CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2019|Reply: 4

Kesukaran untuk berhijrah dalam masyarakat materialistik sekarang

[Copy link]
Post time 11-1-2013 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Sahabat saya pernah bercerita dengan saya. Dulu, dia pernah berbicara mengenai pengamalan agama Islam dengan seorang artis wanita ( terlibat dalam bidang nyanyian ), dan tidakkah artis ini mempunyai keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah, ataupun mencari kerjaya lain yang lebih elok.

Artis itu memberitahunya : “ Saya ini berasal dari keluarga miskin. Saya belajar pun tak pandai, letih belajar tapi tak ke mana. Dulu saya membesar dalam kemiskinan, orang2 di sekeliling saya bukannya nak menolong kami, lagi mengeji, menghina dan mengata adalah. Sekarang saya gembira hidup dengan sedikit kemewahan hasil dari kerjaya saya sekarang. Lagipun tiada jaminan yang saya akan mencapai kejayaan yang sama jika saya menceburi bidang lain seperti perniagaan, contohnya. Lagipun saya bukannya mencuri atau merompak seperti sesetengah golongan yang terlibat dalam jenayah. ”

Saya boleh memahami sedikit sebanyak kenyataan artis ini,kerana saya pernah melihat situasi yang sama. Di mana terdapatnya golongan yang miskin dan kurang berjaya dalam pelajaran dikeji dan dihina, bukannya dibantu oleh orang2 di sekeliling mereka.

Nampaknya pengaruh keduniaan seperti wang ringgit memang sangat menebal dalam masyarakat kita, baik dulu mahupun sekarang. Orang miskin dan kurang pandai dikeji dan dihina, manakala orang kaya dipuja dan diampu kerana mengharapkan habuan daripada mereka. Golongan yang baik pula bukannya ramai, sangat sedikit bilangannya...Ya Allah bantulah umat ini....tolonglah kami dalam mencapai keredhaanMu...

Cuba korang fikir, bagaimana golongan yang dianggap hidup dalam maksiat ini hendak mendekatkan diri mereka kepada agama Islam, jika masyarakat sekarang terlalu mendewakan materialistik dan kebendaan? Last edited by Tongny on 13-1-2013 02:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 01:51 AM | Show all posts
Pada pendapat saya, manusia moden memang mendewakan wang. Dulu orang kutuk bangsa Cina kat Malaysia bertuhankan wang, suka menipu demi wang, tetapi apa yang kita lihat hari ini semua bangsa kat Malaysia pun sama gak, kalau bukan lebih teruk dari Cina. Halal haram dah tak kisah lagi. Agama sanggup dibelakangkan dulu. Ini adalah fakta!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:25 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 11-1-2013 01:51 AM
Pada pendapat saya, manusia moden memang mendewakan wang. Dulu orang kutuk bangsa Cina kat Malaysia  ...

ada org islam dan melayu yg masih tak bertuhankan duit kerana agama, tetapi dalam agama yg dianuti oleh kaum cina adakah ada halal n haram seperti islam???...itu menyebabkan keberangkalin memperlihat kaum cina mendewakan duit memang lebih jelas..dan saya setuju dengan apa yg dikutuk itu adalah fakta bangsa cina lebih menonjol dalam bab menipu dalam perniagaan....tapi ini tidak bermakna bangsa lain tidak menipu....



Last edited by sugar_rose on 11-1-2013 04:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:32 AM | Show all posts
adakah agama semua bangsa sama...so jgn nak samakan semua bangsa,,,,sekian
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 08:14 PM | Show all posts
salam

money run over you
or
you run over money

just do it ..
not
just duit ..


Zaman ini .. zaman duit ..
takda duit .. diri tersepit ..
tapi jangan .. jadi hamba duit ..
nanti musnah .. diri sendiri ..

wassalam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049312 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list