CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21013|Reply: 0

[Pulau Pinang] PDRM tumpas sindiket bangunkan sistem judi dalam talian menerusi operasi serentak di tiga negeri

[Copy link]
Post time 13-2-2026 03:27 AM | Show all posts |Read mode
PDRM tumpas sindiket bangunkan sistem judi dalam talian menerusi operasi serentak di tiga negeri

Suharmin Yusuf[email protected]





GAMBAR hiasan




Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan perjudian dalam talian dengan menahan 388 individu dalam serbuan serentak ke atas 17 premis perniagaan dan kediaman membabitkan pembangunan sistem sokongan operasi dan promosi perjudian bagi pasaran dalam dan luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Ops Angsa dilaksanakan serentak pada jam 2.30 petang semalam di sekitar di Kuala Lumpur, Selangor serta Pulau Pinang.

Katanya, sasaran operasi adalah individu dan syarikat yang dipercayai terbabit dalam pembangunan sistem sokongan operasi, platform dan promosi perjudian dalam talian untuk pasaran tempatan dan luar negara.

"Serbuan dilaksanakan dengan kekuatan 372 orang terdiri dari 104 pegawai kanan polis dan 268 pegawai rendah polis membabitkan pelbagai elemen di dalam JSJ yang diterajui oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

"Jumlah tangkapan keseluruhan seramai 388 orang iaitu 236 lelaki dan 152 wanita berumur lingkungan 20 hingga 48 tahun.

"Daripada jumlah itu, lapan orang adalah warga asing iaitu seorang Vietnam, seorang Singapura, dua Thailand dan empat Indonesia berdasarkan semakan awal dokumen pengenalan diri yang dirampas," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PDRM turut merampas pelbagai perkakasan dan peralatan yang disyaki digunakan dalam membangunkan platform perjudian dalam talian.

Katanya, turut dirampas dua kenderaan mewah jenis Lamborghini dan BMW serta beberapa utas jam tangan mewah pelbagai jenama.

"Semua tangkapan dibenarkan reman di antara satu hingga tiga hari bagi membantu siasatan.

"Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka iaitu satu di Kuala Lumpur, dua di Selangor dan empat di Pulau Pinang," katanya.

Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a)/ 4B(b), 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

"Siasatan akan diteruskan termasuk menjurus kepada tanggungan pemegang jawatan dalam pertubuhan atau syarikat selaras peruntukan Seksyen 20A Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam membanteras aktiviti perjudian kerana jenayah ini membawa impak negatif yang signifikan kepada kestabilan ekonomi negara dan keruntuhan sosial.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 9:36pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322168/pdrm-tumpas-sindiket-bangunkan-sistem-judi-dalam-talian-menerusi-operasi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.043811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list