View: 2482|Reply: 0
|
skrin layar di dataran merdeka
[Copy link]
|
|
memandangkan tiket kt stadium bukit jalil dh abih dijual a.k.a. sold out...
disini aku ingin kepastian ttg skrin layar kt dataran merdeka sbb memandangkan ade raptai utk hari pahlawan...so ade sesape yg bole menjawap......
tepek skit info dr hmetro.com.my
Teruja lihat kebangkitan
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, mula menyerbu
kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan
kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, esok.Seawal jam 8 pagi semalam peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket
di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.
Tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Selain itu, peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my.
“Saya perlu datang pagi untuk dapatkan tiket kerana takut kena berbaris panjang. Saya dan kawan saya
singgah ke sini dulu sebelum pergi bekerja. Nasib kami baik sebab dapat beli tiket dengan mudah,”
kata Mohd Rizal Zamanhuri, 24, seorang eksekutif pemasaran.
Kebanyakan peminat bola sepak yang ditemui dalam tinjauan semalam menyatakan bahawa mereka sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi skuad bimbingan Datuk K Rajagobal menyekat kemaraan skuad bola sepak Singapura.
Ramai di antara mereka mahu melihat Rajagobal menyusun strategi baru bagi mengukuhkan barisan pertahanan.
“Saya mahu jurulatih membuat percaturan sewajarnya untuk mengukuhkan bahagian pertahanan. Berdasarkan daripada corak permainan yang ditunjukkan di Singapura, jelas bahagian pertahanan kita masih lemah,” kata P Veekneswaran, 25, dari Sentul.
Bagi Wan Mohd Azam Wan Su, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), semua pemain
perlu mempunyai semangat berpasukan kukuh dan kekuatan daripada segi mental.
“Perlawanan bola sepak ini bukanlah hak individu. Ia adalah kerja sepasukan dan perlawanan Malaysia-Singapura
ini bukan boleh dipandang ringan. “Perlawanan ini bukan medan untuk pemain menunjukkan kemahiran
tetapi sebaliknya untuk mempertahankan maruah negara. Saya harap dengan sokongan padu penyokong,
mereka dapat melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.
Presiden KRU Berhad, Norman Abdul Halim, melahirkan pendapat serupa.
“Perlawanan tempoh hari di Singapura sememangnya mengecewakan tetapi saya percaya kita mempunyai
pemain-pemain lain yang boleh dimasukkan khususnya di bahagian pertahanan.
“Kita (skuad kebangsaan) tidak mempunyai masalah daripada segi serangan. Bahagian pertahanan kita
perlukan seorang yang berpengalaman untuk mengemudi barisan pertahanan,” katanya -Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|