CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3073|Reply: 9

Amah di dera kerana tak tahu masak ....

[Copy link]
Post time 20-6-2013 09:40 AM | Show all posts |Read mode
BERITA KOSMO HARI INI 20 JUN, 2013
JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah menengah dan suaminya masing-masing dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas pasangan itu didapati bersalah tergamak mendera pembantu rumah warga Indonesia pada tahun lalu sehingga mangsa cedera parah.

Perbuatan keji pasangan suami isteri itu berlarutan selama tiga bulan iaitu dari Julai hingga September 2012 gara-gara kesalahan remeh seperti tidak pandai memasak yang didakwa dilakukan mangsa, Marsini, 22.

Hakim Nu'Aman Mahmud Zuhudi mensabitkan jurujual kereta Mohd. Shukur Suradi, 29, dan guru Daeng Norul Asyikin Bachok, 28, bersalah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan juga memperdagangkan mangsa yang berasal dari Pontianak, Kalimantan.

Hakim Nu'Aman menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan terhadap Mohd. Shukur bagi pertuduhan pertama iaitu mendatangkan kecederaan parah manakala 10 tahun penjara bagi pertuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa itu.

Sementara itu, Daeng Norul Asyikin, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di sini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 tahun bagi pertuduhan kedua.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Last edited by hasmania on 20-6-2013 09:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 11:18 PM | Show all posts
bongok betul cikgu mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:19 PM | Show all posts
Tu baru pembantu rumah, entah2 anak-anak murid kat sekolah pun pernah kena dera sama. Maybe dia ni ada masalah r/tangga yg kronik kot dgn suami dia sampai tak boleh kawal emosi. Tgk ke wajah tu macam cool jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 11:07 PM | Show all posts
15thn duduk penjara.. nasib ko lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 07:55 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-6-2013 02:19 PM
Tu baru pembantu rumah, entah2 anak-anak murid kat sekolah pun pernah kena dera sama. Maybe dia ni a ...

Murid murid tak perlu memasak di sekolah...so takda sebab untuk didera.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 09:24 AM | Show all posts
semalam masa balik dari office aku ada ternampak 1 kereta (cina) tgh tunggu anak2 balik sekolah.Ada maid indon tengah msukkan beg budak2 tu dalam kereta.Lambat sangat agaknya,cina tu maki indon tu.Jerit2.Takut aku dengar.Agaknya macam mana dia kat rumah tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 10:39 AM | Show all posts
cikgu ni mcm pandai masak jer.... ntah2 dia kalau masak pun ke laut....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 08:46 PM | Show all posts
Ada video tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 09:48 AM | Show all posts
cikgu kena masak sendiri lah cikgu tuk family.tak kan nk harap kan bibik yg masak..bibik tolong kemas brg lepas masak je lahh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 09:49 AM | Show all posts
rienafaiz posted on 28-6-2013 09:24 AM
semalam masa balik dari office aku ada ternampak 1 kereta (cina) tgh tunggu anak2 balik sekolah.Ada  ...

lau cina layan maid lg hazab nengok.kalau boleh smua keje dia nk suruh...mcm maid bos aku la..dh keje kt umah kena wat. kemas.ofis pun dia wat jugak hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.459270 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list