View: 6360|Reply: 24
|
SOALAN "MAUT" BERKAITAN ISLAM DAN KAITANNYA DENGAN MURTAD
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Aku sebenarnya menjadi serba salah !. Aku sangat takut untuk bertanya mengenai perkara dan kemusykilan ini kepada semua, terutamanya kepada para ustaz dan ustazah dalam forum ini. Sangat takut dan nauzubillah untuk dituduh atau dilabel sebagai seorang yang sudah murtad ... masyallah ! ... Aku bukannya seorang yang sering berdamping dengan para ulama atau ustaz, adalah beberapa sahabat yang alim lagi bijak pandai untuk membantu, tetapi aku rasa malu dan was-was untuk bertanya dengan mereka. Aku harap apa yang disoalkan ini dapat memberi pengetahuan dan keimanan yang sangat utuh kepada Allah dan cintanya aku kepada Rasulullah s.a.w.
"Sesungguhnya tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu Pesuruh Allah"
Catatan : Jika thread ini tidak sesuai, harap delete.
Last edited by matabelalang on 17-7-2013 07:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamagfiratuh waridwanuh 
Alhamdullillah....Alhamdullillah....Alhamdullillah...
Apabila hati kita RISAU TENTANG IMAN KITA.....ITULAH BUKTI IMAN!
Selalulah berdoa :
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
[8: آل عمران]
Robbana...
Latuzikkullu bana
bakda izhadaitana
wahabalana miladunkarahmah
innaka antal wahhab..
Kerana memang Allah s.w.t lah sja yg mejamin hati kita...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah....
Sambung pula dgn doa...
" Ya mukhallibal khulub
tsabith khulubana ala dinikh "


Ya muqallib al Quloob, thabbit qalbee alaa deenik
O turner of the hearts, establish my heart upon your deen [Tirmidhi]
Ameen.
Doa yg sering dibaca Rasullullah s.a.w..
Rasullullah s.a.w kekasih Allah pun berdoa begini!...Pastinya sebagai "ikutan" kita ikhwannya Baginda s.a.w...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada menonton sebuah video di youtube "ULAMA MELAYU MURTAD", terus terang apabila saya menonton video tersebut, perasaan benci dan meluat saya kepada penceramah kafir itu, saya rasa berbangsa Melayu mungkin dari Sabah atau Sarawak, atau mungkin dari Indonessia ...
Soalan yang dikemukakan oleh beliau, dan jawapan pun beliau jawab tanpa tapisan dan ilmu :
1. Kenapa Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih oleh Allah sebagai Rasul, perlu membaca Al-Fatihah dalam solat yang berbunyi : "Tunjukkan kami jalan yang lurus"? SI KAFIR INI PERTIKAI RASULULLAH S.A.W MASIH JALANNYA TIDAK LURUS.
2. "Jangan kamu hampiri zina", SI KAFIR INI PERTIKAI RASULULLAH BERKAHWIN 23 WANITA DAN DIKATAKAN KUAT NAFSUNYA. PALING MUDA BERUMUR 6 TAHUN.
3. Islam melarang pembunuhan. SI KAFIR INI BERKATA SATU PEREMPAT SEMENANJUNG ARAB DIBUNUH OLEH RASULULLAH S.A.W. DIA BERKATA LAGI, BUNUH SEORANG KRISTIAN DAPAT 7 PEREMPUAN DI SYUARGA.
4. MALAIKAT TAKUT PADA ANJING, SEBAB ITU ORANG ISLAM TIDAK BELA ANJING.
5. MALAIKAT RABUN MALAM, SEBAB ITU ORANG MELAYU PASANG PELITA PADA MALAM TUJUH LIKUR UNTUK BERI CAHAYA PADA MALAIKAT.
6. MENDAKWA RUPA HAJAR ASWAD SEPERTI FARAJ PEREMPUAN. ORANG ISLAM CIUM HAJAR ASWAD SEPERTI CIUM FARAJ.
Ini antara persoalan yang boleh membuat seorang Islam itu murtad. Kalau saya ada di situ, saya boleh menjawab apa yang dimusykilkan. Ini antara akal fikiran cetek yang tidak mengkaji dan merujuk kepada alim ulama betul. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t dan dijauhi dari syaitan dan musuh-musuh Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 10-7-2013 09:49 AM 
Saya ada menonton sebuah video di youtube "ULAMA MELAYU MURTAD", terus terang apabila saya menonton ...
BIsmillah sya jawap satu2.....
1.tunjukkan kami jalan yg lurus =
apakah salah meminta ditetapkan pada jalan yg lurus selepas mendapat jalan yg lurus....?
jika kita jumpa agama lain, dalamnya doanya mengucapkan oh, god guide us.....adakah itu alasan dia sesat?..tidak! kita kena cari alasan lain.
2. cuba compare "free sex" dengan perkahwinan yg diadakan secara rasmi dgn kenduri kedua2 belah pihak...
islam bukan agama yg anti sex.....semua org dalam dunia setuju seks perlu ada dan hubungan yg hebat itu lebih baik dari hubungan yang mati pucuk...
satu dunia tahu antara kualiti rumah tangga yg baik ialah hubungan seks yang memuaskan hati kedua2 belah pihak....
dan satu dunia iktiraf seks yang "layu" atau dingin atau mati pucuk adalah lambang kehidupan yg tidak baik....
jadi apa masalah dgn seks....???
seks dalam perkahwinan adalah ibadat....dan sesuatu yg baik.....maka memiliki nafsu seks bukanlah kesalahan.....
selagi dia tidak berzina, itu bermakna dia pandai mengurus nafsunya.....
org yg mengutuk nabi kuat seks, sebenarnya mereka pun turut bersetuju seks yg ghairah itu lebih baik, dan merupakan kualiti dlm rumahtangga, tetapi mereka jauh lebih buruk fahamannya.
mengapa??
sebab mereka mengutuk nabi, tapi mereka mengamalkannnya dgn cara yg lebih buruk iaitu seks bebas(frees seks)
3.islam melarang pembunuhan tanpa sebab......islam menghalalkan pembalasan bg org yg dibunuh....kalau kamu ada ibu dan ibu itu dibunuh secara kejam, maka islam menghalalkan pembunuhan balik, tetapi islam mengatakan memaafkan itu lebih baik....
jadi 2 pilihan, bunuh balas, atau memaafkan....
bukankah ini adil....
4. dalam part pembelaan anjing, nabi muhammad pernah memberi main cucunya dgn anak anjing dalam rumahnya....
dan larangan membela anjing ini adalah ujian untuk umat islam.....tidak perlu alasan saintifik, sebab ujian sifatnya menguji bukan memeri kebaikan pada kita. kamu pasti sukar faham perkara ini...
5.dakwaan cium faraj ini lebih pada ejekan....perlukah dilayan?
wallahua'lam...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 10-7-2013 09:49 AM 
Saya ada menonton sebuah video di youtube "ULAMA MELAYU MURTAD", terus terang apabila saya menonton ...
Salam... ussopp dah ada beri jawapan... ni saya tambah sikit-sikit..
Soalan yang diajukan tu merupakan jenis soalan yang cuba guna logik, TAPI SALAH pada tempat, dan nampak jelas niat memburukkan Islam.
1. Kenapa Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih oleh Allah sebagai Rasul, perlu membaca Al-Fatihah dalam solat yang berbunyi : "Tunjukkan kami jalan yang lurus"? SI KAFIR INI PERTIKAI RASULULLAH S.A.W MASIH JALANNYA TIDAK LURUS.
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh. Solat yang ditunjukkan Nabi itu untuk diikuti, tidak bermakna apabila Nabi baca Al-Fatihah itu menunjukkan Nabi tidak berada di jalan yang lurus (Na'uzubillah). Sekalipun Nabi dan orang2 yang beriman berada di jalan yang lurus, tetap Allah perintah untuk mohon hidayah, sebab itu PERINTAH ALLAH.
2. "Jangan kamu hampiri zina", SI KAFIR INI PERTIKAI RASULULLAH BERKAHWIN 23 WANITA DAN DIKATAKAN KUAT NAFSUNYA. PALING MUDA BERUMUR 6 TAHUN.
Ada tak zaman tu orang Islam atau orang kafir sekalipun pertikai pasal bab Nabi berkahwin, dengan alasan yang wajar?
Jika tidak ada alasan yang wajar, bermakna masyarakat ketika itu boleh terima, walaupun ramai yang bukan Islam. Hanya sekarang baru nak memperbesarkan isu ni untuk memburukkan Islam.
Jika mayarakat memperjuangkan gay lesbian macam-macam, yang lebih kepada NAFSU semata-mata, apa pandangan mereka pula?
3. Islam melarang pembunuhan. SI KAFIR INI BERKATA SATU PEREMPAT SEMENANJUNG ARAB DIBUNUH OLEH RASULULLAH S.A.W. DIA BERKATA LAGI, BUNUH SEORANG KRISTIAN DAPAT 7 PEREMPUAN DI SYUARGA.
Itu antara kejahilan yang nyata pasal Islam. Kalau betul ramai yang dibunuh atas ketidak adilan, tentu sekali tak akan ada orang yang mahu peluk Islam kerana, asal peluk Islam saja dah kena bunuh orang untuk dapat 7 perempuan! Ini tuduhan karut!
Di Amerika dan Eropah, Islam kini tersebar dah semakin hari semakin ramai yang peluk Islam.
4. MALAIKAT TAKUT PADA ANJING, SEBAB ITU ORANG ISLAM TIDAK BELA ANJING.
Mana dalil yang kata malaikat takut anjing? Malaikat Rahmat tak masuk rumah yang didalamnya dibela anjing. Malaikat maut, malaikat pencatat dan malaikat lain tiada kesan pun.
5. MALAIKAT RABUN MALAM, SEBAB ITU ORANG MELAYU PASANG PELITA PADA MALAM TUJUH LIKUR UNTUK BERI CAHAYA PADA MALAIKAT.
Amalan orang Melayu yang tiada dasar dalam Islam, bukannya dikira sebagai ajaran agama. Orang Melayu pun tak kata malaikat rabun malam, ni lah jadinya kalau memang niat nak memburukkan Islam, tak faham-faham.
6. MENDAKWA RUPA HAJAR ASWAD SEPERTI FARAJ PEREMPUAN. ORANG ISLAM CIUM HAJAR ASWAD SEPERTI CIUM FARAJ. Orang yang nak burukkan Islam, mereka sukalah buat gambaran dan cerita pelik-pelik berkaitan seks, dalam usaha nak burukkan Islam. Tidak ada perintah cium hajar aswad pun, siapa yang nak kucup boleh. Rupa batu tu bukan macam yang dituduh tu pun. Imaginasi untuk memburukkan saja!
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
Nampak fakta-fakta tu banyak yang salahnya. ini buktinya yang dia orang tu saja guna nama Ulamak Melayu Murtad. Kalau Ulamak pasti dia tahu Nabi s.a.w. tak ada 23 isteri.
Itu semua hanya lojik kebatilan akal bercakap. Kita hanya usaha yang memberi hidayah tu Allah juga. Kalau debat debat pun tak ke mana. Kalau rasanya kita wajib nasihat, kita bagi jer satu post nasihat kat account youtube dia. Bersempena ramadhan ni. kta doakan dia mendapat hidayah. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-7-2013 07:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada soalan yang dikemukakan kepada saya yang ahak sukar untuk saya jawab :
. Kenapa Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w menukar kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram...Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?
. Kenapa Allah perkenankan doa Nabi Ibrahim untuk berdoa untuknya dalam bacaan tahiyat akhir?
. Rasulullah s.a.w telah mangkat...Adakah baginda menjawab salam kita dalam solat, doa dan zikir?
. Dimanakah maqam Nabi Adam a.s?
. Manusia sebenarnya tidak pernah sampai ke bulan? Benarkah?
. Rasulullah s.a.w pernah membelah bulan dengan mukjizatnya? Adakah tanda2 nyata ianya berlaku?
Mohon penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-7-2013 07:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kenapa Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk memindahkan kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram...Bukankah Allah Maha Mengetahui, kenapa tidak letak di Masjidil Haram pada mulanya? |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 17-7-2013 07:11 AM 
Ada soalan yang dikemukakan kepada saya yang ahak sukar untuk saya jawab :
Saya cuba jelaskan secara ringkas... Insya-Allah
. Kenapa Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w menukar kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram...Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?
Memang Allah Maha Mengetahui... dah ada jawapan soalan ini dalam Al-Quran... supaya nyata (zahir) perbezaan antara orang Islam dan Ahli Kitab (yang engkar).
Menzahirkah kebenaran ... tentang perintah Allah kerana orang Yahudi (Ahili Kitab) mendakwa mereka ikut perintah Allah, sedangkan mereka engkar.
. Kenapa Allah perkenankan doa Nabi Ibrahim untuk berdoa untuknya dalam bacaan tahiyat akhir?
Kenapa nak tanya apa yang Allah perkenan? Apa-apa yang diperkenankan Allah dari mana-mana doa hamba-Nya merupakan HAK Allah.
. Rasulullah s.a.w telah mangkat...Adakah baginda menjawab salam kita dalam solat, doa dan zikir?
Baginda SAW telah wafat di alam dunia, tetapi di alam barzakh (alam kubur) para Nabi dan Rasul hidup. Begitu juga para syuhada (yang mati syahid), hidup di alam barzakh.
Oleh kerana Nabi hidup di alam barzakh, jika salam dari umatnya disampaikan kepadanya dengan izin Allah, maka baginda akan jawab salam itu. Bagaimana salam itu dijawab itu bukan dalam pengetahuan kita sebab alam barzakh itu alam ghaib
. Dimanakah maqam Nabi Adam a.s?
Dalam Islam tidak diwajibkan untuk mengetahui di mana maqam Nabi Adam. Sungguhpun begitu, ada beberapa pendapat tentang tempat persemadian/maqam Nabi Adam, namun ada perselisihan pendapat.
. Manusia sebenarnya tidak pernah sampai ke bulan? Benarkah?
Tidak ada kewajipan untuk percaya samada manusia telah sampai atau tidak, ke bulan.
. Rasulullah s.a.w pernah membelah bulan dengan mukjizatnya? Adakah tanda2 nyata ianya berlaku?
Jika mukjizat itu meninggalkan kesan, boleh dikaji tanda2 itu (bukan wajib). Jika mukjizat itu tidak meninggalkan kesan, tiada kewajipan untuk mencari kesan2 itu.
Kenapa Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk memindahkan kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram...Bukankah Allah Maha Mengetahui, kenapa tidak letak di Masjidil Haram pada mulanya?
Sungguh Kami melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab (Yahudi dan Nasranil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan
(Al-Baqarah, 144)
Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi Al Kitab (Yahudi dan Nasrani), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu, kalau begitu, termasuk golongan orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah, 145)
Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Nabi Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
(Al-Baqarah, 146)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 17-7-2013 11:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah. tq 4 sharing info. pada pandangan saya, jika ulama ini memberikan 1000 soalan, satu soalan dirinya tidak akan mampu jawab. apa logiknya ulama ini hidup dimuka bumi ini? cukupkah sekadar berkata2 tanpa mencari apa yg dipersoalkan itu di dalam Alquran?. sesungguhnya Alquran itu petunjuk kpd yg berakal. |
|
|
|
|
|
|
|
kpd yg mahu berhujah dgn ulama murtad, sila fahami isi kandungan surah An Bi'ya |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 25-7-2013 12:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada soalan berkaitan akidah:
Pada zaman para rasul, bantuan Allah amat nyata dengan doa dan mukjizat rasul...tapi sekarang kenapa Allah tidak membantu dengan kekuasaannya pada zaman sekarang, misalnya penindasan saudara kita di Palestin, orang kafir mempersenda Islam dan Al Quran dsb...padahal saban hari seluruh umat Islam berdoa 24 jam tanpa henti untuk mohon bantuan Allah...jadi bagaimana??? |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 25-7-2013 12:13 PM 
Ada soalan berkaitan akidah:
Pada zaman para rasul, bantuan Allah amat nyata dengan doa dan mukjizat rasul...tapi sekarang kenapa Allah tidak membantu dengan kekuasaannya pada zaman sekarang, misalnya penindasan saudara kita di Palestin, orang kafir mempersenda Islam dan Al Quran dsb...padahal saban hari seluruh umat Islam berdoa 24 jam tanpa henti untuk mohon bantuan Allah...jadi bagaimana???
Salam...
Zaman para rasul pun, mereka para rasul dan orang-orang yang beriman DIUJI... perang Uhud di mana tentera Islam mengalami kekalahan (banyak yang syahid, bukan kalah terus), walhal Nabi ada ketika itu.... sebabnya ada salah faham tentang perintah Nabi dan dengan sebab itu tentera Islam tak ikut apa yang diperintahkan Nabi... akhirnya diserang dalam keadaan tak disangka-sangka pada ketika merasakan sudah menang...
Zaman para sahabat, yang mana sudah berakhir zaman Nabi, tanpa mukzijat rasul, pun ada bantuan Allah...
Zaman sekarang pun INSYA-ALLAH ada bantuan Allah, cuma yang zahirnya mungkin tak kelihatan....jika umat Islam ikut Perintah Allah dan Sunnah Nabi.... kalau tak ikut perintah Allah, tapi buat larangan Allah, tapi minta Allah hapuskan musuh.... adakah Allah nak kabulkan doa?
Kita umat Islam kena periksa diri.... apabila sampai satu tahap di mana Allah nak turunkan bantuan sudah tentu akan datang jua bantuan Allah... sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar (bila diuji dalam apa jua keadaan)
Saudara kita di Palestin ditindas, orang Islam berterusan berdoa tapi nampak seperti belum terjawab doa umat Islam...kita kena istiqamah berdoa, tambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.... mungkin juga umat Islam berdoa, tetapi kecintaan dunia masih dalam hati.... doa, iman, amal, taqwa kita masih di tahap yang rendah... maka belum sampai bantuan Allah... mungkin juga Allah nak menguji umat Islam supaya kembali kepada Allah dengan taqwa yang sebenar-benarnya... jika tidak, selagi itu kita tak dapat menewaskan musuh Islam yang melakukan penindasan... umat ISlam juga bermusuhan, berperang, berbunuhan, nakkan kuasa dan pemerintahan, rakyat lebih suka hidup ikut kehidupan ala-ala barat, orang Islam pun terikut-ikut gaya artis dari barat... banyak sebab menyebabkan umat Islam lemah dan doa kita masih nampak seperti tidak termakbul..
Musasabah diri, tingkatkan iman, amal dan taqwa.... hubung silaturrahim... bantu-membantu sebagai SATU UMMAH...insya-Allah...bantuan Allah itu hampir
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 25-7-2013 12:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-7-2013 10:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rezeki dari Allah. ... tapi kenapa Allah beri rezeki pada orang kafir? Walhal mereka tidak beriman kepada Allah. Orang Islam pula ramai yang miskin? |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 30-7-2013 10:42 AM 
Rezeki dari Allah. ... tapi kenapa Allah beri rezeki pada orang kafir? Walhal mereka tidak beriman k ...
ini sekadar pendapat. jika kamu tanya soalan itu, saya tahu jawapannya. ini merupakan kisah benar dari banyak2 kisah yg saya ketahui.
kisah, mamat ini bermain nombor ekor, setiap minggu pasti kena nombor ekor. pernah mengoffer nombor ekor dengan harga RM200 untuk 2 kali kena nombor top prize gerenti. dan orang yg membayar untuk nombor ekor itu 2 orang. 1 orang sangkut kerana percaya kepada kata2 mamat ini, satu orang ini rugi kerana tamak dalam bermain nombor sedangkan guideline diberikan. suatu ketika si mamat pro ini pernah memenangi sehingga RM100k untuk satu race di black market.
apa kesudahannya? kisah ini menceritakan hal ehwal kebatilan. akan tetapi kita lupa perihal kebenaran. taip aje Dia sudah izinkan. itu sudah dikira rezeki. nak masukkan makanan kedalam mulut dah dikira rezeki. jika di lumpuhkan manusia, mampu ke manusia sembuh jika tidak diizinkan olehNya? jika Dia mengarahkan perut untuk tidak menerima mana2 makan yg paling sedap di atas muka bumi, mampu ke manusia mengatakan dirinya menentukan rezeki yg perlu dimasukkan kedalam perut?
sebenarnya Allah memberikan rezeki dari semua sudut yg nampak dan yg tidak nampak. jika hendak dihitung rezeki yg diberikan, tak terhitung dengan akal kerana bulu roma yg tumbuh walaupun sehelai itupun merupakan rezeki dariNya kepada tubuh badan.
bila kita membaca "dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani". Allah swt pemurah kepada sesiapa jua. dan Allah maha mengasihani sesiapa juga. beza orang Islam yg beriman dan orang kafir pada maksud ujian. orang beriman itu diuji, akan tetapi orang yg kafir itu penguji.
|
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang posted on 30-7-2013 10:42 AM 
Rezeki dari Allah. ... tapi kenapa Allah beri rezeki pada orang kafir? Walhal mereka tidak beriman kepada Allah. Orang Islam pula ramai yang miskin?
Rezeki dari Allah...
Allah Maha Adil, Allah beri rezeki kepada semua makhluknya, tak kira samada Manusia, Jin, haiwan...tumbuhan.... segala benda hidup..
Dari kalangan Jin dan Manusia, Allah beri rezeki tak kira kepada yang beriman ataupun yang tak beriman...
Orang Islam ramai miskin? Kenyataan ni mungkin betul ikut tempat. Di Sri Lanka, ramai orang Islam yang kaya-kaya dan menguasai ekonomi di negara tersebut, sekalipun kerajaan negara tersebut bukan kerajaan Islam.
Jika benar pun orang Islam miskin di tempat tertentu, selagi orang Islam taat perintah Allah mereka akan berjaya. Kalau kaya-raya tetapi lalai kepada perintah Allah dan menganiaya orang bukan Islam pula, maka sudah tentu Allah Murka. Ada hikmah Allah jadikan ada yang miskin, ada yang kaya.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
...tp yg berhutang tu termasuk dlm golongan kaya ka miskin?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|