CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 0

Maksimumkan caruman KWSP

[Copy link]
Post time 2-4-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Golongan profesional muda perlu memaksimumkan faedah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sambil mempelbagaikan pelaburan dengan memperuntukkan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan kepada caruman sukarela.

Malah, peruntukan antara 15 peratus dan 30 peratus daripada pendapatan pula perlu disalurkan untuk pelaburan lain bagi menjamin kesihatan kewangan untuk masa depan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Undang-undang, Universiti Taylor's, Dr Paul Anthony Maria Das berkata, bagi individu yang memiliki RM200,000 dalam KWSP, dividen 6.3 peratus menghasilkan RM12,600 setahun berbanding RM10,000 pada kadar 5.0 peratus.

"Walaupun perbezaan mungkin kelihatan kecil, ia memberi kesan ketara kepada pengumpulan kekayaan jangka panjang.

"Tanpa mengira kadar, mengekalkan kepelbagaian portfolio pelaburan adalah penting untuk keselamatan kewangan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, dividen KWSP 6.3 peratus untuk 2024 adalah hasil yang positif, tetapi ia tidak sepatutnya membawa kepada rasa puas hati.

"Pengurusan kekayaan strategik melalui kepelbagaian, membuat keputusan termaklum dan penyesuaian kepada anjakan ekonomi adalah kunci kepada kestabilan kewangan jangka panjang.

"Pelan kewangan yang baik melangkaui KWSP dapat memastikan keselamatan dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah," katanya.

Menurutnya, pencarum juga digalakkan meningkatkan caruman KWSP sukarela.

"Selain itu, pencarum juga digalakkan untuk melabur dalam aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti saham, REIT dan dana bersama untuk menambah pulangan KWSP.

"Malah, pencarum juga perlu mengekalkan dana kecemasan untuk fleksibiliti kewangan dan menguruskan perbelanjaan dengan cekap dan mengurangkan hutang tidak perlu," katanya.

Katanya, peruntukan aset seimbang perlu meliputi beberapa aspek bagi memastikan pendapatan pada masa depan yang lebih terjamin.

"Ia meliputi 50 hingga 60 peratus dalam aset berisiko rendah (deposit tetap, bon dan rizab tunai); 20 hingga 30 peratus (pelaburan berisiko sederhana seperti REIT dan saham pembayar dividen) dan 10 hingga 20 peratus (rizab tunai untuk kecairan)," katanya.- Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list