CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 233|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zi Yu-Noraqilah terlepas gelaran juara dunia

[Copy link]
Post time 19-10-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Zi Yu-Noraqilah terlepas gelaran juara dunia

Oktober 19, 2025 @ 5:40pm




Zi Yu-Noraqilah terpaksa akur tewas di final Kejohanan Remaja Dunia hari ini.



KUALA LUMPUR: Low Zi Yu terpaksa menelan hakikat pahit apabila sekali lagi terpaksa akur muncul naib juara beregu wanita Kejohanan Remaja Dunia di Guwahati, India, hari ini.

Pemain itu bersama gandingan baharunya, Noraqilah Maisarah Ramdan sudah memperagakan aksi terbaik tetapi masih belum cukup untuk menewaskan Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue dari China apabila tumpas 13-15, 17-19 dalam aksi 37 minit.

Kekalahan itu mengulangi skrip sama di final tahun lalu apabila dia yang ketika itu bergandingan dengan Dania Sofea Zaidi, tewas kepada wakil Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki, 17-21, 17-21.

Dania, yang sebelum ini menjadi rakan gandingan Zi Yu, terpaksa menarik diri daripada kejohanan kali ini selepas mengalami kecederaan lutut serius pada Ogos lalu yang membuka ruang buat Noraqilah bergandingan dengannya.

Pada set pertama, Zi Yu-Noraqilah yang juga pilihan ketiga mendahului 9-7 tetapi gagal mengekalkan rentak apabila Ke Xuan-Yue Yue bangkit mendahului 10-9, 12-10, 13-11, 14-12 sebelum menamatkan perlawanan dengan 15-13.

Set kedua berlangsung sengit dan mendebarkan apabila kedua-dua beregu saling mengejar mata 12-12, 14-14, 16-16, 17-17 sebelum pasangan China itu memenanginya dengan 19-17.

Kekalahan itu menyaksikan belum ada beregu wanita remaja negara berjaya memenangi kejuaraan itu sejak diperkenalkan 33 tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/10/1460923/zi-yu-noraqilah-terlepas-gelaran-juara-dunia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.088283 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list