CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8033|Reply: 4

Ieda Moin terkedu ditawar bayaran rendah macam pelakon ekstra - "Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod"

[Copy link]
Post time 16-2-2026 11:29 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan penyanyi, Ieda Moin memaklumkan mahu serius menceburi bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 47, berkata dia bagaimanapun akan terus berlakon kerana ia adalah platform untuknya mendekati peminat.

"Untuk jadual awal tahun ini, mungkin penerbit masih menyusun kalendar dan saya sedang tunggu tawaran berlakon.

"Sebenarnya ada juga yang panggil saya berlakon, namun saya terkedu kerana ditawarkan harga yang tidak masuk akal.

"Bayangkan bayaran yang akan diberikan sangat rendah seolah-olah taraf saya seperti pelakon ekstra," katanya ketika ditemui hadir pada majlis Preview Set Berbuka Ramadan di sebuah restoran, di sini, baru-baru ini.

Ieda mengakui terkejut dengan tawaran ini dan menyoal pengurus produksi sama ada dia baru memegang jawatan itu.

"Sebab memang bukan harga saya. Malah, saya sanggup tak ada 'job' daripada turunkan harga seteruk itu. Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod. Tak boleh!

"Selalunya kita artis dipanggil untuk supporting (watak pembantu), dia akan buat bayaran per episod atau bergantung pada babak.

"Saya tanya, programnya satu jam atau setengah jam? Dia kata satu jam. Tapi ada macam drama dalam program. Jadi bila dia kata satu hari kita boleh shoot dua episod untuk cerita setengah jam, takkanlah saya nak ambil," katanya.

Katanya, dia mempunyai kadar harga sendiri untuk penggambaran selama 30 minit dan satu jam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ieda membayangkan akan membuka francais Seoul Garden Korbi Grill berikutan sambutan hebat diterima daripada pelanggan.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Faham legend tapi kena ikut trend semasa kot. Maksudnya, kalau market skrng memerlukan orang macam sepiah barkobar tu baru viewers naik mungkin ok la nak demand. Tapi kalau acik
ida mampu meyakinkan producer yg dia mampu tarik viewers macam patah amon dan barkobar baru la mereka berani nak bayar dgn kadar sendiri macam waktu tgh top dulu. Bila dah tak famous ni dah tak boleh memilih lain la faizal husin makin tua makin diminta. Acanerr eh faham2 sendiri la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 12:19 PM | Show all posts
2hari rm800..shot berapa minit je scene???? ok lah tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 07:26 PM | Show all posts
Bukan bayaran 800 utk dua episod kan
Sehari 800
Jap, cikgu yang org komen konon2 byk gaji tu pun sehari baru 300++
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuai la ng ko ...ko pn bkn pemes  tk lawa laktu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 09:26 PM GMT+8 , Processed in 2.212140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list