CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 853|Reply: 0

Duit raya anak boleh labur dalam emas, unit amanah atau saham, ibu bapa perlu bijak urus - perunding kewangan

[Copy link]
Post time 3-4-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode

PEMBERIAN duit pada Hari Raya Aidilfitri merupakan tradisi yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Namun, ibu bapa dinasihatkan agar menguruskan duit raya anak-anak dengan bijak dan menjadikannya pelaburan masa depan.

Langkah tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan simpanan mereka, tetapi mengajar nilai pengurusan kewangan sejak usia muda.

Perunding Kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan duit raya anak-anak tidak dibazirkan kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat jangka panjang.

Antara pilihan disarankan adalah menyimpan dalam akaun simpanan khas atau pelaburan patuh syariah seperti Akaun Tabung Haji, atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).


"Membuka akaun simpanan untuk anak-anak adalah langkah awal yang baik kerana ia bukan sahaja memberi pulangan, bahkan menggalakkan budaya menabung.

"Selain itu, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan untuk melabur duit raya anak dalam bentuk emas, unit amanah, atau saham bagi memperoleh pulangan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

"Pembelian emas seperti dinar atau jongkong emas dilihat sebagai satu pelaburan selamat kerana nilainya yang stabil dan boleh digunakan pada masa hadapan," katanya kepada Majoriti.

Jelas beliau lagi, sebahagian ibu bapa juga boleh memilih untuk menggunakan duit raya tersebut sebagai dana pendidikan anak-anak bagi menampung kos pembelajaran, termasuk yuran sekolah dan keperluan akademik lain.

"Bayangkan saha, sejak dari usia bayi lagi, anak mereka menerima duit raya dan Insya-ALLAH, duit tersebut boleh digunakan sebagai dana pendidikan.

"Duit anak ini juga amanah, boleh belikan barang-barang lain tetapi berpada-padalah," katanya.

Dalam pada itu, Shamsuddin turut menyarankan agar ibu bapa atau penjaga mengamalkan konsep berkongsi rezeki.

"Digalakkan dengan mendidik anak-anak tentang kepentingan bersedekah atau berwakaf kepada golongan yang memerlukan.

"Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima tetapi juga membentuk nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil," katanya lagi.


Dengan pengurusan yang bijak, duit raya anak-anak bukan sekadar wang lebihan, tetapi boleh menjadi permulaan kepada kestabilan kewangan mereka di masa hadapan.

Oleh itu, ibu bapa digesa untuk membuat keputusan yang terbaik dalam menguruskan pemberian duit raya tahun ini. —Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 11651 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125976 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 19592 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.372744 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list