CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 178|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azizulhasni kelima keirin di Piala Trek Asia

[Copy link]
Post time 29-8-2025 04:20 AM | Show all posts |Read mode
Azizulhasni kelima keirin di Piala Trek Asia

Aida Adilah Mat - Ogos 28, 2025 @ 10:37pm




Azizulhasni menamatkan acara keirin elit lelaki Kejohanan Trek Piala Asia di tempat kelima. Foto: Fail NSTP



KUALA LUMPUR: Bekas juara dunia keirin, Datuk Azizulhasni Awang, menandakan kemunculan semula selepas setahun berehat dengan persembahan bertenaga pada Kejohanan Trek Piala Asia di Thailand, hari ini.

Pelumba berusia 37 tahun itu yang hanya kembali menjalani latihan trek bulan lalu menamatkan saingan di tempat kelima acara keirin elit lelaki di Velodrom Suphanburi. Pingat emas menjadi milik pelumba tuan rumah, Jai Angsuthasawit, manakala perak diraih wakil Taiwan, Kang Shi Feng, dan gangsa milik pelumba Korea Selatan, Oh Je Seok.

Malaysia bagaimanapun berdepan nasib malang apabila Ridwan Sahrom yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dibatalkan dan diturunkan ke tangga ketujuh kerana melakukan kesalahan teknikal.

Bagi Azizulhasni, yang kini bergelar pelumba profesional sejak April lalu, kejohanan berstatus Kelas Satu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu menjadi medan penting untuk menguji tahap dirinya selepas kali terakhir beraksi di Olimpik Paris 2024.

Jurulatih kebangsaan, Harnizam Basri, menyifatkan kepulangan semula jaguh berpengalaman itu sebagai sesuatu yang positif.

"Prestasi Azizul boleh dianggap baik apabila menamatkan saingan di tempat kelima walaupun sudah setahun tidak beraksi. Aksi terakhirnya adalah di Olimpik Paris Ogos lalu dan dia baru memulakan latihan penuh beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.

Harnizam bagaimanapun mengakui kecewa dengan nasib yang menimpa Ridwan.

"Saya sebenarnya menjangkakan Ridwan mampu menamatkan saingan di podium, tetapi dia agak malang. Inilah lumrah perlumbaan. Diharap dia mampu bangkit dalam acara pecut selepas ini."

Skuad negara turut mendapat tonik apabila Nur Alysaa Farid dan Amber Yong Ann Tung menyerlah dalam acara keirin elit wanita dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa, menamatkan saingan di belakang pelumba Korea Selatan, Hwang Hyeon Seo.

"Amber berjaya naik podium buat kali pertama di peringkat elit, manakala Alysaa juga menampilkan persembahan cemerlang dengan pingat perak. Secara keseluruhan, ia pencapaian positif buat skuad kita," tambah Harnizam.

Untuk rekod, dua pelumba utama negara, Shah Firdaus Sahrom dan Izzah Izzati Asri, tidak beraksi di Thailand kerana memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Santiago pada 22 hingga 26 Oktober ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1439475/azizulhasni-kelima-keirin-di-piala-trek-asia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.095974 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list