CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Khazanah catat untung RM5.3 bilion

[Copy link]
Post time 19-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Prestasi kukuh didorong pelupusan strategik berterusan penswastaan PLUS ExpresswaysKHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan pencapaian cemerlang bagi kedua-dua prestasi kewangan dan strategiknya sepanjang 2011.\n\n\n\n  Keuntungan sebelum cukai cabang pelaburan kerajaan itu melonjak 156.3 peratus kepada RM5.3 bilion tahun lalu daripada RM2.081 bilion pada 2010, sekali gus membolehkannya mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM3 bilion.\n\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata prestasi kukuh itu didorong oleh pelupusan strategik berterusan, terutama membabitkan penswastaan PLUS Expressways kepada UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM23 bilion yang dibuat serentak dengan semakan konsesi tol bagi mengurangkan beban pengguna.Beliau berkata, arah aliran port-folio pelaburan Khazanah juga terus menunjukkan arah aliran menaik walaupun menerima sedikit kesan daripada pasaran global yang lebih perlahan tahun lalu.“Walaupun jumlah portfolio pelaburan Khazanah susut sedikit dengan Nilai Aset Direalisasikan (RAV) merosot RM4.5 bilion atau empat peratus kepada RM108.1 bilion  dan Nilai Aset Diselaraskan (NWA) berkurang RM5.2 bilion, atau 6.9 peratus kepada RM70 bilion daripada RM75.2 bilion,    arah aliran keseluruhan dalam portfolio sejak pelaksanaan program transformasi pada 2004 kekal kukuh,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi Khazanah sepanjang 2011, di Kuala Lumpur, semalam.Azman berkata, Khazanah membuat 13 pelaburan berjumlah RM5.8 bilion tahun lalu dan melupuskan lapan pegangan bernilai RM7.7 bilion, membolehkannya menjana pendapatan berjumlah RM2 bilion.\n\n\nKatanya, secara keseluruhan, di antara 2004 dan 2011, Khazanah membuat 89 pelaburan bernilai RM45.5 bilion, dan 45 pelupusan kepentingan bernilai RM31.7 bilion, bagi meraih pendapatan RM13.6 bilion.Selain PLUS Expressways, antara transaksi utama dilaksanakan Khazanah sepanjang tahun lalu ialah pelupusan 32 peratus kepentingan strategik dalam POS Malaysia Bhd kepada DRB-Hicom bernilai RM622.8 juta; kemasukan Mitsui & Co Ltd sebagai rakan strategik dan pemegang saham dalam Integrated Healtcare Holdings Bhd (IHH); serta pelaburan bersama Khazanah dan Temasek Holdings Pte Ltd bagi pembangunan projek di Singapura dan Iskandar Malaysia membabitkan Nilai Pembangunan Kasar RM30 bilion.Azman berkata, bagi 2012 ini Khazanah akan terus fokus melaksanakan pelupusan aset secara berperingkat dan teratur bagi aset bukan teras dan pegangan bukan terasnya lain.Beliau juga berkata, Iskandar Malaysia yang kebanyakan pelaburannya masih di peringkat permulaan pada 2011, akan menyaksikan kerancakan aktiviti tahun ini dengan siapnya beberapa projek pemangkin utama.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076588 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list