CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3538|Reply: 10

Pengajaran Dari Rupa Jenazah Yg Tidak SOlat

[Copy link]
Post time 13-12-2012 11:33 PM | Show all posts |Read mode

Ketika perang teluk berlangsung, aku sedang berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa mengebumikan mayat di Kuwait yang aku mengetahuinya dari masyarakat setempat. Salah seorang daripada saudaraku menghubungiku meminta agar mengebumikan ibu mereka yang meninggal.

Kami buka lubang kemasukan dan kami turunkan dari bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami tangkap kembali sehingga aku mendengar dari retak tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga terlihat auratnya. Aku akan melangkau ke jenazah dan menutup aurat tersebut.

Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang ngeri. Matanya terbeliak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan segera memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Setelah sampai di pangsapuri, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Ia bersumpah agar aku menceritakan apa yang terjadi saat memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun ia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Ia berkata, Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz-red), ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan.



Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas suul khatimah hamba-Nya yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang berakal.


Daripada Yusuf Mansur

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 07:03 AM | Show all posts
Orang meLAYU cukup suka berdakwah menggunakan hujah2 sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:55 AM | Show all posts
kakiputaralam posted on 14-12-2012 07:03 AM
Orang meLAYU cukup suka berdakwah menggunakan hujah2 sebegini

Kalau lihat wajah org yg kafir & mati dlm kekufuran pun tak mcmtu....jgn sering anggap org Islam yg tak baik pasti mati dlm keadaan hina lg ngeri...dah la gambar yg diletakkan bukan berkaitan dgn org tak solat pun...malah nak kata gambar hiasan pun tak sbb cara kematian dlm gambar tu, tu sama ada mati dlm kebakaran atau mati kena tsunami.

Jgn lupa bahawa di akhirat juga tetap akan ada hukuman...sesiapa pun takkan terlepas dari seksaan kalau byk berdosa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 09:47 PM | Show all posts
ngerinya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:21 AM | Show all posts
ambik pengajaran dari semua kisah2 yg diceritakan. jgn dok pikir sgt pasal gambo tu...just my 2 sen
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 05:05 PM | Show all posts
ini macam cerita mayat bertukar babi dekat damansara yang ditanam oleh ustad pas tu ka?

apa2 pon, jangan lah kamu kamu yang memakai sarban ini pertikai kan kerna ini semua kuasa tohan! amik pengajaran aja cukop lah!

prfftttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2012 01:15 AM | Show all posts
suka berandai-andai...
saya suka randai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 07:55 PM | Show all posts
kita ambil sebagai iktibar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2013 05:26 PM | Show all posts
syukran for sharing ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:22 PM | Show all posts
Maaflah, mungkin ada tak setuju, tapi meh kita tengok satu-satu.
Ada banyak nasihat yg kita sendiri perlu dan kita kena kasi orang...
Kalau kita nasihat orang....Alhamdulillah....sokong sangat2. Tapi kalau kita sandarkan nasihat dng fakta tertentu...kita kena hati-hati.
Mungkin akan ada orang cakap....fakta tu tak penting....yg penting nasihatnya. Betul.... tapi kalau dari awal lagi nak nasihat...tak sebut fakta pun takper kan?
Kesannya pada org kita.....jauuuuh disudut hati...walaupun tak sebut dgn mulut....akan terdetik...agamaku bukanlah perkara terlampau penting sangat....kalau pair dengan cerita buatan pun okey aje. Hasilnya...orang memang tengok agama benda  okey2 je. e.g. "Lelaki tendang mak jadi babi"....lepas tu terperasan, babi rupa orang tu, prop film Thailand. Tetap dlm hati tak suka derhaka pd mak. Tapi kalau jadi benda pelik lagi, automatik, tak kisah sangat..".ah..cerita2 agama2 je tu."

Kesan pd orang bukan Islam.........yg ni...diorng terus terang. Islam adalah agama sebgmana agama mistik yg lain. Tengoklah cerita sokongan agamanya tu.
Apapun, semoga niat uploader mendapat ganjaran daripada Allah........

ps: Wa malas nak bertekak belakang skrin. Wa communicate satu hala je lah yek? Wassalam.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:43 PM | Show all posts
Alahai... Islam tak perlu cerita-cerita 'humor' sebegini. Kesannya membodohkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049435 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list