CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3081|Reply: 5

Sumpah Syaitan Terhadap Kaum Wanita

[Copy link]
Post time 19-6-2013 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Namun, jika seseorang wanita itu masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus dan licik melalui beberapa cara pula seperti apabila wanita itu :

1. Membuka Bahagian Tangan

Apabila bahagian telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta iaitu dari siku hingga telapak tangan.


Tangan yang terdedah juga adalah aurat
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan.  Akhirnya  wanita tewas menampakkan tangannya dan para lelaki dapat melihat kemulusan kulit wanita.  Saat itu iblis akan membisikkan lagi  “Haa, tak apa-apa kan?”..

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan yang menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Belum cukup begitu, haruslah ada peningkatan fesyen supaya nampak lebih moden, bukalah bahagian atas dada kamu, tetapi jangan pula anggap ianya pakaian terbuka,  sedikit saja biar udara masuk, tidaklah panas sangat.  Elok kamu mencuba kerana sikit sahaja yang terbuka”.


Mencemar maruah sendiri jika berpakaian begini
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya.   Berubah fesyen setengah lingkaran di leher hingga menjadi fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang

Setelah berjaya membuka hati para wanita maka syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak lagi kan kain yang lebih nipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”

Maka tergodalah si wanita.  Bertukarlah fesyennya mengikut arus kemodenan. “Pilihlah seluar yang ketat sikit, biar nampak bentuk kakimu yang cantik.  Lagipun potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, jangan sampai dikata ketinggalan zaman,” begitu syaitan menokok-nambah.




Syaitan menyesatkan manusia melalui cara berpakaian


Lihatlah..langsung tidak sensitif pada pakaian yang dipakai

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih gigih lagi.  Tujuannya hanya satu iaitu agar para wanita menampakkan bahagian auratnya.

Bisik syaitan lagi  “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu boleh mencuba  tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. “Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”


Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya dan tubuhnya sedikit semi sedikit.


Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya dan tubuhnya sedikit semi sedikit.




7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.  Terkadang si wanita mungkin berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan pantas menyahut, “Ah, mana ada salahnya. Bukankah sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita berasa curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan wahh, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.  Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang menyesatkan! Marilah fikirkan bersama..terutamanya kaum wanita.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 09:51 AM | Show all posts
tq good info
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 05:35 PM | Show all posts
Mekasih banyak3.... sangat berguna untuk peringatan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:38 AM | Show all posts
Thankkksss..  good info !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 11:23 AM | Show all posts
terima kasih info ..untuk peringatan diri sendri....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:07 PM | Show all posts
I think the photos should not be shown here in this thread...tak perlu lah nak sebar2 kan lagi gambar2 the ladies itu....


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.126216 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list