CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 224|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Marquez menang perlumbaan Pecut di Catalunya selepas adiknya terjatuh

[Copy link]
Post time 7-9-2025 04:07 AM | Show all posts |Read mode
Marquez menang perlumbaan Pecut di Catalunya selepas adiknya terjatuh

AFP





MARQUEZ teruskan dominasi saingan musim ini. FOTO AFP



Montmelo: Marc Marquez terus gah menguasai saingan MotoGP apabila memenangi perlumbaan Pecut di Catalunya, sebentar tadi, selepas adiknya, Alex Marquez, terpaksa berputih mata di hadapan penyokong sendiri.

Alex yang bermula dari petak utama bersama jentera Gresini Ducati tampak selesa di depan, namun hilang kawalan dengan baki empat pusingan sekali gus menyaksikan peluang keemasan itu terlepas begitu sahaja.

Insiden itu membuka ruang buat Marc untuk menambah koleksi kemenangan ke-14 dalam 15 aksi Pecut musim ini, dengan satu-satunya baki kejayaan diraih Alex di Silverstone.

Kekecewaan jelas terpancar apabila Alex meluahkan rasa kesal di hadapan penyokong tuan rumah, sementara Marc yang juga juara dunia enam kali, kini semakin selesa di tangga teratas dengan kelebihan 187 mata mengatasi adiknya di tempat kedua.

Fabio Quartararo menamatkan saingan di kedudukan kedua manakala Fabio Di Giannantonio meraih tempat ketiga.

Kemenangan Marc turut memastikan Ducati yang diwakili tiga pasukan, berjaya mengesahkan gelaran Juara Pengeluar Dunia 2025.



Disiarkan pada: September 6, 2025 @ 9:51pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1261032/marquez-menang-perlumbaan-pecut-di-catalunya-selepas-adiknya




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 1.281795 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list