CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4047|Reply: 19

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur Nanti?

[Copy link]
Post time 18-6-2013 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur Nanti?


Junjungan besar Rasulullah S.A.W pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia.  Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut apabila mendapati kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya itu.  Apakah maklhluk tersebut?

Lalu lelaki itu bertanya “ Siapa kamu?”.
Makhluk itu menjawab “Kamu tidak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu sering baca di siang hari dan juga pada waktu malam”.
Kemudian, barulah lelaki tersebut teringat bahawa makhluk tersebut ialah Al-Quran.  Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT.  Betapa gembiranya dia kerana berpeluang menatap zat Allah Yang Maha Suci.
Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu.  Allah turut memerintahkan malaikat agar turut member perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.
Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu.  Allah turut memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.
Maka, terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata  “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”
Lalu malaikat menjawab “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran.”
Sebagaimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan segala apa yang terdapat di dalamnya,  maka Allah akan memakaikan mahkota kepada  kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak  di mana cahayanya lebih terang daripada  cahaya matahari di dunia.  Maka kamu tidak akan menduga bahawa pahala itu disebabkan amalan yang seperti ini”.
Berdasarkan kisah tersebut, satu peringatan buat kita semua sebagai seorang Muslim walau apa pun jua jangan sekali-kali meninggalkan daripada membaca Al Quran. Bacalah Al-Quran setiap hari paling sedikit biarpun hanya setakat 1 helai.  Jika kita berada di dalam kesibukan
sekali pun carilah masa untuk membacanya.
Jika diamalkan selalu, hal ini menjadikan hati kita sentiasa dekat dengan Al-Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.
Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “.
Melalui hadis tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat di mana syafaatnya akan diterima Allah SWT.
Terdapat juga satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Seterusnya, apabila mayat itu dikafankan orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat yakni Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :”Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :
“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”. “Maka, janganlah engkau bimbang”.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”.  Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu, maka kita adalah orang-orang yang sangat rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT.  Tatkala ajal telah datang kepada kita, tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.  Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia yang dapat membantu kita kelak.
Seterusnya, Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikanlah Al-Quran sebagai teman di dunia dan pemberi syafaat di ahirat nanti.
Sama-samalah kita renungkan kembali, dalam sehari berapa kalikah kita membaca Al-Quran?  Cukupkah sekali atau dua kali, atau mungkin sekadar membacanya dalam solat sahaja.
Sebenarnya, pahala yang paling mudah untuk kita bolot adalah melalui pembacaan Al-Quran di mana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT sebanyak 10 pahala.  Tambahan pula, Al-Quran itu kalam Allah SWT dan bukannya datang daripada manusia.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua restu dan hidayahNya dan semoga  Al-Quran yang kita baca itu menjadi teman kita kelak di alam sana.  Mari tanamkan keazaman mulai hari ini untuk mempertingkatkan lagi usaha mendekati dan mempelajari Al-Quran.  Jom baca Al-Quran…


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 12:41 PM | Show all posts
Ulat Gonggok dan Mambang Tanah?

Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:08 PM | Show all posts
crankshaft posted on 18-6-2013 12:41 PM
Ulat Gonggok dan Mambang Tanah?

Hmmmm

gonggok dgn mambang tu temporary je,
tp kita kena pandai juga serasikan aspirasi dgn keluarga bumi masa tgh ada nyawa ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:26 PM | Show all posts
Minyak zaitun?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 03:00 PM | Show all posts
aku ingin nak tahu bagaimana keadaan arwah disana..

terlalu rindu sangat pada arwah tapi arwah tidak pernah hadir didalam mimpi ku..tenang dan amankah arwah disana.?
sampai kah segala pahala, amal jariah yg aku dan anak2 lakukan buat arwah ?

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 04:44 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 18-6-2013 02:26 PM
Minyak zaitun?

beraroma, selagi blh menghidu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2013 05:40 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 18-6-2013 04:44 PM
beraroma, selagi blh menghidu.

Hasil perahan ketika hidupnya...nyala tanpa percikan api.
Cahaya berlapis² cahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:27 AM | Show all posts
carold posted on 18-6-2013 03:00 PM
aku ingin nak tahu bagaimana keadaan arwah disana..

terlalu rindu sangat pada arwah tapi arwah ti ...

The best way...nko ikut pi mati...nanti nko akan tahu.....

Tanya soalan macam aku nak balun je.......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 07:29 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 18-6-2013 05:40 PM
Hasil perahan ketika hidupnya...nyala tanpa percikan api.
Cahaya berlapis2 cahaya...

CHANEL No 5?

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:16 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 18-6-2013 05:40 PM
Hasil perahan ketika hidupnya...nyala tanpa percikan api.
Cahaya berlapis2 cahaya...

cahaya atas cahaya itu cuma ada pada Sayyidina Muhammad S.A.W.
jadi manusia yg biasa mcm kita semua tak payah la kita nak suluh-suluh muka, sampai berbuih muka org tu kena suluh.
paham tak? Last edited by mr_evergreen on 19-6-2013 08:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 08:59 AM | Show all posts
crankshaft posted on 19-6-2013 07:29 AM
CHANEL No 5?

Multi-channel kot...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 09:08 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 19-6-2013 08:16 AM
cahaya atas cahaya itu cuma ada pada Sayyidina Muhammad S.A.W.
jadi manusia yg biasa mcm kita sem ...
cahaya atas cahaya itu cuma ada pada Sayyidina Muhammad S.A.W.
jadi manusia yg biasa mcm kita semua tak payah la kita nak suluh-suluh muka, sampai berbuih muka org tu kena suluh.
paham tak?
Allah menerangi langit² dan bumi
buatpa nk suluh² mukanya smpi berbuih?
Sekurang²nya dlm gelap wlpn depan cermin
kita nampak batang hidung sendiri...

Inikan pula kalo pd mlm yg gelap di dasar lautan di dlm perutnya ikan
- cahaya berlapis² kegelapan...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 04:22 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 19-6-2013 09:08 AM
Allah menerangi langit2 dan bumi
buatpa nk suluh2 mukanya smpi berbuih?
Sekurang2 ...
Allah menerangi langit2 dan bumi
buatpa nk suluh2 mukanya smpi berbuih?
Sekurang2nya dlm gelap wlpn depan cermin
kita nampak batang hidung sendiri...

Inikan pula kalo pd mlm yg gelap di dasar lautan di dlm perutnya ikan
- cahaya berlapis2 kegelapan...
fuh .. berlapik2 klausa pendapat .. haha

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur Nanti?
kalau selalu membiasakan diri dengan membaca antaranya surah al-mulk
boleh la juga azab dikurangkan

paling mudah
pelbanyakkan la 'amalan dan doa
agar sampai sat kat sana .. masih boleh beribadat
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 12:47 AM | Show all posts
"Allah menerangi langit2 dan bumi" atau
Allah itu adalah cahaya di langit dan di bumi ....

yg mana satu erk...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 10:08 AM | Show all posts
dinsmann posted on 30-6-2013 12:47 AM
"Allah menerangi langit2 dan bumi" atau
Allah itu adalah cahaya di langit dan di bumi ....

Boleh juga kot...baca yg Arab je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 10:11 AM | Show all posts
nak tanya, keadaan mcm org mati tu dah boleh bagi petanda jenazah itu bakal ke syurga atau ke nerakah kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 09:49 PM | Show all posts
ohnoLia posted on 30-6-2013 10:11 AM
nak tanya, keadaan mcm org mati tu dah boleh bagi petanda jenazah itu bakal ke syurga atau ke neraka ...

jika ditanya "..boleh..?"
maka jawabnya sememangnya 'boleh' ~

tapi biarlah ia menjadi 'urusan Allah' ~
yg terlihat baik jadikan tauladan, yg terlihat buruk jadikan pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 11:07 PM | Show all posts
ohnoLia posted on 30-6-2013 10:11 AM
nak tanya, keadaan mcm org mati tu dah boleh bagi petanda jenazah itu bakal ke syurga atau ke neraka ...
nak tanya, keadaan mcm org mati tu dah boleh bagi petanda jenazah itu bakal ke syurga atau ke nerakah kah?


selagi 'itiqad seseorang itu betul dan tepat
dan meninggal dalam syahadah
insyaAllah, akan dimasukkan ke dalam syurga

cuma jika ada dosa2 lama
yg mana ianya tidak sempat bertaubat
maka si mati akan disinggahkan ke neraka dahulu

umat Nabi SAW diberikan peluang seluas2nya
dan semuanya di atas sebab Nabi SAW
yg mana kita diberikan ruang untuk bertaubat dan jika cukup syarat
terhapus terus dosa

berbanding umat2 terdahulu
bertaubat 100 tahun, tidak tentu lagi taubat boleh diterimaNya

jadi 'amalan solat taubat
seharusnya di istiqommahkan setiap hari

pesanan buat diri sendiri yg sentiasa alpa

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 08:43 AM | Show all posts
Takutnyaaaa. Ohnolia rasa pengurusan jebazah klu mcm tu baik di buat oleh keluarga terdekat je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 10:59 PM | Show all posts
Bismillah

banyakkan menangis di dunia kalau kita nak gembira di Akhirat.
org yg terlalu byk ketawa di dunia,akan menyesal di Akhirat.
air mata yg menangis kerana takutkan azab,haram bg api neraka.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.993227 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list