CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27598|Reply: 1

[Kedah] PGA serbu 22 premis di 3 negeri simpan, jual cecair dan peranti rokok elektronik haram

[Copy link]
Post time 12-2-2026 12:16 PM | Show all posts |Read mode
PGA serbu 22 premis di 3 negeri simpan, jual cecair dan peranti rokok elektronik haram

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 12, 2026 @ 9:48am




BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara melakukan serbuan serentak Op E-Cigarette Mega di tiga negeri dan merampas cecair rokok elektronik dan tembakau bernilai keseluruhan RM252,245.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Balveer Singh, berkata operasi berskala besar itu membabitkan Kedah, Perak dan Pulau Pinang kelmarin bermula jam 12 tengah hari hingga malam.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan kekuatan 76 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Briged Utara serta Batalion 1,2,3 dan Batalion 18 selain kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen negeri berkenaan.

"Dalam serbuan di Kedah, sebuah premis di Kulim yang dipercayai menjalankan aktiviti memproses dan menyediakan cecair rokok elektronik diserbu kerana dipercayai beroperasi secara haram.

"Ketika serbuan, pemprosesan dan penyediaan cecair vape itu sedang dilakukan.

Berdasarkan siasatan awal, premis ini dipercayai beroperasi kira-kira empat bulan dan kita menahan seorang lelaki berusia 32 tahun untuk membantu siasatan, " katanya pada sidang media di Kompeni C, Kompleks PGA Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Balveer Singh berkata, pihaknya percaya produk cecair rokok elektronik yang dihasilkan di premis itu dipasarkan di sekitar kawasan berhampiran.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati, premis terbabit dipercayai beroperasi secara haram tanpa kebenaran serta tidak mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.

"Dalam serbuan itu, kita turut menemukan 65 kotak pelbagai jenama perisa vape di situ dan dirampas untuk siasatan lanjut, " katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi Op E- Cigarette di tiga negeri itu, pihaknya turut menyerbu 22 premis yang membabitkan 11 lokasi di Perak, lapan lokasi di Kedah dan tiga lokasi di Pulau Pinang yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyimpanan dan penjualan cecair serta peranti rokok elektronik yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang semasa.

"Kesemua tangkapan dalam operasi di tiga negeri itu adalah seramai 23 orang dan seorang daripadanya adalah wanita berusia 21 tahun diserahkan kepada polis kerana mempunyai rekod kes di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun 22 individu lain yang ditahan berusia 20 hingga 45 tahun yang ditahan itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Balveer Singh berkata, jumlah keseluruhan cecair rokok elektronik yang dirampas bersama peranti dalam operasi itu adalah sebanyak 2,684 unit botol, 432 pek produk tembakau serta 34 rokok tembakau seberat 3.08 kilogram (kg).

Beliau berkata, tindakan premis yang diserbu itu sangat berani kerana tidak lagi menjual secara sembunyi dan membuka premis secara terangan walaupun penjualan cecair peranti elektronik tidak dibenarkan.




Balveer Singh (kanan) menunjukkan lokasi operasi Op E Cigaratte Mega yang diadakan serentak di tiga negeri membabitkan serbuan di premis menyimpan dan menjual cecair dan peranti rokok elektronik. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2026 12:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051553 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list