|
assalamualaikum,
kita semua dah tahu bahawa merokok dan menghisap shisha adalah haram, yang sya nk tahu, pasal trend baru penghisapan vapor pulak.. ada banyak2 perasa mcm shisha, style hisap mcm rokok.. so macam mane ye? jatuh hukum haram atau tidak?
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang ... ini jawaban nya
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b.Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c.Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh:
سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... ut-pandangan-syarak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
smoking ni actually bad and dirty habit. bahaya . |
|
|
|
|
|
|
|
tapi vapour ni aku rase kurang bahaya sikit berbanding rokok...
bahan dlm rokok : tembakau,nikotin,tar,mentanol,aresik dll...aresik tu bahan yg ade dlm racun tikus...
bahan dlm vapour: nikotin...nikotin je lah bahan yg bahaya...
vapour ni pengganti kpd rokok...vapour ni sgt sikit bahayanya berbanding rokok...
klu nk berhenti isap rokok...cubelah vapour...mesti berkesan.
x salahkan  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
Beza asap dan wasap
- satu hasil bakaran bio-mass
- satu hasil didihan cecair
Persoalan yg lbh utama tu
- Apa yg mendesak fatwa dikeluarkan?
atau
Mengapa perlu tahu haram atau x?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|