CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Qabil juara keseluruhan 190cc FIM MiniGP

[Copy link]
Post time 13-10-2025 03:33 AM | Show all posts |Read mode
Qabil juara keseluruhan 190cc FIM MiniGP

Khairil S Iswan[email protected]





QABIL sudah mengesahkan tempat lebih awal sebagai wakil negara ke FIM MiniGP Dunia Final di Valencia, Sepanyol. FOTO FIM MiniGP Malaysia




Sepang: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan menoktahkan kempen FIM MiniGP Malaysia 2025 sebagai juara keseluruhan dalam kelas 190cc dengan bergaya apabila mencatatkan kemenangan ke-10 pada pusingan penutup tirai di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang, hari ini.

Bakat berusia 13 tahun dari Terengganu itu turut membuktikan dia seperti berada di kelas tersendiri apabila turut mengungguli Perlumbaan 1 dan melengkapkan hari gemilangnya dengan kemenangan ke-10 daripada 10 perlumbaan yang ditawarkan pada musim ini.

Bermula dari petak utama, Qabil mempamerkan tunggangan kemas pada kedua-dua perlumbaan.

Qabil sudah mengesahkan tempat lebih awal sebagai wakil negara ke FIM MiniGP Dunia Final yang dijadualkan berlangsung di Valencia, Sepanyol, bulan depan, dengan Adam Aiman menjadi wakil kedua negara selepas menutup saingan sebagai naib juara keseluruhan.

Sementara itu, saingan kelas 160cc menyaksikan gelaran juara keseluruhan menjadi milik pelumba Selangor, Al Adam Mikail yang bersaing sengit dengan pelumba Terengganu, Qasha Irfan.

Sekalipun menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua di belakang Qasha, kutipan mata keseluruhannya sudah cukup untuk mengesahkan Al Adam sebagai juara dengan kedua-duanya menjadi wakil negara dalam kelas berkenaan di Valencia.

Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin berpuas hati dengan kelancaran dan penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada peningkatan besar yang kita buat dari segi penganjuran. Kita juga memperkenalkan satu lagi kategori iaitu RCB FIM MiniGP Mini Moto dan ia bejalan seperti yang dirancang," kata Zulfahmi.



Disiarkan pada: Oktober 12, 2025 @ 10:33pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/10/1274836/qabil-juara-keseluruhan-190cc-fim-minigp




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.679047 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list