CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18601|Reply: 31

Kena sambar petir

[Copy link]
Post time 8-6-2011 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya pada forumer yang berpengalaman tentang masalah saya ni.
  Semalam petang saya tak der di rumah maka anak saya menggunkan komputer di rumah.Masa dia baru nak off kan komputer petir terlebih dahulu telah menyambar hinggakan suis DB pun dah turun ke bawah dan komputer terus off.Bila naikkan suiz DB dan on komputer,CPU dah tak menyala.Bukan setakat CPU sahaja tetapi modem,printer dan charge telefon pun turut terkena.pendek kata semua plug yang dipasang pada soket penyambung semua rosak.
  Agaknya berpa kah kos untuk membaiki cpu yang telah rosak tersebut.adakah segala dokumen yang saya simpan dalam hardisk turut rosak?malam tadi saya telah bawa CPU ke kedai tetapi kos pembaikan tidak diberi tahu.
  Pasal modem saya yang rosak tu, berapakah agaknya kos untuk membeli modem yang baru?Adakah saya perlu untuk membeli modem daripada TM shaja ataupun boleh untuk saya membeli modem daripada mana2 jenama dan pasang di rumah saya?
  Harap ada forumer yang sudi berkongsi maklumat denga saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 1# zuraida8177


    Ni Jawapan dari bukan Profesional. Tapi masalah u ni, rasanya tak payah pro yang jawab pun .
1.   95% berani kata Data u tu okey. Kemungkinan yang rosak cuma power supply box saja. Power supply box tu harga antara 30 -80 ringgit saja. Atau nak teruk sikit (harap tak gini) motherboard terbakar. Mahal juga kalau kena gini. Harddisk berani kata ok.
2.   Kalau modem tu dr. TM dan masih under guarantee, elok mintak TM jer tag tukar. Kalau dah luput, elok beli sendiri kat kedai. Murah saja. DSL Modem + Router RM100 rata-rata boleh dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 04:27 PM | Show all posts
modem dan telefon boleh cuba tanya TM. tak pasti samada "disambar petir" tu termasuk dlm warranty diorg atau tidak.

pasal pc tak leh ON tu, bleh cuba ganti power supply unit (PSU) saja dahulu.
biasanya problem berpunca kat situ.

kemungkinan lain ialah network kad yg bersambung dgn modem tu mungkin terkena aliran kilat. kalau serius, mungkin merebak kat motherboard sekali kot... kalau tak serius, mungkin network kad saja yg perlu ganti

apa2 hal pun kalau ada fuse, check fuse dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:26 PM | Show all posts
Reply  zuraida8177


    Ni Jawapan dari bukan Profesional. Tapi masalah u ni, rasanya tak payah ...
imcacim Post at 8-6-2011 15:49



      Terima ksaih sudi jawab soalan saya.Saya ni tak berapa pandai pasal komputer kalau dah jadi macam ni.Sbb tu masalah yang senang pun pada saya jadi susah.Sebenarnya cpu komputer masih dikedai lagi.Masuk hari ni dah 2 hari la kat sana.Malam tadi saya gi kedai komputer tu, tuan kedai kata tak buka pun lagi cpu saya tu.
   Tapi pada malam yang saya hantar cpu ke kedai dia ada check sama ada plug saya rosak atau cpu.Memang betul cpu yan rosak tapi dia kata tak tahu lagi sama ada box power supply yang rosak atau dia dah sambar ke motherboard sekali.Dia kata kosnya dlm rm200 sbb dia ambil upah rm50.
   Dia pun ada cakap besar kemungkinan hardisk tak rosak.Cuma saya nak tahulah anggaran kospembaikan cpu tu.Dia pun ada nasihatkan saya untuk guna AVR untuk mengelakkan kejadian macam ni berulang kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:29 PM | Show all posts
kemungkinan lain ialah network kad yg bersambung dgn modem tu mungkin terkena aliran kilat. kalau serius, mungkin merebak kat motherboard sekali kot... kalau tak serius, mungkin network kad saja yg perlu ganti

  

Network kad?Maaflah saya tak faham pasal kad ni.saya tak pernah pun nampak ada sebarang kat pada modem saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 02:34 PM | Show all posts
Waktu rehat tengahari tadi saya ada gi TM.Dia kata modem saya dah expired so kena beli baru.kat TM ada jual yang xwireless RM59 jenama AZTECH dan wireless jenama AZTECH juga RM145.Ok tak harga tu.Saya tak beli lagi sbb nak servey dulu.Maklumlah nak jadi pengguna bijak.
   saya tak de masa nak gi servey kat kedai2 ni.Yang TM bagi jenama RIGER wireless.Tapi kat TM tak der pulak jual.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2011 05:59 PM | Show all posts
Reply 6# zuraida8177


    jawapan pada soalan "network kad" tu sbenarnya mudah je. "kad" tu bukan betul2 kad pun. cuma istilah pada nama saja.
kabel network yg cucuk dari modem ke cpu tu. soket network kat cpu tu la dipanggil network kad.

pasal harga modem tu, agak mahal la. baik beli brand "belkin" sebab ada lifetime warranty.

btw, kat umah tu ada brapa komputer? kalau lebih dari 1, mungkin perlu ambik yg ada 4port LAN + wi-fi
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 10:10 PM | Show all posts
hampir sama dgn kes sy tapi comp sy rosak pasal air tumpah atas CPU ....bila on je ada bunyi meletup kat blkg CPU ...mungkin komponen kecik dlm tu kot yg meletup...kuar la sap sikit2 mcm mercun gitu la....pe lg terus off suis utama....kata member sy yg kire pakar bab ni cakap hard disk tak harm pun cume komponen dlm tu je yg kena tukar........tp sy belum p repair lg...tah la dah ade laptop ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 09:23 AM | Show all posts
modem dan telefon boleh cuba tanya TM. tak pasti samada "disambar petir" tu termasuk dlm warranty di ...
bzzts Post at 8-6-2011 16:27



    sokong sangat tukar pada 'belkin' modem ada 4 port + wifi . Pak Cik baru jer beli bulan lepas RM99. La ni mungkin lagi murah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 10:16 AM | Show all posts
Saya nak tanya pada forumer yang berpengalaman tentang masalah saya ni.
  Semalam petang saya tak d ...
zuraida8177 Post at 8-6-2011 14:54



Aku dulu dah 2-3 kali kena mcm ni~ aku tinggal area seksyen 8 Shah Alam dulu...Kalau CPU tak hidup cuba2 tukar power supply kot2 itu je yg rosak. Modem mmg hangus la kalau kena sambar petir~

Beli surge protector~ jgn lupa~
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:09 AM | Show all posts
huh? kena sambar buaya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2011 09:56 AM | Show all posts
Semalam org yang repair komputer saya kata saya punya prosescer yang rosak.Boleh ke jadi mcm tu.Saya guna AMD Athlon.Dia kata tak tahan lasak dan tak boleh komputer lama2.Saya pun on komputer bukan selalu.Ada ke komputer kena sambar dengan petir pergi sabar ke prosescer?Tolong bagi pencerahan pada yang pakar
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 02:40 PM | Show all posts
Reply 12# zuraida8177

in extreme cases.. yup.. dgn processor skali kaput..
yg biasa kene psu, bod, ram..

err.. athlon yg mana tu? yg memula dulu thn 90an ke?
kalo athlon yg dah moden.. xde masalah.. sama je lasaknya dgn intel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2011 04:57 PM | Show all posts
Reply  zuraida8177

in extreme cases.. yup.. dgn processor skali kaput..
yg biasa kene psu, bod, ...
halimi78 Post at 24-6-2011 14:40



    Tak tahu pulak thn berapa.tapi kat prosesser tu ada tulis AMD Athlon 2006.Saya beli hampir 2 thn pada bln 10 akan dtg ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply  zuraida8177

in extreme cases.. yup.. dgn processor skali kaput..
yg biasa kene psu, bod, ...
halimi78 Post at 24-6-2011 14:40



    Untuk pengetahuan saya dah pun ambil komputer saya dari kedai yang saya hantar tu dan saya suruh kawan saya yang kerja bahagian IT check kerosakannya.Dia bagi tahu saya jumaat malam lepas yang komputer saya tu proseser dia elok je.yang tak elok adalah board dan power supply.
   Saya pun heran kenapa lah kedai yang saya hantar tu kata proseser saya yang rosak.Hari ni saya akan dapat komputer saya dan harganya cuma RM220 je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 10:15 AM | Show all posts
apa yang dia tukar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2011 11:54 AM | Show all posts
apa yang dia tukar?
adie82 Post at 27-6-2011 10:15



    Kwn  saya tukar MSI board dan power supply je la.Proseser tu tetap guna proseser saya yang lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 12:00 PM | Show all posts
Apa yang mengembirakan saya, modem saya yang terbakar tu telah dapat gantinya.kawan saya bagi percuma modem dia.Lepas tu malam tadi masa saya nak kemas bilik,saya nak buang modem saya tu.Tapi rasa macam sayang la pulak.
  Saya ambil modem saya dan pasang guna plug modem yang kawan saya bagi.Terkejut saya.Rupanya modem saya elok.yang rosak cuma plug dia je.So sekarang ni saya dah ada dua modem.
  Cuma sekarang ni saya tak tahu sama ada printer saya yang hari tu tak boleh on sama ada plug yang rosak atau memang printer dah rosak kena sambar petir.Yang saya pelik hari tu masa saya try on.kat adapter printer tak de lampu on.tapi malam tadi kat adapter ada pulak lampu yang on.Cuma saya tak connect kat printer sbb printer saya dah letak kat luar rumah.Mungkin malam ni nak ambil printer nak cuba check semula.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 01:07 PM | Show all posts
Reply 15# zuraida8177


ok la kalo dah proc x kaput.. sbb mcm me ckp aritu..
in extreme cases jah proc kaput.. payah nak jumpa sbnrnya kes mcm ni...

btw.. apa kedai ckp jgn percaya bulat2.. sbb kadang dorang ckp main hembus je..
even biasa jek jumpa lain rosak dia ckp lain.. janji nak suruh kita amik barang dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 01:15 PM | Show all posts
Sbb saya tak percaya la saya pergi bawa proseser saya tu jumpa kawan yang kerja bahagian IT.Dah la komputer saya tu dia peram 3 minggu kat kedai.bila tanya katanya ikut giliran.Dari sehari ke sehari minta tangguh sbb banyak komputer yang perlu direpair.
  mula2 kata power supply je rosak.bila datang nak ambil kata proseser pulak yang rosak.Siap nak dapatkan proseser saya tu dari mudah.com sbb proseser tu dah tak keluar lagi yang baru.
  Tapi semua tu boleh jadi pengajaran pada saya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075216 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list