CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Gergasi Merah lepas geram benam Brunei DPMM

[Copy link]
Post time 12-8-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Gergasi Merah lepas geram benam Brunei DPMM

Firdaus Hashim[email protected]





DEEROMRAM meraikan jaringan gol kedua menentang Brunei DPMM FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. FOTO AIZUDDIN SAAD




Petaling Jaya: Hajat memburu tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini akhirnya tercapai selepas Selangor FC berjaya menundukkan Brunei DPMM FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.

Red Giants yang tumbang 3-0 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi pertama merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah Jumaat lalu, bangkit melakar kemenangan untuk meraih mata maksimum.

Begitupun nasib berbeza buat Brunei DPMM FC yang kembali merancakkan saingan liga tempatan selepas kali terakhir beraksi pada 2008 lalu gagal membawa pulang sebarang mata ke Bandar Seri Begawan.

Pada aksi pertama sebelum ini, Brunei DPMM FC terikat 2-2 dengan PDRM FC di Selayang yang berlangsung Sabtu lalu.

Dalam aksi rancak itu, Selangor FC yang dibimbing Katsuhito Kinoshi tidak menunggu lama apabila mendahului seawal minit ke lima hasil jaringan tonggak import daripada Kevin Deeromram.

Gol itu berpunca gerakan Quentin Cheng yang melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti dan Deeromram pantas menyambar untuk menewaskan Kristijan Naumovski di gawang gol.

Pelawat yang dilatih pengendali dari Scotland, Jamie McAllister memperkemaskan aksi dan berhasil menyamakan kedudukan namun percubaan penyerang Indonesia, Muhammad Ramadhan Sananta dikesan ofsaid.

Tuan rumah mengukuhkan kedudukan di minit 36 hasil gerakan sama seperti gol pertama apabila hantaran Quentin Cheng disambar Deeromram untuk meletakkan pasukannya dua gol di depan.

Bersambung babak kedua, saingan lebih seimbang namun gergasi merah lebih menyengat apabila giliran Chrigor Moraes menambah gol ketiga selepas dia menanduk masuk hantaran Quentin Cheng di minit 67.

Selangor FC sepatutnya boleh menambah gol keempat di hujung permainan namun percubaan leret Faisal Halim terkena tiang gol yang menemui Noor Al Rawabdeh yang melepaskan rembatan tetapi dihalang pertahanan.

Selepas ini naib juara Liga Super musim lalu itu akan berdepan pasukan Malaysian University Football Team (MUFT) dalam aksi 16 terbaik Piala FA, Sabtu ini.



Disiarkan pada: Ogos 12, 2025 @ 11:15pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/08/1251518/gergasi-merah-lepas-geram-benam-brunei-dpmm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.045759 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list