CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 34970|Reply: 0

[Perlis] Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM9

[Copy link]
Post time 11-2-2026 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM911 Februari 2026 09:15am





Kadar zakat fitrah bagi Perlis untuk tahun ini ditetapkan kekal satu kadar sahaja, iaitu RM9 bagi setiap individu. Gambar hiasan






KANGAR - Kadar zakat fitrah bagi Perlis untuk tahun ini ditetapkan kekal satu kadar sahaja, iaitu RM9 bagi setiap individu, jumlah yang sama seperti tahun sebelumnya.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan penetapan kadar zakat fitrah itu di Istana Siraj Kuala Lumpur pada petang Selasa.


Berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.


Menurut MAIPs, penetapan kadar itu diputuskan setelah mengambil kira harga pasaran semasa bagi beras yang lazimnya menjadi makanan asasi (Ghalib Qut Al-Balad) penduduk di Perlis, selaras tuntutan syarak menetapkan kadar satu gantang Nabawi bagi setiap individu.

"Selain itu, bagi umat Islam yang menunaikan zakat dengan beras, maka kadar zakat fitrah ditetapkan satu gantang Nabawi seorang, iaitu bersamaan 2.6 kilogram," menurut MAIPs dalam satu kenyataan pada Rabu.

MAIPs berkata, pembayaran boleh dilakukan melalui amil yang dilantik secara rasmi oleh MAIPs atau menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian melalui portal rasmi MAIPs, iaitu www.maips.gov.my atau menerusi digital.maips.gov.my. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/767671/edisi/utara/kadar-zakat-fitrah-di-perlis-ditetapkan-rm9


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list