CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30011|Reply: 0

[Kedah] 63 kes chikungunya dicatatkan di Taman Mahsuri, Jitra

[Copy link]
Post time 11-2-2026 08:41 PM | Show all posts |Read mode
63 kes chikungunya dicatatkan di Taman Mahsuri, Jitra

11 Februari 2026 03:15pm





Mansor






ALOR SETAR - Sebanyak 63 kes chikungunya direkodkan di Taman Mahsuri Fasa 2C dekat Jitra dari 3 Januari sehingga semalam, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kubang Pasu telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk gotong-royong.


"Gotong-royong melibatkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), beberapa agensi lain dan komuniti setempat.

"Inisiatif ini sebagai langkah awal bagi mengelakkan kes bertambah di taman itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.


Beliau menasihatkan orang ramai mengambil berat kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal, terutamanya membuang sampah di tempat disediakan bagi mengelak pembiakan nyamuk.

"Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit sendi dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan terdekat.

Jangan biar gejala semakin parah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kejadian lebih serius,” katanya.

PKD Kubang Pasu dalam hantaran di Facebook memaklumkan mengadakan operasi kawalan wabak tidak terkawal chikungunya dari 7 hingga 15 Februari berikutan peningkatan kes di taman itu kerana risiko penularan lebih tinggi dalam komuniti setempat. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/767752/edisi/utara/63-kes-chikungunya-dicatatkan-di-taman-mahsuri-jitra


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list