauuuuu also.....kalau ada lebihan najis dia kat montot tu, istinja' ngan tisu/kain basah..dah hilang 'ain najis tu dah dikira ok utk dia dan kita, mungkin miau tu sakit perut, perlu ke klinik


PANDAI PUN...
KATA SUKA KUCING...? KENALAH PELIHARA BETUL BETUL...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:37 AM | Show all posts
LIHATLAH agama...dari mata kucing.......



Aku memang paborit air matakucing.......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2013 10:00 AM | Show all posts
AKU PUN TAPI JARANG JUMPA DAH SEKARANG NI...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 04:09 AM | Show all posts
Suehaiza posted on 6-9-2013 09:51 AM
moewwwwwww....

aku pun selalu risaukan hal taik kat buntut miaw tu.. oleh sebab tu aku selalu jadi pemerhati miaw2 ni.. hasil pemerhatian aku kan, bila miaw ni duduk, duburnya jadi macam melengkung ke atas, dan automatik jadi agak tertutup diantara kulit & ekornya.. so kalau permukaan tu rata (eg. lantai, tikar), memang sisa2 najis tu tak kena lantai la.. cuma kalau dia duduk atas karpet yg tebal, tak pasti kalau2 najis tu terkena bulu2 karpet.. aku kena kaji lagi nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:21 AM | Show all posts
manganini posted on 10-9-2013 04:09 AM
aku pun selalu risaukan hal taik kat buntut miaw tu.. oleh sebab tu aku selalu jadi pemerhati miaw ...


perhaps, ni solutionnya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 04:10 PM | Show all posts
Suehaiza posted on 10-9-2013 08:21 AM
perhaps, ni solutionnya

nanti susah pulak dia nak membuang..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 1.130719 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list