CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 0

[Terengganu] Beruang jantan ceroboh kampung ditahan

[Copy link]
Post time 26-7-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Beruang jantan ceroboh kampung ditahan

BERNAMA




GAMBAR hiasan



Dungun: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menangkap seekor beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Padang Ping, di sini sejak minggu lalu.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Loo Kean Seong berkata beruang jantan dewasa yang dianggarkan seberat 110 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang pagi semalam.

Beliau berkata beruang terbabit tidak mengalami kecederaan dan dilepaskan ke habitat semula jadi petang semalam.

"Kita menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran beruang yang berkeliaran di sekitar kampung dan kawasan kebun kelapa sawit sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

"Sebaik menerima laporan, kita memasang perangkap dan berjaya menangkap haiwan itu semalam," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai yang terserempak atau melihat kelibat haiwan liar supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan perkara itu dengan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Julai 26, 2025 @ 11:51am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1244969/beruang-jantan-ceroboh-kampung-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.244099 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list