CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 313|Reply: 0

Loji jana kuasa runtuh di Korea Selatan, seorang terbunuh, enam terperangkap

[Copy link]
Post time 9-11-2025 11:41 AM | Show all posts |Read mode


Gambar serahan Jabatan Bomba Ulsan menerusi agensi berita Yonhap menunjukkan struktur loji jana kuasa yang runtuh di Ulsan, kelmarin. — Gambar AFP

SEOUL: Seorang pekerja terbunuh dan enam lagi masih terperangkap selepas sebuah struktur loji jana kuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap semalam, memetik pihak bomba.

Menara dandang runtuh sekitar jam 2 petang waktu tempatan (0500 GMT) kelmarin di ibu pejabat Ulsan Power milik Korea East-West Power di bandar Ulsan, tenggara negara itu.

“Semasa operasi menyelamat, seorang pekerja disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung,” lapor Yonhap, memetik pihak berkuasa bomba tempatan.

Agensi Bomba Kebangsaan sebelum ini berkata dua orang telah diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh lagi masih terperangkap dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok, mengarahkan semua kementerian untuk “menggerakkan semua kakitangan dan peralatan yang ada, dengan memberi keutamaan kepada usaha menyelamat mereka yang terperangkap.”

Penduduk juga sedang dipindahkan dari kawasan tersebut, tambah pejabat perdana menteri.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku semasa persiapan untuk merobohkan loji jana kuasa terma yang tidak lagi beroperasi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034871 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list